Seni gubahan pokok hiasan |
Ia bukan sahaja menampakkan suasana lebih menarik tetapi kreativiti ini menjadikan halaman dan taman kelihatan lebih berseni. Ianya pasti menjadi tarikan unik sesiapa sahaja yang memandang.
Seni Hiasan Topiari
Seni topiari |
Seni gubahan pokok hiasan ini memerlukan daya kreativiti yang tinggi. Seni ini juga dikenali dengan nama seni arca hidup atau topiari.
Ianya dapat membentuk struktur dan karekter taman yang menampilkan keunikan dan kecantikan. Seni topiari terkini tidak lagi terhad kepada bentuk-bentuk geometri atau objek mudah dibentuk tetapi menjangkau kepada kepelbagaian rupabentuk yang sungguh mengagumkan.
Belajar Seni Gubahan Pokok Hiasan
Seni gubahan topiari |
Jika anda berminat dengan seni hiasan ini, anda perlukan pengetahuan, kemahiran, ketekunan, kesabaran dan pengawasan yang rapi. Bermula dengan pemilihan rekabentuk yang anda inginkan, diikuti pula dengan pemilihan jenis pokok yang sesuai. Dari situ anda juga perlu bijak memilih kombinasi dan susunan pokok tersebut agar bertepatan dengan objek yang anda inginkan.
Apabila percambahan dahan mulai lebat, maka bermulalah pembentukan rekabentuk. Cara yang paling mudah dan biasa digunakan adalah dengan menggunakan dawai. Kerangka dawai dibentuk mengikut bentuk objek yang ada mahukan.
Ianya mestilah kukuh dengan rongga yang sesuai untuk dahan berpaut. Sedikit semi sedikit, dahan/ranting ini bertambah lalu diikat pada kerangka. Pembentukan tunas-tunas baru menambahkan dedaun lalu memenuhi setiap bahagian dan rongga kerangka untuk membentuk objek yang diinginkan.
Kreativiti gubahan pokok hiasan |
Halaman dan taman kelihatan begitu unik dan menarik diserikan lagi dengan seni gubahan pokok hiasan yang kreatif dan menawan. Seni hiasan yang mampu memikat setiap mata yang memandang. Satu kepuasan yang sukar dijelaskan apabila anda berjaya menghasilkan seni hiasan topiari ini.
Author by Bin Muhammad
Tidak ada komentar:
Posting Komentar