Anak kita semakin hari semakin membesar. Sampai ketikanya, mereka perlu mempunyai bilik sendiri. Kanak-kanak sememangnya sukar untuk tidur bersendirian dibilik tidur mereka. Perlu ada cara untuk memujuk dan memikat mereka agar dengan sendirinya mereka ingin berpisah dan keluar dari bilik anda. Salah satu daripada caranya adalah dengan melakukan dekorasi katil dan bilik tidur agar kelihatan menarik dan menyeronokkan buat mereka.
Sedikit perbelanjaan pengubahsuaian perlu dilakukan. Tapi apalah salahnya untuk simanja kesayangan anda. Anda juga tidak perlulah bersusah payah memujuk dan hati pun senang.
Selain dari itu anda perlu bijak melakukan dekorasi susunan dan pemilihan perabot agar bilik anak anda kelihatan selesa dan menceriakan mereka.
Pilihan Idea Kreatif Dekorasi Bilik
Apa yang dipaparkan disini adalah beberapa contoh yang mungkin menarik perhatian anda dan membuka minda untuk membuka minda dan memberi idea bagaimana untuk mendekorasikan bilik anak anda.
Ianya adalah 'custom made' dan tidak didapati di kedai-kedai perabot. Tempahan harus dilakukan melalui perbincangan dengan 'interior designer'. Kebanyakan kedai perabot ternama dan besar mempunyai perkhidmatan ini.
Namun mungkin anda juga boleh ubah suai sendiri jika berkemahiran. Yang penting disini adalah, kreativiti dan idea dekorasi bilik, susunan, warna dan perabot yang boleh menjadi contoh dan boleh anda praktikkan. Berikut adalah beberapa teknik dekorasi dan pilihan katil dan perabot yang mungkin menarik minat anda serta anak-anak anda.
1. Dekorasi Katil Bertingkat
Bagi anda yang mahukan anak anda berkongsi bilik namun ruang pula agak terhad. Pilihan katil bertingkat adalah yang paling sesuai. Paling penting dalam pemilihan katil jenis ini adalah keselamatan kerana katil tersebut pastinya tinggi. Selain dari itu lihatlah kepada kelebihan pada rekaan katil bertingkat tersebut yang mempunyai pelbagai kelebihan dan keistimewaan yang bersesuaian dengan karektor anak anda.
Katil bertingkat yang sesuai untuk kanak-kanak aktif.
Katil bertingkat yang mempunyai ruang-ruang menyimpan yang tersorok dan rak.
Katil bertingkat yang mempunyai pelbagai saiz katil yang berbeza.
2. Dekorasi Susunan dan Rekaan Menjimatkan Ruang
Susunan perabot sangat penting kerana ianya dapat membuatkan ruang yang sempit kelihatan luas. Ia juga penting agar kanak-kanak ini selesa dan tidak terasa lemas dalam bilik sendiri. Susunan katil dan perabot paling sesuai disusun rapat ke dinding. Warna yang terang dan cerah dapat memberikan ruang lebih tampak luas.
Katil, almari, rak dan meja yang terbina sekali sangat sesuai untuk bilik yang sempit. Ianya dapat mengurangkan jumlah perabot didalam bilik.
Katil dikedudukan yang tinggi dapat memberi ruang dibawahnya untuk dijadikan almari. Ianya menjimatkan ruang sehingga dapat mewujudkan ruang lain untuk ibadah.
Rekaan katil yang tersorok yang boleh disimpan juga pilihan terbaik dalam menjimatkan ruang
3. Pilihan Dekorasi Tanpa Bilik
Tidak semua dari kita mempunyai rumah yang mempunyai banyak bilik. Jika anak-anak ramai, pasti ada yang terpaksa tidur di luar bilik. Namun itu bukanlah satu alasan untuk kita tidak memberikan keselesaan buat mereka. Masih ada pilihan rekaan katil dan perabot yang sesuai untuk diletakkan pada ruang diluar bilik.
