Selasa, 21 Januari 2014

PERLUNYA KEINDAHAN DALAM HIDUP


Assalamualaikum...dan salam sejahtera. Apa khabar anda semua, semoga sihat sejahtera dan dirahmati. Terima kasih berkunjung DI UJUNG ISLAM. Kunjungan anda amat dihargai...

Sudah puas blogwalking? Bergerak dari satu log ke satu blog...atau anda mencari sesuatu tetapi tersesat kesini? Apa pun tujuan anda...Rehatlah seketika. Tenangkan fikiran dan minda seketika. Nikmati keindahan alam semulajadi yang menakjubkan ini... Ianya dicipta untuk kita nikmati bersama...

Rehat dan Tenang  Seketika... Hargai Masa
Bila mentari mula menyinar...terserlah keindahan alam
Bersyukurlah...Alhamdulillah

Rehat dan Tenang  Seketika... Hargai Masa 
Bermula langkah menyusuri titian menikmati keindahan

Rehat dan Tenang  Seketika... Hargai Masa 
Menyusuri celah bebunga menawan berwarna-warni

Rehat dan Tenang  Seketika... Hargai Masa 
Mendengar alunan merdu dikala air menuruni bebatu

Rehat dan Tenang  Seketika... Hargai Masa 
Semakin tinggi semakin indah
Sungguh menakjubkan...Subhanallah 

Rehat dan Tenang  Seketika... Hargai Masa 
Kedamaian dilembah menjadikan aliran semakin tenang

Rehat dan Tenang  Seketika... Hargai Masa 
Setenang air kali yang begitu mendamaikan

Rehat dan Tenang  Seketika... Hargai Masa 
Ketenangan yang menghentikan segala pergerakan.
Ketenangan hati memuji Yang Satu...Laailahailallah

Rehat dan Tenang  Seketika... Hargai Masa 
Umpama cermin menyerlah keindahan tasik yang mendamaikan

Rehat dan Tenang  Seketika... Hargai Masa 
Menyusur terus ke laut yang mengagumkan
Sesungguhnya Kau Maha Berkuasa...Allahuakbar

Rehat dan Tenang  Seketika... Hargai Masa 
Kedamaian lautan sungguh indah namun tidak terduga

Sekejap sahaja kunjungan anda disini. Menikmati betapa indahnya alam ini. Ciptaan sempurna Maha Pencipta untuk tatapan kita bersama. Semoga anda beroleh sedikit terapi santai yang memberi ketenangan. Dapat merehatkan minda seketika sebelum anda meneruskan kembara ke blog lain ataupun mencari sesuatu di alam siber ini. 

Kini masa pun telah berlalu. Hargailah masa kerana ianya tidak akan berulang kembali. Ianya akan terus berlalu tanpa menunggu... Sedar atau tidak, sudah 20 hari tahun 2014 berlalu dan bulan Februari pula akan menjelma. 

Salah satu tanda-tanda hampir kiamat adalah merasa masa berlalu begitu cepat sekali. Bukan untuk menakutkan anda tapi sekadar ingatan bersama agar tidak terlupa dan terlalai dengan nikmat dunia. Semoga kita tidak tergolong dalam golongan yang rugi....

Rehat dan Tenang  Seketika... Hargai Masa

Pinjam sikit kata-kata PU Yeop "Relaks, relaks juga... Jom kita beramal"

Tidak ada komentar:

Posting Komentar