Kamis, 06 Juni 2013

Kreativiti DIY


kreativiti DIYAssalamualaikum... Apa khabar anda semua? Semoga sihat hendaknya. Kreativiti kali ini khas untuk mereka yang ingin membuat sendiri bunga hiasan yang sangat mudah. Ianya lebih di kenali sebagai kreativiti DIY.

Apa itu DIY? Ia adalah singkatan dari perkataan "Do It Yourself". Kalau dalam bahasa melayu..."Anda Lakukan Sendiri".  
Oleh kerana blog ini majoriti pembacanya adalah wanita... Entri ini khas untuk anda. Macam mana saya tahu? Selain dari komen, anda juga boleh mengetahuinya melalui Alexa.com.


Tapi yang menariknya...pembaca blog ni kaya-raya rupanya! Jadi...rasanya oleh kerana kaya maka selalulah ada masa terluang melayari intenet...hehehe. Selain daripada mengetahui Alexa Ranking blog anda, pelbagai maklumat lain mengenai blog boleh anda dapat dari Alexa.com. dan anda juga boleh tahu mengenai prestasi dan maklumat blog orang lain juga, berminat?...register lah Alexa.com.

Berbalik pada kreativiti DIY ini...Ianya tidak sesuai untuk orang kaya, ada duit tak perlu susah payah nak buat kan, beli jer... lagi mudah. Oleh demikian, ini hanyalah aktiviti untuk anda meluangkan masa terluang dikala kebosanan. Boleh juga dijadikan aktiviti bersama anak-anak di hujung minggu. 

Anda nikmati dan ringankanlah tangan untuk mencuba. Berikut adalah tutorial bergambar yang rasanya amat mudah untuk anda ikuti. Saya tidak akan memberi ulasan kepada setiap gambar...Anda pilihlah yang mana satu yang anda berkenan... Selamat mencuba! Do It Youself!

kreativiti DIY

kreativiti DIY

kreativiti DIY

kreativiti DIY

kreativiti DIY

kreativiti DIY

kreativiti DIY

kreativiti DIY

kreativiti DIY

kreativiti DIY

Jika anda berjaya menghasilkan kreativiti DIY ini...kongsikanlah bersama hasilnya dan pengalaman anda. Terima kasih bersama Relaks Minda :)

p/s: Entri ini di buat tergesa-gesa...sedikit busy.
Admin...

Tidak ada komentar:

Posting Komentar