Apakah yang anda inginkan? |
Assalamualaikum... Syukur Alhamdulillah kerana dapat lagi bersama anda. Bersyukur kerana masih diberi peluang untuk berkongsi sedikit pengetahuan dan pandangan untuk ingatan bersama.
Santaikan minda anda dan bayangkan apa yang anda inginkan dalam kehidupan didunia ini. Pasti macam-macam perkara dan benda yang berlegar-legar difikiran yang ingin dijangkau...
Santaikan minda anda dan bayangkan apa yang anda inginkan dalam kehidupan didunia ini. Pasti macam-macam perkara dan benda yang berlegar-legar difikiran yang ingin dijangkau...
Adakah keinginan dan kehendak kita ini mengikut keperluan atau diatas tuntutan nafsu? Sebagai umat Islam, kita dibataskan dalam menginginkan sesuatu kerana tidak mahu terlalu asyik dan lalai dalam kenikmatan hidup didunia yang sementara ini. Kita punyai matlamat iaitu kehidupan di syurga yang kekal abadi.
Namun Allah SWT tetap akan menunaikan impian anda didunia ini seandainya ia masih lagi didalam garis yang ditetapkan. Setiap keinginan anda diberi jalan untuk mencapainya. Oleh itu apakah yang anda inginkan dalam kehidupan ini?
Apa yang anda inginkan?
Segala yang anda inginkan... Islam beri jalannya...
Anda ingin bahagia?
Solatlah diawal waktu
Anda mahu dipermudahkan urusan?
Rajinkanlah membaca Al-Quran
Ingin dihormati dan disegani?
Contohilah perilaku Rasulullah SAW.
Mahu hidup diberkati?
Perbanyakkan berselawat
inginkan wajah yang berseri-seri?
Bangunlah disepertiga malam dan bertahajjud
Anda mahu kaya?
Berzakat dan berbanyakkan sedekah serta amal jariah
Anda ingin sihat?
Maka berpuasalah..
Mahukan ketenangan hati?
Lafazkanlah zikrullah
Anda mahukan pertolongan?
Berdoalah
Anda gagal dan berdukacita?
Beristighfarlah
Anda mahu Islam menguasai dunia?
Solat subuh berjemaah dimasjid seperti ramainya bersolat jumaat.
Anda mahu kereta?
Bekerjalah bersungguh-sungguh, ikhlas kerana Allah SWT.
Anda mahu lulus periksa?
Belajarlah bersungguh-sungguh, ikhlas kerana Allah SWT
Anda inginkan syurga?
Ikutlah segala perintah Allah SWT dan jauhi segala laranganNya.
Nyatakanlah apa sahaja yang anda inginkan... Pasti akan ada jalan penyelesaian dan panduan jika anda benar-benar yakin dan percaya bahawa Islam itu benar dan sesungguh Nya tiada tuhan yang disembah melainkan Allah SWT dan Nabi Muhammad SAW itu pesuruh Allah SWT. Jadikan Al-Quran dan Hadis sebagai rujukan... Insyaallah, anda pasti akan menikmati dan mencapai apa yang anda inginkan.
Allah SWT Maha Besar lagi Maha Penyayang...sentiasa mendengar dan adil kepada umatnya... Yakin, beriman dan bertakwalah!
oleh : nur laili
Tidak ada komentar:
Posting Komentar