Jumat, 10 Januari 2014

tempat pulpen yang unik


Assalamualaikum dan salam sejahtera. Selamat berhujung minggu. Hujung minggu ini anda tidak kemana-mana? Bosan melayan kerenah anak! Mari lakukan aktiviti DIY yang mudah dan menarik bersama-sama mereka agar hujung minggu anda lebih menarik dan bermanfaat.

Aktiviti DIY Di Hujung MingguDIY (Do it yourself) atau anda lakukan sendiri, satu aktiviti kraftangan yang sungguh menarik. Sesuatu benda yang selalunya anda beli tapi sebenarnya anda boleh buat sendiri dengan mudah. Ia juga dapat mengajar anak-anak anda agar menggunakan akal dan kreativiti.

Hujung minggu ini apa kata anda bersama anak-anak membuat aktiviti DIY mudah ini. Jom!


Kreativiti DIY

Aktiviti DIY Di Hujung Minggu

Bahan-bahan dan peralatan yang diperlukan :

1. Straw
2. Gelung tisu terpakai
3. Gunting
4. Pembaris
5. Pen atau marker
6. Gam

Aktiviti DIY Di Hujung Minggu

Langkah pertama :

Ukur panjang diameter luar gelung tisu terpakai.
Setelah itu tandakan pada straw mengikut ukuran tersebut. Buat 3 tanda.
Bengkokkan straw pada bahagian yang ditanda sehingga menjadi 
segi empat sama dan cantumkan hujungnya

Aktiviti DIY Di Hujung Minggu

Buat sehingga anda mendapat sejumlah yang diperlukan

Aktiviti DIY Di Hujung Minggu

Langkah seterusnya :

Kini masa untuk serlahkan kreativiti anda. 
Susun straw berbentuk segiempat tadi pada gelung tisu terpakai.
Gunakan gam untuk melekatkan straw dengan gelung tisu.
Susun ikut daya kreatif anda. 

Aktiviti DIY Di Hujung Minggu
Contoh susunan yang boleh anda lakukan.

Tips : 

1. Gunakan straw pelbagai warna utk hasil yang lebih menarik.
2. Selain bentuk segiempat sama, cuba kreativiti anda dengan bentuk-bentuk lain.

Aktiviti DIY Di Hujung Minggu

Hasilnya :

Sebuah bekas serbaguna yang menarik. Selamat mencuba!

Penuhi masa lapang anda dengan aktiviti menarik dan bermanfaat.
Gunakan masa keemasan di hujung minggu anda dengan mengeratkan hubungan 
sesama ahli keluarga. Salam manis di hujung minggu.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar