Selasa, 11 Juni 2013

Haiwan Berwarna-warni, Kecantikan Ciptaan Ilahi


Assalamualaikum... Hari ini hari yang indah. Tidak kira sama ada panas, mendung mahu pun hujan...ianya tetap hari yang indah. Bersyukur kerana kita masih bernafas dan dapat menikmatinya. Alam yang indah ini bukan sahaja di huni oleh kita tapi juga pelbagai makhluk lain sama ada dapat di lihat mahu pun tidak.

Setiap makhluk itu di cipta ada fungsi dan tanggungjawabnya tersendiri. Salah satu darinya adalah binatang atau haiwan. Ianya juga merupakan ciptaan Ilahi yang cantik dan menawan. Ada diantaranya sungguh mempersonakan dengan keindahannya yang berwarna-warni. Anda pasti teruja melihatnya...Marilah bersama-sama kita menikmatinya...

Haiwan Berwarna-warni, Kecantikan Ciptaan Ilahi

Haiwan Berwarna-warni, Kecantikan Ciptaan Ilahi

Haiwan Berwarna-warni, Kecantikan Ciptaan Ilahi

Sungguh unik dan menawan di pandangan mata. Pelbagai warna bak pelangi 
menghiasi setiap permukaan badan haiwan-haiwan ini. Terpukau di kala memandangnya. 
Terpaku kagum dengan keanggunan warna-warni yang memikat hati dan nurani.

Haiwan Berwarna-warni, Kecantikan Ciptaan IlahiHaiwan Berwarna-warni, Kecantikan Ciptaan Ilahi

Teruskan bersantai...berikan santapan mata anda dengan keindahan ini. 
Bukankah sesuatu yang cantik itu untuk di pandang. Nikmatilah ia...

Haiwan Berwarna-warni, Kecantikan Ciptaan Ilahi

Haiwan Berwarna-warni, Kecantikan Ciptaan Ilahi

Dalam menikmatinya jangan lupa akan penciptanya. Dalam kekaguman 
jangan lupa keagungannya. Hanya Dia yang berkuasa mampu memberikan 
keindahan dan kecantikan ini. Hanya Dia yang satu... Dia yang berkuasa... 
ALLAH SWT

Haiwan Berwarna-warni, Kecantikan Ciptaan Ilahi

Haiwan Berwarna-warni, Kecantikan Ciptaan Ilahi

Inilah tanda-tanda keagungan ciptaan Ilahi. Allah swt yang maha Esa. 
Menciptakan sesuatu yang cukup menawan buat tatapan mata. 
Yakin dan percayalah...tiada yang lain dan tiada duanya.

Haiwan Berwarna-warni, Kecantikan Ciptaan IlahiHaiwan Berwarna-warni, Kecantikan Ciptaan Ilahi

Bukti tanda kekuasaan Allah SWT
Surah Al-Baqarah : Ayat 164
Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi; dan (pada) pertukaran malam dan siang; dan (pada) kapal-kapal yang belayar di laut dengan membawa benda-benda yang bermanfaat kepada manusia; demikian juga (pada) air hujan yang Allah turunkan dari langit lalu Allah hidupkan dengannya tumbuh-tumbuhan di bumi sesudah matinya, serta Ia biakkan padanya dari berbagai-bagai jenis binatang; demikian juga (pada) peredaran angin dan awan yang tunduk (kepada kuasa Allah) terapung-apung di antara langit dengan bumi; sesungguhnya (pada semuanya itu) ada tanda-tanda (yang membuktikan keesaan Allah kekuasaanNya, kebijaksanaanNya, dan keluasan rahmatNya) bagi kaum yang (mahu) menggunakan akal fikiran.

Haiwan Berwarna-warni, Kecantikan Ciptaan Ilahi

Haiwan Berwarna-warni, Kecantikan Ciptaan Ilahi

Surah Al Hajj : Ayat 18
Tidakkah engkau mengetahui bahawa segala yang ada di langit dan di bumi tunduk sujud kepada Allah dan (di antaranya termasuklah) matahari dan bulan, dan bintang-bintang, dan gunung-ganang, dan pokok-pokok kayu, dan binatang-binatang, serta sebahagian besar dari manusia? Dan banyak pula (di antara manusia) yang berhak ditimpa azab (disebabkan kekufurannya dan maksiatnya); dan (ingatlah) sesiapa yang dihinakan oleh Allah maka ia tidak akan beroleh sesiapapun yang dapat memuliakannya. Sesungguhnya Allah tetap melakukan apa yang dirancangkanNya.

Diciptakan semua dilangit dan bumi termasuklah semua makhluk...tidak lain hanyalah untuk bersujud kepadaNya. Hanya kita... manusia yang sebahagian sahaja yang menurut perintahnya. 
Semoga kita tidak tergolong dalam golongan yang ingkar....Amiin

Terima kasih bersama Relaks Minda...

Admin...

Tidak ada komentar:

Posting Komentar