Kamis, 31 Januari 2013

Post #22 - Koleksi Keindahan Senibina Masjid

 Senibina masjid sangat menarik dan tinggi hasil keseniannya. Keindahan rekabentuknya menjadikan rumah Allah ini cukup mempersonakan. Jika dulu kebanyakan masjid di rekabentuk mengikut senibina Asia Barat dan  India tetapi kini ianya di perkayakan dengan rekaan moden dan bercirikan budaya kesenian setempat. 

Hasil gabungan rekabentuk ini menghasilkan kesenian senibina yang cukup menarik, unik dan indah. Namun ciri utama sebuah masjid iaitu sebuah ruang yang luas di bawah kubah dan menara mempunyai lambang bulan sabit dan bintang masih di kekalkan. Ianya menjadi identiti yang cukup sinonim bagi sebuah masjid dan menjadikan ia satu "trade mark" yang sesebuah bangunan itu adalah tempat ibadat bagi umat Islam. Namun ianya bukanlah satu kemestian bagi sesebuah masjid kerana agama Islam lebih mementingkan fungsi dan keselesaan sesebuah masjid sebagai tempat ibadat. 

Masjid simbol keagungan, kekuatan, dan perpaduan umat Islam di sesuatu kawasan. Senibina yang indah dengan bangunan yang gah cukup penting untuk melambangkan kebesaran agama Islam. Ia juga menjadi lambang kemajuan dan kemahiran umat Islam di dalam bidang senibina dan kesenian rekacipta

Bersama kita nikmati keindahan senibina masjid yang amat mempersonakan ini yang menjadi lambang keagungan Islam di seluruh pelusuk dunia.   
keindahan senibina masjid
Masjid di Jeddah, Arab Saudi

keindahan senibina masjid
Masjid Besar di Abuja, Nigeria

keindahan senibina masjid
Masjid Abu Al-Abbas Al-Mursi di Kaherah, Mesir 

keindahan senibina masjid
Masjid Aisha di Jeddah, Arab Saudi

keindahan senibina masjid
Masjid Al-Aqsa di Gaza, Palestin

keindahan senibina masjid
Masjid Al-Qaromah di Martapura, Indonesia

keindahan senibina masjid
Masjid Al-Farooq Omar Bin Al-Khattab di Dubai, UAE

keindahan senibina masjid
Masjid Al-Fateh di Manama, Bahrain

keindahan senibina masjid
Masjid Al-Nida di Baghdad, Iraq

keindahan senibina masjid
Masjid Al-Nilin di Omdurman, Sudan

keindahan senibina masjid
Masjid Al-Saleh di Sanaa, Yamen

keindahan senibina masjid
Masjid Baitul Rahman di Barisal, Bangladesh

keindahan senibina masjid
Masjid Badshahi di Lahore, Pakistan

Senibina dan rekabentuk masjid sebenarnya bebas, tidak tertakluk kepada sebarang garis panduan namun ianya mesti sesuai dengan fungsi dan keselesaan sebagai tempat ibadat dan komuniti. Rekaan dan hiasannya juga tidak boleh menyimpang dari ajaran dan kepercayaan yang telah di gariskan oleh agama Islam.
Masjid yang indah bukan untuk hanya untuk di pandang...marilah kita bersama-sama mengimarahkannya... 

Lihat lagi keindahan senibina masjid yang berdiri megah di seluruh dunia:
Post #21 - Keindahan Senibina Masjid
Post #20 - Keindahan Senibina Masjid
Post #19 - Keindahan Senibina Masjid.

Bersama kita doakan.... Ya Allah! selamatkan lah umat Islam Palestin dan Masjid Al Aqsa...Amiin.

Admin...

Tidak ada komentar:

Posting Komentar