Senin, 24 Juni 2013

Kreativiti Kitar Semula - Bersatu Dengan Alam


Assalamualaikum dan salam sejahtera. Semoga anda semua sihat hendaknya...maklumlah musim jerebu ni. Jagalah kesihatan anda, kalau boleh di kurangkan aktiviti luar dan jika perlu pakailah "mask" sebagai langkah menjaga kesihatan diri anda. 

Di dunia blog ini pula jangan jerebu pula ye... Kali ini kita nikmati lagi kreativiti kitar semula yang amat bagus untuk alam sekitar. Gabungan antara barangan kitar semula bersama pepohon yang cantik dan menyegarkan...pastinya gabungan yang amat secocok sekali. 

Ia bukan sahaja dapat mengaplikasikan teknik kitar semula tetapi dapat membantu menghijaukan suasana dan membekalkan udara yang bersih untuk kehidupan kita bagaikan penyatuan semula asal kejadiannya lalu bersatu semula dengan alam. Memberi suasana yang tenang dan segar untuk kedamaian tatapan mata mahupun minda.

Nikmati kreativiti kitar semula yang menarik ini, semoga ianya dapat memberi ilham dan idea untuk anda menggunakan bahan terbuang yang terdapat di rumah anda untuk mencantikkan keindahan halaman mahupun belakang rumah anda... Jom kitar semula :)

kreativiti kitar semula 
kreativiti kitar semula
Basikal buruk yang tidak berguna lagi di jadikan pasu hiasan pokok bunga anda 
mahupun tempat pepohon menjalar untuk berpaut. Kreativiti kitar semula yang
 sangat menarik dan kreatif jika anda bijak menggubahnya. Kesabaran dan penjagaan
 penting untuk mendapatkan hasil atau bentuk seperti yang anda inginkan.

kreativiti kitar semula 
kreativiti kitar semula
Selain daripada basikal, kenderaan buruk juga sesuai di gunakan. Memang cantik
 jika terletak di sudut halaman anda. Sungguh kreatif! Pasti semua tetamu anda akan 
terpegun dengan keunikannya. 

kreativiti kitar semula 
kreativiti kitar semula 
kreativiti kitar semula
Botol plastik dijadikan pasu yang menarik untuk tanaman bunga-bungaan mahupun 
pokok sayuran di halaman mahupun di belakang rumah anda. Kreativiti kitar semula 
yang sungguh menjimatkan dan berbaloi!

kreativiti kitar semulakreativiti kitar semula
Bekas tin juga sesuai di jadikan pasu untuk pokok bunga mahupun sayur kegemaran anda. 
Menang membeli, menang memakai... Bukan sahaja menarik, malah ianya juga tahan lama.

kreativiti kitar semula 
kreativiti kitar semula
Jangan ingat pakaian buruk anda tidak boleh di jadikan pasu hiasan yang menarik...
lihatlah contoh diatas, kreativiti kitar semula yang sememangnya unik dan pasti menarik
 perhatian sesiapa sahaja yang memandangnya. Apa lagi...cubalah! hehe

Selingan.....Senyum skit :)

kreativiti kitar semula 
kreativiti kitar semula
Ini adalah kitar semula tayar yang paling biasa dan ramai yang lakukannya. Memang 
menarik dan tahan lama. Yang penting adalah kreativiti anda untuk menggunakan 
dan menyusunnya. Warna-warna terang dan menarik akan menangkap pandangan 
untuk fokus kepadanya.

kreativiti kitar semula 
kreativiti kitar semula
Kasut juga tidak terkecuali. Kreativiti kitar semula yang unik dan menarik. 
Tiada yang mustahil jika bijak mengadaptasikan rupa bentuk sesuatu benda 
untuk di kitar semula.

kreativiti kitar semula 
kreativiti kitar semulakreativiti kitar semula
Perabot adalah satu peralatan yang besar dan amat merugikan jika di buang begitu sahaja. 
Selagi ada ruang di halaman anda, guna kreativiti anda dengan menjadikan ianya tempat 
untuk pokok bunga anda di tanam mahupun melilit. Ianya dengan mudah menangkap 
perhatian tetamu anda yang pastinya memuji anda dengan tidak hentinya.

kreativiti kitar semula
Kayu pallet terbuang di jadikan rak pasu untuk pokok bunga mahupun sayuran.
Jimat belanja dan begitu menarik hasilnya. Pasti ada yang mahu menempahnya 
bila terlihat kreativiti kitar semula yang kreatif, unik dan istimewa ini.

kreativiti kitar semula
Botol kaca yang bersepah merata-rata malah merbahaya pula bila pecah. Jadikan ianya 
pasu yang menarik dan anggun ini. Pasti ramai yang terpegun dengan kreativiti kitar 
semula anda ini!

Jadi, marilah kita menyumbang dalam pemeliharaan alam sekitar. Fikir dulu sebelum buang... Bersamalah kita menjaga alam sekitar, Jom! kita kitar semula...

Janganlah semua benda yang sudah lama, rosak dan bahan terbuang itu dianggap sampah dan dibuang begitu sahaja. Setiap darinya terhasil dari sumber alam semulajadi yang terhad. Gunakanlah ia semula dengan kreatif  dengan kreativiti kitar semula atau juallah ia di tempat kitar semula agar ianya dapat di proses menjadi bahan asas semula.... Anda untung, alam pun terpelihara...Insyaallah.

Ketahuilah... Tindakan anda akan menentukan keadaan kehidupan masa depan generasi anda. Dan Ingatlah...Membazir itu perlakuan syaitan.  

Jom kitar semula bersama :

Admin...

Tidak ada komentar:

Posting Komentar