Selasa, 28 Januari 2014

Pengalaman... Seorang Blogger Baru


Sepanjang perjalanan anda menjadi seorang blogger mesti ada pengalaman pahit manis yang pernah anda tempuhi. Begitu juga dengan diri ini. Ingin aku kongsikan secebis pengalaman yang pasti ku kenang sampai bila-bila. Pengalaman yang membuatkan aku tersentak dan menyedarkan aku akan realiti sebenar seorang Blogger. 

Pengalaman... Seorang Blogger Baru
Antara header terawal Relaks Minda.

Permulaan aku menjadi seorang Blogger bukanlah semanis gula. Dengan ilmu dan pengetahuan yang cetek, aku memulakan langkah dengan penuh semangat untuk merealisasikan page Facebook Relex Minda dikembangkan kepada sebuah Blog Relaks Minda. Aku dapat melihat potensi Blog dimana ia merupakan platform media sosial terbaik untuk perkongsian yang lebih mendalam, mesra, kreatif, meluas dan tanpa sempadan.

Keghairahan Menjadi Seorang Blogger

Bulan pertama menjadi blogger, keghairahan dan semangat begitu berkobar-kobar. Setiap detik, setiap ketika melihat Blogger Overview untuk melihat perkembangan jumlah pageview.

Bila ada komen menerjah, dengan segera aku membalas! Masa terluang tidak kira dimana...pasti digunakan untuk memantau status blog dan mengarang entri untuk diterbitkan.

Kejadian berlaku apabila aku mula mengenali apa itu blogwalking. Tips dari ramai blogger mengatakan blogwalking adalah langkah terbaik untuk promosi blog, membuat backlink, meningkatkan follower serta trafik dan mendapat kunjungan balas. Ya...tidak dinafikan, ianya sangat berjaya! 

Kekecewaan Seorang Blogger Baru

Namun aku mula rasa sangat kecewa apabila melihat hampir kesemua kunjungan ku ke Blog-blog otai, terkenal dan popular, pasti komen ku tidak berbalas dan tiada kunjungan balas. Maklumlah waktu itu aku pasti membalas setiap komen dan menerjah kembali setiap pengomen di blog aku dan aku berharap perkara yang serupa akan berlaku...Namun aku hampa...

Pengalaman... Seorang Blogger Baru
Tolong! Tolong!
Aku benar-benar kecewa dengan sikap sombong mereka yang tidak mengendahkan blogger baru seperti aku. Aku terlalu marah dan beremosi... Sehingga akhirnya aku meninggalkan satu komen pedas disatu blog otai yang sangat terkenal, meluahkan kekecewaan ku diatas kesombongan blogger tersebut serta blogger popular lain kerana tidak membalas komen atau tiada kunjung balas.

Tidak lama... komenku terus berbalas! Jawapan yang diberikan membuatkan aku tersentak dan termenung seketika... Jawapan yang mengubah terus persepsi aku terhadap mereka. "Dik...     ....bersambung....

Tidak ada komentar:

Posting Komentar