Assalamualaikum... Hujung minggu ini merupakan hari yang cukup menggembirakan dan memenatkan buat ku. Hari minggu yang penuh bermakna buat aku dan penduduk Taman Rasa Indah, Rasa. Buat pertama kalinya kami (AJK Persatuan Penduduk Taman) menganjurkan satu program yang melibatkan penglibatan orang luar yang ramai jumlahnya di taman perumahan kami.
Selalunya kami cuma menjalankan aktiviti sesama penduduk taman dan masyarakat sekeliling sahaja, tapi kali ini kami menganjurkan satu program khidmat komuniti dan kemasyarakatan penduduk taman bersama dengan pelatih PLKN Kem Pelangi, Kerling dengan kerjasama Kementerian Komunikasi dan Multimedia.
Program khidmat masyarakat ini juga dimeriahkan dengan penyertaan Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS) dan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPAM). Kami cuma ada masa kurang tiga minggu sahaja untuk melengkapkan dan menyediakan segala keperluan, perancangan aktiviti serta jemputan.
Tugasan banyak terbeban kepada akulah nampaknya berikutan Tuan Pengerusi menunaikan umrah beberapa hari selepas perbincangan di adakan. Namun bantuan dan sokongan dari rakan-rakan amat baik sekali dalam usaha kami merealisasikan program tersebut.
Seperti yang telah dijadualkan, program berlangsung pada hari Sabtu, 8 Jun 2013. Sejak dari awal pagi kami sudah bertungkus lumus menyediakan persiapan terakhir. Maklumlah, penduduk semuanya bekerja hingga hari Jumaat, program pula bermula awal pagi Sabtu...Fuh! Kelam kabut jugalah.
Kehadiran pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) tiba tepat pada waktunya. Cuak juga melihat taman perumahan kami yang kecil ini (ada 86 buah rumah dan 17 lot kedai) di penuhi ratusan manusia beruniform warna kebiruan ini...
Kehadiran pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) tiba tepat pada waktunya. Cuak juga melihat taman perumahan kami yang kecil ini (ada 86 buah rumah dan 17 lot kedai) di penuhi ratusan manusia beruniform warna kebiruan ini...
Setibanya mereka dan semua jemputan, maka bermulalah program yang telah kami rancangkan dalam tiga minggu ini. Sedikit penerangan dan ucapan ringkas dari Tetamu Terhormat, Pihak PLKN dan Pengerusi AJK Taman.
Segak bergaya adik-adik kita ni.. wira dan wirawati harapan bangsa!
Orang-orang kuat taman bersama Datuk Mohd Isa Abu Kasim.
(yang pegang kertas tu)
Selesai ucapan sahaja, pelatih terus di bahagikan mengikut bahagian dan lokasi yang telah di tetapkan bersama penduduk taman untuk menjalankan aktiviti yang telah dirancangkan. Mereka kemudiannya mengambil peralatan yang di perlukan lalu bergerak ke lokasi.
Agihan peralatan untuk aktiviti
Oleh kerana taman perumahan kami kecil sahaja, maka kami libatkan sekali kawasan yang bersempadan dengan taman kami. Itulah istimewanya taman perumahan aku ni... Semuanya ada bersebelahan sahaja...
Aktiviti khidmat masyarakat di bahagikan kepada lima lokasi iaitu, yang pertama adalah di Surau Muhajirin. Seramai 30 pelatih di sini. Aktiviti mengemas dan mencuci di dalam surau di jalankan dengan penuh gembira oleh mereka. Tidak dapat di nafikan...adik-adik PLKN ni sungguh rajin dan bersungguh-sungguh sekali bekerja..
Lihatlah betapa rajinnya pelatih-pelatih ini membersihkan peralatan dan dalam surau kami.
Lokasi kedua adalah Sekolah Rendah Agama, Rasa. Disini, aktiviti mengecat bangunan sekolah di jalankan. Selain itu aktiviti membersih kawasan luar sekolah dan mencuci surau sekolah turut diadakan. Seramai 40 pelatih berada di lokasi ini.
Kerjasama dari guru-guru sekolah juga amat menggalakkan. Mereka sungguh teruja apabila diberitahu khidmat masyarakat ini melibatkan sekolah juga.
Lihatlah...Sempat berposing lagi...amat gembira sungguh mereka!
Lokasi ketiga adalah taman perumahan kami sendiri. Di sini aktiviti membersih kawasan taman perumahan di jalankan. Lorong-lorong belakang rumah di utamakan. Aktiviti mananam pokok bunga juga di adakan untuk mencantikkan taman ini. Seramai 120 orang pelatih berada di sini.
Asyik sungguh mereka bekerja walaupun mentari mulai terik. Maklumlah bukan
selalu dapat keluar dari kem. Bila sesekali dapat keluar...seronok dan ceria terpancar
di wajah mereka walaupun terpaksa teruk bekerja...
Banyak juga sampah di taman kami ini bila semuanya di angkut keluar...hehe
Kesian... macam kena dera pula mereka ni.
Anggota JPAM sibuk mencantas dahan pokok yang semakin merimbun hingga mencecah
bumbung rumah. Berani sungguh abang-abang kita ni.
Lokasi keempat adalah Klinik Kesihatan. Maaf...gambar tidak dapat di sertakan kerana tak sempat menjengah ke lokasi tersebut dimana 30 orang pelatih terlibat.
Lokasi kelima adalah bahagian penyediaan makanan. Seramai 10 orang pelatih membantu akak-akak dan makcik-makcik chef terbaik taman kami untuk menyediakan sarapan pagi dan makan tengahari. Riuh rendah di rumah akak ni.. Usik mengusik dan gurau senda tidak berhenti... dah macam keluarga pula :)
Dalam ibu bapa sibuk menjalankan aktiviti mereka, anak-anak kecil ini pula bergembira dalam pertandingan mewarna yang di anjurkan oleh pelatih PLKN. Bukan main seronok mereka...leka mewarna sehingga terlupa ibu bapa. Pelatih-pelatih pula sungguh rajin melayan dan bijak berinteraksi...suasana sungguh ceria!
Asyik dan tekun sekali adik-adik ini mewarna.
Pertandingan ini 100% dibawah kelolaan PLKN.
Terima kasih kerana memeriahkan lagi program ini
Lihatlah hasil mewarna yang mereka lakukan... memang warna warni!
Sungguh cepat sekali masa berlalu... Aktiviti ditamatkan jam 12.30 tengahari dan semua orang tertumpu kembali di kawasan khemah untuk menikmati makan tengahari. Hidangan nasi bersama lauk yang ringkas tapi melazatkan dan berkhasiat menjadi santapan kami semua. Masa bersantai sambil merehatkan diri.
Bagaikan aktiviti perkelahan beramai-ramai. Sungguh santai sekali.
Tengok tu...adik kecil ni pun tidak terlepas dari lensa ku...hehe
Selesai menjamu selera, masa untuk berkumpul semula. Dimulakan dengan penyampaian hadiah kepada adik-adik yang menang pertandingan mewarna. Tahniah buat semua pemenang!
Berbaju merah kuning itulah Tuan Pengerusi Taman... Pemimpin terbaik!
Kini tibalah waktu perpisahan. Ucapan ringkas dari Pengerusi Persatuan Penduduk memberi penghargaan dan terima kasih kepada semua yang menjayakan program ini. Wakil pelatih PLKN juga memberikan ucapan dan persembahan istimewa sebagai tanda terima kasih dan salam perpisahan.
Akhir sekali...sesi fotografi beramai-ramai bersama semua yang yang terlibat.
Dalam gambar yang banyak-banyak ni...sorang jer yang tak ade... Aku le :(
Selamat jalan kepada semua pelatih PLKN...Terima kasih kerana sudi menjalankan aktiviti kemasyarakatan di tempat kami. Semoga segala nilai murni yang anda dapat dijadikan panduan untuk kehidupan anda di luar nanti. Maaf dari kami jika ada sebarang kesilapan, kekurangan dan ketidak puasan sepanjang program ini.
Tiba masa kami pula menyambung kerja-kerja yang tidak selesai...
Letih...usah katalah, tapi hati amat gembira kerana program berjalan dengan lancar. Bila melihat wajah ceria pelatih walaupun keletihan, rasa sungguh gembira. Banyak halangan dan cabaran buat kami dalam merealisasikan program ini. Syukur Alhamdulillah kerana ianya telah selesai... Banyak sekali pengalaman manis dan ilmu yang aku perolehi.
Terima kasih bersama Relaks Minda >__<
Tidak ada komentar:
Posting Komentar