tgl :23 januari 2014
Assalamualaikum dan Salam sejahtera... Kehidupan berumahtangga perlu adanya gurau senda dan tawa. Suami isteri perlu bijak menangani situasi dan keadaan agar suasana tidak menjadi suram dan membosankan. Suami dan isteri perlu ada komunikasi...
Bijak Menangani Isu Dan Situasi
Bila Suami Isteri Bergurau Senda |
Sesuatu isu yang berat dan sensetif juga boleh menjadi satu topik yang ringan jika kita bijak berbicara. Ianya dapat mengelak dari berlakunya pertengkaran atau tindakan yang tidak diingini.
Apa yang penting adalah ianya dapat memberi maksud yang mendalam tanpa perlu berlakunya perselisihan faham.
Apa yang penting adalah ianya dapat memberi maksud yang mendalam tanpa perlu berlakunya perselisihan faham.
Tenangkan minda anda dan jom kita santai seketika dengan sketsa ini... Tidak perlu terus melenting, tetapi bijak membidas tanpa perlu bertengkar...Yang pasti, ianya akan membuatkan yang bertanya terus berfikir semula berulang kali.
Sketsa Suami Isteri
Suami : Wahai isteriku yang ku sayang...
Isteri : Ya...Abang
Suami : Sayang... abang nak kahwin lagi satu boleh?
Isteri : Boleh... tapi syaratnya abang kena belajar 'grammar english' dulu.
Suami : Hmmm... Senang jer tu...
Isteri : Ok... Satu tu 'singular' dua atau lebih 'plural'... betul kan?
Suami : Ya..betul
Isteri : One car...'singular' Two cars...'plural'. Apa bezanya?
Suami : Senang jer... tambahan huruf 's' itulah untuk 'plural'
Isteri : Betul tu... pandai abang. Jadi ianya sama lah seperti abang.
Suami : Apa pula yang samanya?
Isteri : Ye lah... Satu isteri abang 'mampu'. Kalau dua isteri... maknanya dah jadi 'plural'. Tambah ajer 's'... Abang nak? .... :)
Suami : .... :(
Gurau senda pun harus ada hadnya... Tidak semua perkara juga boleh dibuat bergurau. Suami dan isteri harus faham akan kedudukan dan tanggungjawab masing-masing, Apa bila ada kesefahaman, pasti akan saling hormat menghormati.
Ikatkan jalinan kemesraan suami dan isteri. Tiada masalah yang tidak dapat diselesaikan andai adanya perbincangan. Jangan bertindak terburu-buru kerana ianya akan mengeruhkan lagi keadaan. Semoga rumahtangga yang dibina kekal bahagia dan diberkati. Ikatan yang terbina berkekalan hingga ke syurga... Bergurau senda membawa ceria.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar