Selasa, 04 Juni 2013

Kecantikan Rama-rama Melalui Penderitaan dan Kehinaan.


rama-rama, butterfly, cantik
Assalamualaikum... Tiada manusia di dunia ini yang tidak sukakan sesuatu yang cantik dan berwarna-warni. Ianya pasti menjadi tarikan dan kesukaan setiap insan. Begitulah juga dengan kecantikan rama-rama atau butterfly ini. 

Serangga cantik ini mempunyai jangkayat yang berbeza-beza mengikut spesis iaitu dari seminggu hinggalah setahun. 

Kitaran hidup rama-rama juga sungguh unik. Ianya adalah spesis yang bertelur. Telur rama–rama adalah amat kecil, bujur, atau berbentuk silinder.

Kita ikuti pejalanan hidup seekor rama-rama yang terpaksa melalui penderitaan dan kehinaan sebelum ia dapat mengecapi kebahagiaan.

Rama–rama betina bertelur pada daun, batang tumbuhan, atau objek–objek yang lain, selalunya pada atau berhampiran sumber makanan untuk beluncas. 

Telur yang menetas menjadi ulat beluncas. Beluncas (larva) adalah peringkat dimana ia kelihatan seperti cacing. Ia selalunya mempunyai corak-corak jalur atau tompok–tompok dan juga mempunyai rerambut halus seakan–akan duri–duri halus. Ia merupakan peringkat mendapatkan makanan dan tumbesaran.

Di kala ini hidupnya penuh kehinaan dan penderitaan. Rupanya yang hodoh amat menakutkan dan tidak disukai oleh semua orang. Ramai yang geli akan rupa dan bentuk badannya. Pasrah dengan keadaan dirinya, hanya dengan percaya akan ketentuan Ilahi. Ia terus berjuang dan berusaha menjalani kehidupan ini. Ia juga dianggap perosak kepada tumbuhan. Seringkali ia di bunuh dan hidupnya terancam. 

rama-rama, butterfly, cantikDi sepanjang perkembangannya dimasa ini, ia menanggalkan kulitnya empat kali atau lebih untuk membaluti atau menyelaputi badannya yang membesar. Sehinggalah ia merasakan bekalan yang ada padanya mencukupi untuk ia berubah.

Seterusnya, ia akan merubah kepada Pupa atau kepompong. Pupa (krisalis) adalah peringkat transformasi dalaman yang mana tisu–tisu beluncas mengalami penggantian membentuk struktur serangga dewasa. Warna pupa kebanyakan spesis ialah jingga atau hijau dan ia sama dengan warna persekitaran.

Dikala ini adalah masa yang sungguh memeritkan dan menyeksakan. Tinggal di dalam satu ruang yang sempit bersendirian. Tanpa makan mahupun minum. Mengharap hanya dari bekalan yang tersimpan didalam badan. Terdedah kepada ancaman, malapetaka dan pelbagai keadaan cuaca tanpa dapat bergerak kemana-mana mahupun untuk mempertahankan diri. Berserah ia kepada yang esa. Yakin...pastikan sinar menjelma akhirnya. 

Bila tiba masanya...perlahan-lahan ia keluar dari kepompong. Terdiam seketika...Setelah mengucapkan rasa syukur kehadrat Ilahi, ia mula mengembangkan sayapnya. Bermulalah satu kehidupan baru... Terbanglah ia menjadi seekor rama-rama.  Terbang bebas keudara bagaikan melepaskan segala penderitaannya selama ini... meraikan kejayaan dengan penuh kegembiraan. 

rama-rama, butterfly, cantik 
rama-rama, butterfly, cantik 
rama-rama, butterfly, cantik

Begitu menakjubkan peringkat kehidupan rama-rama. Dari seekor ulat yang hodoh dan menggelikan, berubah kepada bentuk yang sungguh memikat dan menawan. 

Pelbagai rintangan dan halangan terpaksa ditempuhi untuknya membesar lalu menjadi bidadari dalam dunia serangga. Kecantikan rama-rama yang menggoda setiap mata yang memandang. 

Dengan rupanya yang cantik dan menawan, disukai oleh setiap insan, tergolonglah ia dalam dunia yang di pandang mulia. Hidup penuh kebahagiaan. Makanannya juga terpilih. Hanya manisan dari bebunga yang cantik, harum dan mekar. Tidak akan sama sekali ia mengingati akan makanannya dulu semasa ia menjadi ulat beluncas. Itulah ganjaran hasil dari kepayahan, kehinaan dan penderitaan.

rama-rama, butterfly, cantik 
rama-rama, butterfly, cantikrama-rama, butterfly, cantik 
rama-rama, butterfly, cantik

Dengan bergayanya ia mencari pasangan yang sepadan buatnya untuk memadu kasih. Bila tiba di penghujung hayatnya ia perlu meneruskan kelangsungan generasinya. Kini ia terpaksa kembali di tempat asal kejadiannya untuk bertelur. 

Sebelum ia meninggalkan telurnya...berdoalah ia kepada yang Esa agar anak-anaknya nanti di beri kekuatan untuk menempuh kehidupan yang penuh dengan dugaan dan cabaran ini. Dengan itu bermulalah sekali lagi kitaran kehidupan seekor rama-rama. 

rama-rama, butterfly, cantik 
rama-rama, butterfly, cantikrama-rama, butterfly, cantik 
rama-rama, butterfly, cantik

Cukup menarik sekali catatan perjalanan kehidupan seekor rama-rama. Ia berusaha menempuh pelbagai halangan dan penderitaan untuk berjaya. Satu contoh yang boleh di ambil untuk dijadikan iktibar. Percaya dan yakin akan ketentuan Ilahi. Sesungguhnya tiada jalan singkat untuk berjaya!

Jangan diambil cara penyanyi dan pelakon Korea yang menggunakan pembedahan plastik untuk menjadi cantik agar menjamin kejayaan yang singkat. Pastinya ia membawa musibah yang besar suatu hari nanti.

rama-rama, butterfly, cantik

Renungkanlah hadis ini, Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: “Allah memberikan rahmat kepada seseorang yang berusaha mencari harta dengan jalan yang halal dan membelanjakannya dengan cara sederhana dan berhemat serta menabung kelebihannya untuk hari susah dan hajatnya.” [Riwayat Ibn an-Najjar]

Berusaha, beramal, berdoa dan tawakal... Insyaallah... kerana Allah itu Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani hambanya.

Terima kasih bersama Relaks Minda  >__<

Admin...

Tidak ada komentar:

Posting Komentar