Kamis, 09 Januari 2014

Jenis-jenis Plastik yang baik di gunakan


Jenis-jenis Plastik Dan Kitar Semula
Guna dan kitar semula plastik
Jika kita lihat disekeliling kita, ada pelbagai rupa bentuk dan jenis barangan diperbuat dari plastik. Plastik merupakan bahan yang amat meluas sekali penggunaannya. Apabila banyak digunakan, maka banyaklah juga ianya dibuang.

Plastik tidak mudah mereput dan terlerai secara semulajadi. Ianya memerlukan jangkamasa yang terlalu lama. Dari puluhan tahun sehinggalah ada yang mencecah ratusan ribu tahun untuk mereput mengikut jenis-jenis plastik tersebut.

Mengetahui Jenis-Jenis Plastik

Bahan utama pembuatan plastik berasal dari campuran bahan kimia, iaitu bukan dari sumber semulajadi. Maka ianya pasti membawa kesan keatas bahan yang disimpan didalamnya terutama yang melibatkan makanan dan minuman. Sudah pasti juga memberi impak negatif keatas kesihatan kita.

Oleh itu penting untuk kita mengetahui jenis-jenis plastik agar kita dapat mengenal pasti jenis plastik yang selamat digunakan dan boleh di kitar semula.

Pada tahun 1988, Society of the Plastics Industry (SPI) sebuah persatuan pengeluar plastik sedunia telah mengeluarkan satu pengkelasan untuk mengkategorikan jenis-jenis plastik ini. Semua pengilang diwajibkan mengikut dan meletakkan koding sistem yang ditetapkan (SPI code or number) pada setiap produk plastik.

Pengkelasan Plastik

Dengan adanya pengkelasan ini, maka mudah untuk kita mengenal pasti jenis-jenis plastik serta mengetahui kandungannya untuk keselamatan dan pilihan penggunaannya. Berikut disenaraikan koding sistem yang di guna pakai diseluruh dunia:

Plastic Type OneJenis-jenis Plastik Dan Kitar SemulaPlastik Kelas 1

Biasanya dikenali dengan PET, PETE atau Polyethylene Terephthalate. Biasa digunakan untuk membuat botol minuman dan bekas makanan. Tidak sesuai digunakan semula atau disimpan terlalu lama. Tindakbalas kimia juga mudah berlaku jika diletakkan dalam keadaan cuaca diluar suhu bilik. Mudah dikenali kerana biasanya ia akan menyerap bau dan rasa minuman atau makanan yng simpan didalamnya. Plastik jenis ini boleh di kitar semula dan bernilai.

    Jenis-jenis Plastik Dan Kitar SemulaPlastic Type TwoPlastik Kelas 2

    Ianya menggunakan bahan High-Density Polyethylene atau dikenali sebagai HDPE. Produk HDPE adalah sangat selamat kerana ianya tidak akan memberi tindakbalas kimia keatas bahan yang disimpan didalamnya. Biasanya digunakan untuk bekas untuk simpanan susu, minyak pelincir, syampu dan bahan pencuci. Kebanyakan barang mainan juga diperbuat dari bahan ini. Ianya juga sesuai untuk dikitar semula. 
    Walaupun ianya selamat tapi jangan sesekali menggunakan semula bekas ini untuk makanan jika ianya bukan bekas makanan pada asalnya walaupun telah di cuci bersih!

      Plastic Type ThreePlastik Kelas 3

      Barangan plastik dari Polyvinyl Chloride atau PVC. PVC biasa digunakan untuk membuat pelbagai jenis paip dan komponen kenderaan kerana sifatnya yang tahan lasak. Ianya tidak sesuai dijadikan bekas untuk makanan kerana beracun. Ianya juga boleh di kitar semula.

        Plastic Type FourPlastik Kelas 4

        Material utama plastik ini adalah Low-Density Polyethylene atau LDPE. Ianya paling biasa kita gunakan iaitu segala jenis beg plastik serta plastik yang nipis sebagai pembalut, pembungkus dan pelapik. Semua ini diperbuat dari LDPE kerana sifatnya yang kuat, anjal dan flexible. Ianya boleh dikitar semula.

          Jenis-jenis Plastik Dan Kitar SemulaPlastic Type FivePlastik Kelas 5

          Plastik ini sangat tahan dan tahan pada suhu yang tinggi. Ianya diperbuat dari Polypropylene atau PP. Ia biasanya dibuat tupperware, tutup botol, tong dan komponen kenderaan. Ianya paling selamat sebagai bekas untuk makanan dan minuman. Banyak juga peralatan luaran rumah menggunakan plastik ini. Ianya juga boleh dikitar semula.

            Plastic Type SixPlastik Kelas 6

            Juga dikenali sebagai barangan Polystyrene (PS) atau Styrofoam. Boleh dikitar semula tetapi amat sukar. Sifatnya yang ringan dan berwarna putih tetapi rapuh. Sesuai digunakan untuk pelapik dan penyerap bunyi namun paling selalu digunakan sebagai bekas untuk makanan pakai buang. Namun ianya tidak sesuai pada suhu yang panas kerana mudah bertindakbalas dan boleh membawa keracunan. Sebaiknya elakkan menggunakan bahan ini bersama makanan anda.

              Plastic Type SevenPlastik Kelas 7

              Ianya dikelaskan untuk lain-lain jenis plastik yang tidak termasuk dalam kelas diatas. Material biasanya adalah Polycarbonate dan Polylactide. Ia termasuk dalam kategori ini. Produk biasanya pula adalah seperti CD, komponen barangan digital, bekas ubatan dan botol bayi. Ianya amat sukar di kitar semula.

                Jenis-jenis Plastik Dan Kitar Semula

                Pilihan ditangan anda. Pilihlah jenis plastik yang selamat digunakan dan boleh di kitar semula. Selalu perhatikan kelas barangan atau bekas plastik anda terutama jika ianya untuk bekas makanan dan minuman kerana tersalah pilih, ia akan mengancam kesihatan anda.

                Kitar Semula Plastik

                Kitar semula barangan plastik yang tidak digunakan sama ada melakukan aktiviti kreativiti kitar semula atau kumpul dan jual. Pembuatan plastik amat murah dan tinggi permintaannya. Oleh kerana itu terlalu banyak produk kini beralih kepada bahan plastik sebagai material utama. Namun kesannya amat besar keatas alam semulajadi andai tidak di urus dengan baik dan sempurna. 

                Tempoh pereputan yang terlalu lama, tindak balas kimia yang menghasilkan toksid yang merbahaya meracuni tanah dan air, pembakarannya juga menghasilkan pencemaran asap dan bau serta pembebasan bahan toksid merbahaya...itu adalah antara kesan dari pelupusan bahan plastik yang mengancam hidupan dan alam semulajadi. Oleh itu, tiada cara pelupusan terbaik buat plastik selain daripada kitar semula.

                Kenali jenis-jenis plastik. Amalkanlah amalan kitar semula dan fikir dulu sebelum guna dan buang! Utamakan kesihatan dan peliharalah alam semulajadi.

                Jenis-jenis Plastik Dan Kitar Semula
                Cintailah alam yang indah ini

                Tidak ada komentar:

                Posting Komentar