Tahukah anda berapa lama sesuatu benda itu akan hancur mereput dan terlerai menjadi sebahagian dari tanah jika di buang di tempat pelupusan sampah? Berikut... beberapa contoh bahan yang saya dapat daripada internet yang merekodkan jangkamasa bahan tersebut mereput secara semulajadi.
Tisu Tandas - 2-4 minggu
Beg kertas - 1 bulan
Suratkhabar - 1.5 bulan
Kertas Kadboard - 2 bulan
Sarung tangan kain - 3 bulan
Papan Plywood - 1-3 tahun
Stokin bulu - 1-5 tahun
Kotak minuman - 5 tahun
Puntung rokok - 10-12 tahun
Kasut kulit - 25-40 tahun
Bekas tin - 50 tahun
Kasut but getah - 50-80 tahun
Bekas simpanan dari plastik - 50-80 tahun
Tin minuman aluminium - 200-500 tahun
Botol plastik - 450 tahun
Lampin pakai buang - 550 tahun
Beg plastik - 200-1000 tahun
Kaca - Anggaran 1-2 juta tahun
Lihatlah jangkamasa yang diambil....Fakta yang sungguh menakutkan! Tidak mustahil suatu hari nanti dunia di penuhi dengan timbunan sampah. Harus diingatkan juga bahawa pembakaran bahan buangan juga bukan satu penyelesaian malah memberi lebih keburukan dengan pencemaran udara dan kesan lapisan ozon. Kitar semula bahan buangan merupakan satu kaedah yang dapat dapat mengurangkan penggunaan dan kemusnahan sumber alam semulajadi serta mengurangkan bahan buangan...Walaupun ianya bukanlah jalan yang terbaik namun ia mampu memperlahankan dan mengurangkan tempoh dunia musnah dan tercemar. Kitar semula juga merupakan tanggungjawab paling mudah yang dapat di sumbangkan atau dilakukan oleh setiap insan.
Berikut beberapa idea kreativiti yang dapat anda guna untuk aktiviti kitar semula...sekurang-kurangnya anda dapat melambatkan pembuangan sampah malah anda mungkin juga dapat menjana pendapatan darinya,,, Jom bersama kita kitar semula!
Anda sering terlihat tempat gelung kabel yang terbiar... Ianya boleh di jadikan perabut untuk set meja komputer anda. Lihatlah hasilnya....itu belum lagi jika di varnish, pasti mengujakan!
Satu rekaan dari botol plastik yang sangat kreatif dan menarik. Pasti ramai yang meminatinya!
Anda sering terlihat tempat gelung kabel yang terbiar... Ianya boleh di jadikan perabut untuk set meja komputer anda. Lihatlah hasilnya....itu belum lagi jika di varnish, pasti mengujakan!
Satu rekaan dari botol plastik yang sangat kreatif dan menarik. Pasti ramai yang meminatinya!
Tutup botol plastik yang di susun dan dilekatkan didinding membentuk satu hasil seni yang sungguh menarik. Corakkan susunan botol mengikut kreativiti anda... Jika di jadikan satu aktiviti di tadika...pasti ianya memberi faedah dan pembelajaran berguna kepada anak2 anda.
Sebelum ianya di jadikan sampah, gunakan ia untuk di jadikan penyapu sampah. Sesuai untuk kegunaan di luar rumah anda. Lagi kreativiti kitar semula botol plastik di; Kreativiti Kitar Semula....3
Tali pinggang keledar dari kereta yang sudah tidak digunakan lagi boleh anda ambil untuk di jadikan tempat gantung kunci anda. Idea yang menarik sekali.
Pallet kayu sering kali di buang atau di bakar begitu sahaja... Gunakan kreativiti seperti di tas untuk menghasilkan sebuah jam yang sungguh menarik! Pasti sesiapa sahaja yang memandang akan terpikat.
Kreativiti kitar semula. |
Aksesori atau pin perhiasan diri anda selalu berterabur? Cuba buat tempat ia di gantung seperti di atas...hanya dengan menggunakan kertas kotak yang terbuang....ianya menjadi hiasan dan peralatan yang cantik dan berguna di meja solek anda.
Rak comel ini dari di buat dari kotak yang terbuang. Anak-anak pasti suka.
Janganlah semua benda yang sudah lama, rosak dan bahan terbuang itu dianggap sampah dan dibuang begitu sahaja. Setiap darinya terhasil dari sumber alam semulajadi yang terhad. Gunakanlah ia semula dengan kreatif ataupun juallah ia di tempat kitar semula.... Anda untung, alam pun terpelihara...
Ingatlah...Membazir itu perlakuan syaitan.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar