Kitar semula...aktiviti yang memberi manfaat dan faedah yang besar dalam mengekalkan sumber dan alam semulajadi yang kian terancam. Bahan buangan seperti kertas, plastik dan fabrik merupakan bahan yang biasanya banyak dibuang.
Kenapa perlu di buang begitu sahaja sedangkan ianya boleh di kitar semula untuk di jadikan satu benda lain yang berguna dan menarik. Jika mahu di buang juga...buanglah di tempat kitar semula...dapat juga sedikit wang...
Tak ada idea untuk menggunakan semula bahan terbuang?...cuba beberapa idea kreatif berikut, mungkin ianya dapat membantu anda... Jom kitar semula!
Anda selalu buat rumah terbuka atau jamuan keraian di pejabat? Pasti cawan kertas ini banyak terbuang atau berlebihan. Jangan di buang kerana anda boleh gunakan ia untuk di jadikan bekas biskut yang sangat menarik sebagai ole-ole untuk rakan2, tetamu atau kanak2. Mereka pasti menyukainya dan yang pasti anda juga tidak perlu membazir wang untuk membeli bekas baru bagi bungkusan2 tersebut.
Anda tidak ada idea untuk membuat gubahan sama ada untuk hantaran atau pun untuk hiasan yang bersifat sementara, anda boleh cuba kaedah di atas. Hanya menggunakan kertas terpakai anda dapat jadikan satu pohon yang menarik dan anda cuma perlu hiaskan lagi mengikut selera anda. Mudah dan berbaloi-baloi...
Dengan hanya menggunakan kotak yang tidak berguna lagi anda telah menghasilkan sebuah alas untuk komputer riba anda. Nampak seperti tidak perlu tapi mungkin anda perlukannya di suatu ketika dan tempat yang anda tidak jangkakan, manalah kita tahu kan? Takkan anda nak guna komputer riba dilantai dengan anda hanya duduk bersila... anda mampu ke?
Lampu hiasan atau lebih dikenali dengan nama lampu kelip2 @ lip lap...ada yang hanya satu warna sahaja atau rekaan lama. Pasti anda boring dan rasa seperti ketinggalan zaman apatah lagi sekarang ini terdapat lampu hiasan yang pelbagai warna dan canggih sinarannya. Sayang jika di buang begitu sahaja sedangkan ia masih berfungsi dengan baik. Kertas cup cake ibu anda pula banyak berlebihan. Inilah masanya untuk anda menggunakan kreativiti agar anda tidak membazir untuk sesuatu yang anda telah ada. Anda cuma perlu ikut cara di atas dan anda telah menghasilkan satu lampu hiasan yang sangat cantik dan menarik sekali...Pasti ramai yang cemburu.
Kulit limau oren selalunya anda buang begitu sahaja. Jangan! Gunakan ia semula untuk menjadi acuan agar-agar anda. Lihat seperti gambar di atas...Menarik? Inilah hasil kreativiti dari bahan terbuang tersebut. Pasti tetamu anda terpesona lalu memuji anda (pasti kembang punyalah)....
Pemetik api pastinya setiap kali kehabisan gas..ianya akan di buang. Bahan2 pemetik api ini amat sukar mereput malah merbahaya pula jika di buang begitu sahaja. Gunakan kreativiti berikut dan anda telah pun menghasilkan satu hiasan yang amat comel dan menarik, sesuai untuk di jadikan cenderahati atau key chain. Jika tidak pun jadikan ianya hiasan di kabinet anda. Hasil seni yang pasti memikat ramai orang. Yang lebih penting, anda telah berjaya menjaga alam sekitar dari tercemar...Baik sungguh anda!
Setiap kali anda perlukan bekas kotak, pasti anda membelinya di kedai. Jangan membazir wang anda kerana ianya boleh anda buat sendiri. Hanya anda perlukan kertas yang anda tidak mahukan lagi (sebaiknya kertas keras,,,jangan pula kertas lembek...tak bermakna kotak anda nanti) Lukis, potong dan lipat seperti gambar diatas.... Mudahnyaaa...sebuah bekas kotak telah terhasil.
Ini pula hasil kreativiti dari penyepit baju. Gunakanlah penyepit baju yang tidak di pakai atau yang di buang orang. Jangan pula kerana nak membuatnya anda beli penyepit banyak2...Bukan le kitar semula namanya tu! tapi... terpulang kepada anda...kalau dah berkenan....hehe.
Sarung kaki, perca kain, sarung tangan, anak tudung dan pakaian buruk atau rosak yang tidak berguna lagi..... boleh anda jadikan hiasan menarik ini. Mungkin anda boleh hadiahkan kepada anak2 yatim dan miskin di rumah2 kebajikan. Alangkah gembiranya mereka... Walaupun ianya bahan kitar semula tetapi nilainya berlipat ganda...
Satu lagi kaedah untuk menghasilkan sebuah bekas kertas yang cukup mudah dan menarik sekali hasilnya. Ingat! Gunakan kertas yang terpakai....barulah namanya kitar semula....
Botol plastik merupakan antara bahan terbuang yang paling banyak di buang begitu sahaja. Walaupun ianya jika di jual boleh memberi pulangan wang kepada anda. Salah satu kegunaan kitar semula yang anda boleh buat dengan botol plastik adalah dengan menjadikan ia penutup bagi makanan dalam bungkusan plastik yang tidak habis anda makan seperti gambar diatas.
Terdapat banyak lagi kaedah dan kreativiti kitar semula yang anda boleh lakukan dengan botol atau bekas plastik ini dan diantaranya anda boleh merujuk pada ; Kreativiti Kitar Semula...3
Janganlah semua benda yang sudah lama, rosak dan bahan terbuang itu dianggap sampah dan dibuang begitu sahaja. Setiap darinya terhasil dari sumber alam semulajadi yang terhad. Gunakanlah ia semula dengan kreatif ataupun juallah ia di tempat kitar semula.... Anda untung, alam pun terpelihara...
Tidak ada komentar:
Posting Komentar