Minggu, 02 Juni 2013

Hujan - Sumber Kehidupan dan Rahmat Ilahi


hujan sumber kehidupan dan rahmat ilahi
Assalamualaikum...
Hujan, satu fenomena alam yang sungguh menakjubkan. Apakah itu hujan?

Hujan merupakan kerpasan cecair. Hujan terbentuk apabila titik air yang terpisah jatuh ke bumi dari awan. Ianya adalah salah satu kitaran air di alam ini, menjadi sumber penting kelangsungan kehidupan semua makhluk di muka bumi...

Titisan air yang berguguran dari langit ini juga boleh menjadi bencana andai ianya turun dengan luarbiasa banyaknya. 

Hanya sedikit informasi ringkas mengenai hujan buat tambahan ilmu. Sekarang ini cuaca cukup panas dan terik, seringkali kita mengharapkan hujan turun di siang hari. Pabila hujan turun...kita pula sibuk melarikan diri untuk berteduh... Ye lah...siapa yang ingin dibasahi hujan... Dari situ jualah terciptalah payung dan baju hujan untuk kita berteduh dalam mengharungi hujan. Dapatkan maklumat cuaca ditempat anda di SINI

 hujan sumber kehidupan dan rahmat ilahi
hujan sumber kehidupan dan rahmat ilahi 
hujan sumber kehidupan dan rahmat ilahi

Ketika hujan turun...suasana panas akan menjadi dingin. Air yang turun membasahi bumi menyejukkan bahang udara yang panas. Suasana menjadi suram dan kelam. Cahaya mentari dilindungi oleh awan hitam. Kebanyakan aktiviti luaran akan terhenti seketika. Binatang juga tidak terkecuali. Masing-masing perlukan perlindungan dari kebasahan.

Dikala inilah masa yang sesuai untuk kita menikmati ketenangan sambil merenung titisan hujan yang turun. Suasana kelam yang dingin dan nyaman memberi rasa kedamaian dan keinsafan. 

hujan sumber kehidupan dan rahmat ilahi 
hujan sumber kehidupan dan rahmat ilahi 
hujan sumber kehidupan dan rahmat ilahi

Masa untuk merenung seketika akan kekuasaan Ilahi... menjadikan hujan, titisan air yang turun dari langit. Menjadikan hujan untuk menyejukkan udara yang panas. Menjadikan hujan, memberikan semua makhluk sumber  air untuk kehidupan. Menjadikan hujan sebagai sumber pertumbuhan pepohon dan tanaman. 

Satu kitaran yang kompleks dalam aturan alam...secara ringkasnya, air di bumi meruap naik ke udara lalu membentuk awan dan akhirnya kembali jatuh semula kebumi sebagai hujan... 

hujan sumber kehidupan dan rahmat ilahi 
hujan sumber kehidupan dan rahmat ilahi 
hujan sumber kehidupan dan rahmat ilahi

Begitulah juga kehidupan kita di dunia ini, bak air hujan... DariNya kita datang...dan akhirnya kepadaNya jua kita kembali. Begitulah aturannya... Sebagaimana hujan, kita juga mempunyai sebab dan tanggungjawab dalam mengharungi kehidupan ini. 


hujan sumber kehidupan dan rahmat ilahi 
 hujan sumber kehidupan dan rahmat ilahi
hujan sumber kehidupan dan rahmat ilahihujan sumber kehidupan dan rahmat ilahi

Pabila turunnya hujan...anda renungkanlah seketika. Hujan yang turun memberi seribu rahmat dari Ilahi buat setiap makhluk dan hidupan di muka bumi ini. Semoga kita sentiasa bersyukur dan menghargai setiap kejadian dan jangan anda lupa...berdoalah. Dikhabarkan dari Aisyah r.a mengatakan bahawa Rasulullah s.a.w apabila melihat hujan, baginda berkata: ”Semoga hujan yang bermanfaat.”

Terima kasih bersama Relaks Minda... Semoga ianya dapat memberi anda santapan buat mata dan hati. 

Admin...

Tidak ada komentar:

Posting Komentar