Rekaan katil dan perabot yang sesuai diletakkan diluar bilik. Kemas dan tersusun. Pasti anak-anak anda juga menyukainya. Tidak menyesakkan, hanya perlu diletakkan pada satu sudut di rumah anda.
Satu lagi contoh rekaan yang sesuai diletakkan di luar bilik. Yang penting, jangan abaikan kelasaan mereka.
4. Dekorasi Bilik Juga Sebuah Permainan
Rekaan bilik yang menyerupai sebuah taman permainan pasti menarik minat kanak-kanak. Mereka pasti mahukan pondok mereka sendiri dan rekaan ini pasti dapat menjadikan impian mereka satu realiti. Jangan salahkan saya pula jika mereka akan meluangkan banyak masa hanya di dalam bilik.
Agak keterlaluan tetapi jika ini dapat memujuk dan memberikan kegembiraan buat mereka, apalah salahnyakan. Tapi pentingkan juga keselamat!
5. Satu Bilik Ramai Anak
Jika anda kekurangan bilik, anak-anak sama jantina, mereka bolehlah ditempatkan bersama didalam satu bilik. Namun berilah keselesaan buat mereka kerana bilik yang dihuni oleh ramai anak-anak pasti akan menyempitkan rung. Pilihan perabut terutama katil dan susunan perabot mestilah bersesuaian agar tidak menyempit ruang. Jika boleh, ruang bilik hanya disediakan katil dan almari pakaian sahaja.
Apabila adik-beradik dalam satu bilik, pergaduhan mudah berlaku. Biasalah...adik beradik, oleh itu jangan jadikan bilik itu hak sesiapa...cukup sekadar tempat tidur dan salin pakaian.
Tiga katil 'bertingkek-tingkek' tersusun menarik. Kemas dan tersusun.
Katil yang menggunakan ruang dinding sepenuhnya akan dapat memberi ruang lebihan yang lebih luas didalam bilik.
6. Bilik Sebuah Cerita Fantasi
Rekaan bilik ini pastinya menjadi idaman setiap kanak-kanak. Sebuah bilik yang berdekorasi serta bertemakan karektor atau watak animasi yang mereka minati. Bilik yang penuh dengan gambar kartun Upin & Ipin, Hello Kitty, Smurf, Snow White dan sebagainya pasti akan menarik minat mereka. Rekaan perabot dan katil yang unik juga pasti memberi keseronokan dan minat mereka untuk tidur dibilik ini. Tapi jangan terlebih menghias pula, nanti mereka takut pula...
Katil sebuah kereta kuda ini pasti memikat hati dan keinginan anak-anak untuk tidur disini.
Rekaan katil umpama didalam sebuah istana dalam kisah-kisah buku cerita pasti memukau keinginan kanak-kanak untuk tidur dibilik mereka.
Utamakan Keselesaan Dan Keselamatan
Dekorasi katil dan bilik untuk kanak-kanak ini hanyalah gambaran dan pencerus idea kreatif untuk anda menggubah bilik yang sesuai untuk anak-anak anda. Utamakan keselesaan dan minat mereka. Gunakan warna-warna yang mereka minati. Warna yang cerah dan terang mampu memberi keceriaan dan seri kepada bilik anak anda. Jangan pula terlalu mengikut pilihan anda, ikut juga citarasa mereka. Selain dari itu, pencahayaan didalam bilik juga amat penting.
Dalam keasyikan anda menghias dan mendekorasi bilik anak-anak ini, utamakan keselamatan. Pastikan tiada ruang untuk kemalangan mudah berlaku. Katil yang tinggi berkandang, lantai yang tidak licin dan tiada bucu-bucu tajam yang boleh mencederakan. Pastikan juga semua peralatan dan kemudahan didalam bilik mudah dicuci dan dikemas.
Ajarkan anak-anak anda doa sebelum tidur dan sesudah tidur.
Semoga kanak-kanak gembira dengan dekorasi, katil, peralatan dan hiasan didalam bilik mereka. Mereka gembira anda pun ceria... :)
Tidak ada komentar:
Posting Komentar