Jumat, 03 Januari 2014

keistimewaan ciptaan allah


Hantu Burung Hantu
Burung hantu
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Istimewa hari ini...kita berkenal mesra dengan satu spesis burung yang sangat menarik iaitu burung hantu. Burung yang amat sukar dilihat tetapi mempunyai keistimewaan yang tersendiri.

Kenali Burung Hantu

Burung hantu merupakan spesies burung pemangsa yang aktif pada waktu malam. Sedikit berbeza dengan spesis burung-burung lain dimana muka burung hantu berbentuk rata seperti muka manusia dengan kedua belah matanya bulat mengadap ke hadapan.

Burung hantu mempunyai paruh bengkok ke bawah yang tajam, dan mempunyai bulu jambul yang lembut. Kedua-dua jantina kelihatan serupa tetapi sebenarnya burung hantu betina biasanya 25% lebih besar berbanding burung hantu jantan.

Burung hantu adalah haiwan maging. Makanan utamanya adalah haiwan mamalia kecil seperti tikus, cencorot, burung kecil dan sebagainya. Oleh kerana itu ianya menjadi binatang peliharaan di ladang-ladang sawit dan juga di sawah padi sebagai pemangsa kepada haiwan perosak tanaman ini.

Keistimewaan Burung Hantu

Mata burung hantu mempunyai keistimewaan dimana ia dapat melihat dengan baik dalam cahaya yang kurang. Burung ini juga dapat memusingkankan kepalanya 135 darjah ke kedua-dua belah, memberikannya bidang penglihatan yang bagus. Bagaimanapun burung hantu juga mempunyai kelemahan iaitu masalah rabun dekat. Ia tidak dapat melihat dengan jelas jika sesuatu berada betul-betul di hadapannya.

Burung hantu juga mempunyai kemahiran yang mengagumkan. Ia juga boleh menjadi hantu. Maksud hantu disini adalah kemampuannya mampu menghilangkan diri. Burung hantu cukup bijak menyamarkan diri sehingga ianya sukar dilihat. Cubalah anda lihat sendiri...

Hantu Burung Hantu

Hantu Burung Hantu Hantu Burung Hantu

Hantu Burung Hantu

Hantu Burung Hantu

Hantu Burung Hantu

Hantu Burung Hantu Hantu Burung Hantu


Hantu Burung Hantu

Kepercayaan Khurafat Tentang Burung Hantu

Ada juga yang percaya, kalau terdengar bunyi burung hantu dimalam hari, maknanya ada perkara buruk akan berlaku. Janganlah percaya perkara khurafat ini.

Rasulullah SAW bersabda: “Tidak ada penyakit berjangkit, tidak ada sempena (baik atau buruk) melalui burung-burung berterbangan, tidak ada sial pada burung hantu dan tidak ada nahas dalam bulan Safar. Hendaklah setiap daripada kamu melarikan diri daripada pesakit kusta sebagaimana kamu melarikan diri daripada singa yang bengis.” (Riwayat Bukhari dan Muslim).

Tapi ada satu lagi spesis burung hantu yang bijak dan terpelajar. Kalau nak tahu spesis yang sangat istimewa ini... itu kenalah tanya Pha Is atau Wanariahamiza.

Salam Jumaat dan selamat berhujung minggu. Terima kasih bersama Relaks Minda


Tidak ada komentar:

Posting Komentar