Jumat, 28 September 2012

Terjemahan Al-Quran - Surah Al-Qadr

SURAH AL-QARD
(Kemuliaan)
Surah ke 97
Terdiri daripada 5 ayat (Makkiyyah)

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

1. Sesungguhnya Kami telah menurunkannya (al-Quran) pada malam al-Qadr.*
*Lailatul Qadr iaitu suatu malam yang penuh kemuliaan dan kebesaran, kerana malam itu permulaan turunnya al-Quran

2. Dan tahukah kamu apakah malam al-Qadr itu?

3. Malam kemuliaan itu lebih baik daripada seribu bulan.

4. Pada malam itu turun para malaikat dan roh (Jibril) dengan izin Tuhannya untuk mengatur semua urusan.

5. Sejahteralah (malam itu) sampai terbit fajar.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar