Assalamualaikum. Anda dalam kesakitan?...kecederaan dan kerosakan akibat dari hati yang sakit dan terluka? Hati yang buta dan tidak tenteram? Jangan di biarkan...ianya perlu di ubati. Anda perlu pergi ke klinik untuk mendapat rawatan!
Hati anda perlukan rawatan walaupun tiada kesan darah yang yang kelihatan. Jangan sampai ianya bertambah parah dan teruk sehingga menjadi kering, hitam dan keras seperti batu. Jika hati anda sakit...segeralah beri rawatan. Hati perlu di jaga agar sentiasa sihat....
Syukur Alhamdulillah kerana anda sungguh bertuah berkunjung ke Relaks Minda pada hari ini... Di hari Jumaat yang mulia ini, saya akan menjadi doktor untuk merawat sakit hati anda. Jangan takut dengan bayaran...kerana perkhidmatan rawatan ini adalah percuma, hanya untuk anda...pengunjung yang bertuah!
Sebelum saya merawat anda saya perlu tahu sama ada anda mengalami atau melakukan perkara-perkara seperti di bawah?
Ia adalah punca-punca utama kerosakan hati. Jangan malu-malu dan segan untuk berterus terang. Untuk mengenal pasti punca, anda perlu buangkan sifat malu, ego, takut, rendah diri dan sombong, jika tidak anda tidak akan mendapat rawatan yang betul.
Bertenang seketika dan cuba anda kenal pasti...
Berikut adalah cara-cara untuk merawat hati anda. Hanya lima ubat yang mampu menyembuhkan hati anda dan membuatkan ia pulih seperti sediakala malah menjadi lebih baik. Ambil ubat-ubat ini kesemuanya, jangan main pilih-pilih pula ye! Ubat-ubat ini juga jangan sesekali ditinggalkan kerana ianya adalah rawatan sepanjang anda hidup.
Jangan takut...ubat-ubat ini tiada kesan sampingan yang negatif malah memberi kesan lain yang amat baik kepada tubuh badan agar sentiasa sihat dan ceria.
Ini pula adalah suplimen sampingan. Beri suplimen ini pada hati anda sekerap yang mungkin.
Ianya dapat mempercepatkan tempoh penyembuhan dan menguatkan hati dari sakit semula.
Semoga hati anda akan pulih seperti sedia kala. Ingat! Jangan lupa berdoa, mohon kepada Allah yang Esa...sesungguhnya hanya dengan izinnya sahaja, sakit anda akan sembuh.
Sesungguhnya Allah SWT itu Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani.
Terima kasih kerana berkunjung ke Relaks Minda hari ini. Semoga anda berpuashati dengan perkhidmatan ini dan semoga anda mendapat rawatan sehingga anda beroleh hati yang sihat, aman dan tenteram.
Jika ada saudara mara, kawan-kawan atau siapa sahaja yang sakit hati... bawalah dia ke sini untuk mendapatkan rawatan. Ganjaran pahala untuk anda yang menyebarkannya...insyaallah
Jangan lupa alamat ini...relakssminda.blogspot.com... Carilah saya jika anda perlukan rawatan untuk ketenangan hati dan minda.
Admin...
Tidak ada komentar:
Posting Komentar