Masjid... Sebuah bangunan atau binaan yang di bina sebagai tempat ibadat bagi umat Islam di sesuatu kawasan. Fungsinya tidak terbatas sebagai tempat ibadat, ia juga merupakan tempat bagi pembelajaran dan pengembangan ilmu dan rujukan umat Islam. Sebagai tempat di mana umat Islam berkumpul maka ia juga menjadi tempat di mana aktiviti sosial dan ukhwah di jalankan.
Ianya menjadi lambang perpaduan dan kekuatan umat Islam.
Senibina masjid cukup indah dan menarik dengan sentuhan seni dan budaya Arab mahupun tempatan. Rekabentuknya yang begitu indah dan mempersonakan menjadi bukti kepandaian dan kemahiran umat Islam dalam bidang senibina dan rekacipta serta kesenian yang sungguh tinggi, bermutu, unggul dan kreatif.
Nikmati dan saksikan beberapa lagi buah masjid yang terdapat di seluruh dunia di dalam koleksi kali ini yang sangat indah dan begitu menarik sekali rekaan dan senibinanya.
Masjid Kubah Emas di Depok, Jawa Barat, Indonesia
Masjid Quba di Madinah, Arab Saudi
Masjid Besar di Brussels, Belgium
Masjid Tatarian di Bohoniki, Poland
Masjid Roman di Rom, Itali
Masjid Negeri di Doha, Qatar
Masjid Tzisdarakis di Monastiraki, Greece
Masjid Besar Ufa di Bashkortostan, Rusia
Masjid Umayyad di Damascus, Syria
Masjid Wadi Al Hussein di Narathiwat, Thailand
Masjid Wazir Khan di Lahore, Pakistan
Masjid Pusat Islam di Vienna, Austria
Masjid Huajuexiang di Xian, China
Masjid Bohoniki di Podlasie, Poland
Masjid di Jeddah, Arab Saudi
Senibina dan rekabentuk masjid sebenarnya bebas, tidak tertakluk kepada sebarang garis panduan namun ianya mesti sesuai dengan fungsi dan keselesaan sebagai tempat ibadat dan komuniti. Rekaan dan hiasannya juga tidak boleh menyimpang dari ajaran dan kepercayaan yang telah di gariskan oleh agama Islam.
Masjid yang indah bukan untuk hanya untuk di pandang...marilah kita bersama-sama mengimarahkannya...
Masjid yang indah bukan untuk hanya untuk di pandang...marilah kita bersama-sama mengimarahkannya...
Lihat lagi keindahan senibina masjid yang berdiri megah di seluruh dunia:
- Post #20 - Keindahan Senibina Masjid
- Post #19 - Keindahan Senibina Masjid.
- Post #18 - Keindahan Senibina Masjid
Bersama kita doakan.... Ya Allah! selamatkan lah umat Islam Palestin dan Masjid Al Aqsa...Amiin.- Post #20 - Keindahan Senibina Masjid
- Post #19 - Keindahan Senibina Masjid.
- Post #18 - Keindahan Senibina Masjid
Admin...
Tidak ada komentar:
Posting Komentar