Minggu, 09 Juni 2013

Nikmati Percutian Hujung Minggu di Relaks Minda...


Assalamualaikum... Selamat berhujung minggu buat anda semua. Kini anda singgah seketika di sini. Sebuah blog yang menyajikan anda ketenangan buat seketika... Relaks Minda anda...

Di hujung minggu ini, ambillah peluang untuk mencari ketenangan dengan menikmati percutian di tempat-tempat menarik yang menyajikan keindahan alam ciptaan Ilahi. Rehatkan rohani dan jasmani anda dari ketegangan dengan suasana yang aman dan damai, jauh dari tempat rutin harian anda.

Nikmatilah ia... dan berilah kerehatan sewajarnya buat diri anda walaupun seketika. Nikmati percutian yang indah ini, marilah bersantai seketika bersama Relaks Minda...

menikmati percutian relaks minda

Tenangkan fikiran anda dan bayangkan anda berada di lokasi ini. 

menikmati percutian relaks minda

Anda pasti akan merasa kesegaran tatkala anda berada di suasana yang nyaman lagi mendamaikan. Fikiran anda terasa begitu tenteram. Jauh dari segala kesibukan dan kebisingan. Berada di lokasi yang masih mengekalkan keindahan semulajadi dan tiada pencemaran. 

Menikmati rehat yang berkualiti tanpa sebarang gangguan. 

menikmati percutian relaks minda

menikmati percutian relaks minda

Kehijauan alam yang menenangkan jiwa menjadi santapan pandangan mata. Betapa amannya alam ini. Dengan bertemankan kicauan burung menyanyi riang. Menghirup udara segar yang nyaman, sungguh mengasyikkan. Inilah nikmat sebenar ketenangan dan kedamaian yang anda impikan.

Melegakan seketika akan segala ketegangan, kerungsingan dan kemarahan lalu memberi satu perasaan baru yang lebih positif. Memberi ilham dalam mencari jalan penyelesaian. Memberi idea baru yang lebih menyegarkan. Memberi jawapan setiap persoalan.

menikmati percutian relaks minda

menikmati percutian relaks minda

Dikala malam penuh kesunyian.  Ketenangan yang tiada bandingan. Lampu nion samar-samar menerangi kegelapan. Tiada hiruk-pikuk kedengaran, hanya suara unggas dan cengkerik bersahut-sahutan. Terapi minda yang sungguh mempersonakan. Membuat anda termanggu dalam dakapan alam. 

Dikala ini pelbagai ingatan dan kenangan kembali terbayang... Memberi perasaan suka dan duka penuh dengan rasa kabahagiaan. Menilai segala baik dan buruk buat panduan.

menikmati percutian relaks minda

menikmati percutian relaks minda

Renungkan sejenak... Betapa bernilainya nikmat rehat yang anda nikmati walau pun seketika. Betapa besarnya kuasa alam ini dalam memberi anda ketenangan dan kedamaian hanya melalui santapan pandangan mata, bisikan di telinga dan kesegaran udara yang memberi suatu sentuhan kepada hati dan minda.

Sebelum anda kembali tersedar dari lamunan... Bersyukurlah kerana betapa bertuahnya diri ini kerana dikurniakan pancaindera yang lengkap untuk menikmati segala keindahan dan kedamaian alam ini. 

menikmati percutian relaks minda

Kini anda kembali ke alam nyata, percutian anda hanyalah berada di hadapan skrin. Namun pasti anda telah terlupa seketika keresahan, kerungsingan dan tekanan yang anda alami. Jika ianya benar...bagaimana pula jika ianya adalah realiti... 

Rehat dan bertenang itu penting umpama santapan untuk jasmani dan minda. Janganlah terlalu leka dengan kesibukan sehingga ianya di abaikan. Kesihatan jasmani dan minda harus di jaga. Janganlah anda menzalimi diri anda sendiri. 

menzalimi diri sendiri

Terima kasih bersama Relaks Minda... Semoga hujung minggu anda penuh keceriaan, kebahagiaan dan diberkati...Amiin.


p/s : Jika anda sukakan artikel ini...sila klik G +1 untuk artikel ini. Jika tidak keberatan silalah juga klik G +1 blog ini (di bahagian atas blog) Terima Kasih  >_<
Admin...

Tidak ada komentar:

Posting Komentar