Buah-buahan dan sayur-sayuran mempunyai pelbagai bentuk, saiz, warna dan rupa. Rasanya juga pelbagai...ada yang manis, masam, pahit, kelat, lemak dan berbagai lagi. Begitu cantik, bervariasi dan unik sekali ciptaan Ilahi ini untuk kita nikmati.
Warna-warni buah-buahan dan sayur-sayuran bukan bukan sahaja cantik di pandangan mata tetapi juga memberi petunjuk kandungan khasiat di dalamnya.
Warna-warni buah-buahan dan sayur-sayuran bukan bukan sahaja cantik di pandangan mata tetapi juga memberi petunjuk kandungan khasiat di dalamnya.
Ya...Warna-warna yang pelbagai pada setiap buah-buahan dan sayur-sayuran sebenarnya juga menjelaskan kepada kita akan kandungan serta khasiat yang terkandung didalamnya. Oleh itu mudah untuk kita memilih serta memaksimumkan pengambilan pelbagai khasiat dalam makanan dengan hanya melihat melalui warnanya.
Mari kita ketahui manfaat dan kandungan khasiat di dalam buah-buahan dan sayur-sayuran melalui warnanya masing-masing.
Mari kita ketahui manfaat dan kandungan khasiat di dalam buah-buahan dan sayur-sayuran melalui warnanya masing-masing.
Pelbagai jenis buah-buahan dan sayuran yang diasingkan mengikut warna
Berwarna Merah - Mengandungi Lycopen yang bertindak sebagai anti oksida untuk badan selain itu kandungan zat seperti asam ellagic, quercetin, dan hesperidin. Nutrisi ini dapat mengurangkan risiko kanser prostat pada lelaki, menurunkan tekanan darah, mengawal pertumbuhan tumor dan kadar kolesterol LDL, serta menghalang radikal bebas yang berbahaya.
Berwarna Oren - Mengandungi Beta-carotine (salah satu sumber vitamin A) yang di perlukan oleh tubuh badan sebagai bahan immunisasi melindungi kulit dan sel-sel badan dari pencemaran bahan kimia dan alam sekitar.
Berwarna Kuning - Mengandungi vitamin C yang melindungi daripada jangkitan dan selesema, meningkatkan imunisasi badan serta pertumbuhan dan pembaikan tisu. Selain itu ia juga mengandungi potassium yang juga baik untuk menurunkan tekanan darah tinggi, mengurangi pembentukan plak di arteri serta berfungsi sebagai pencuci perut.
Berwana Hijau - Mengandungi Folate yang membina sel-sel tubuh selain Indoles dan Lutein yang membantu menurunkan tekanan darah dan kadar kolesterol LDL, menormalkan waktu pencernaan, kesihatan retina dan penglihatan. Ia juga mengandungi Allyl Sulfides yang bertindak menyerang sel-sel kanser
Berwarna Putih - Mengandungi banyak flavonoid yang dapat membantu kesihatan membran sel. Nutrisi seperti beta-glukan, EGCG, SDG, dan lignan juga meningkatkan kekebalan tubuh, menurunkan risiko penyakit usus besar, payudara, dan kanser prostat serta menjaga keseimbangan hormon dan mengurangkan risiko kanser.
Berwarna Biru - Mengandungi Anthocyanins pula membantu untuk melindungi mata daripada zarah bebas yang berbahaya, melegakan mata yang letih dan memperbaiki peredaran darah.
Berwarna Ungu - Mengandungi Resverator yang mampu membantu meningkatkan tenaga, mengurangkan kandungan gula dalam darah, anti-keradangan, bahan anti-kanser selain mampu mengawal berat badan.
Berwarna Coklat/Brown - Mengandungi Fiber yang bertindak seolah-olah seperti span di dalam badan, menyerap segala bahan-bahan yang tidak dikehendaki - kolesterol jahat, lemak degil, lebihan gula (diabetes), dan juga lebihan asid urik (gout), dan lain-lain lagi. Dengan kata ringkasnya, Fiber sangat bagus untuk melawaskan sistem penghadaman kita.
Pilihlah makanan yang berkhasiat mengikut keperluan. Buah-buahan dan sayuran segar adalah sebahagian dari makanan keperluan yang di perlukan oleh tubuh badan anda. Makanlah ia sekadar perlu dan jangan berlebihan dan membazir kerana ia akan membawa kemudaratan. Ingatlah...Tubuh badan yang sihat menjana otak yang cerdas serta badan yang cergas... dan datangnya ia dari sumber pemakanan dan gaya hidup yang sihat...
Akhir sekali... Jangan lupa bersyukur kepada Ilahi atas limpah nikmat kurnianNya...
Admin...
Tidak ada komentar:
Posting Komentar