Sabtu, 05 Oktober 2013

Aksi Lucu Di Luar Kewarasan



Aksi Lucu Di Luar Kewarasan


Assalamualaikum... dan Salam Sejahtera...
Mungkin anda pernah lihat gambar-gambar ini. Aksi yang sungguh lucu dan kelakar.
Anda saksikan satu persatu dan pasti anda tersenyum...
Pasti ada yang mengatakan ianya aksi yang merbahaya dan di luar kewarasan.

Aksi Lucu di Luar Kewarasan
Lucunyalah muka makcik tu...

Aksi Lucu di Luar Kewarasan
Opp!..Aksi lucu ke lucah...huhu

Aksi Lucu di Luar Kewarasan
Muka tak bersalah je lelaki tu

Anda sudah puas tersenyum dan ketawa? Jika belum...teruskan, hehe

Positifkan Pandangan Anda

Ok...cukup-cukuplah tersengeh tu. Kini, kita lihat pula secara positif. Lihatlah betapa sukarnya kehidupan mereka ini. Realiti kehidupan bagi mereka yang hanya mempunyai motorsikal sebagai pengangkutan, apalah pilihan yang mereka ada. Mungkin ianya merbahaya tetapi bila keadaan memaksa, pastinya faktor keselamatan tidak difikirkan lagi. Hidup mesti diteruskan, bersyukurlah kita yang tidak melalui keperitan hidup sebegini. 

Yang lebih mendalam disini jika anda lihat betapa besarnya pengorbanan seorang wanita bergelar isteri dan ibu. Demi mencari rezeki, mereka sanggup membantu suami. Berkorban keselamatan agar sama-sama merasa hasilnya untk meneruskan kehidupan dan membesarkan anak-anak. Jika seorang lelaki...belum tentu mereka hendak duduk di belakang tu...saya berani gerenti!!

Seorang isteri yang baik adalah pelengkap kepada suami. Saling membantu dan bertolak ansur akan kekurangan masing-masing. Setia bersama di kala susah dan senang. Sanggup melakukan apa sahaja demi memberi kesempurnaan dan keseimbangan dalam rumahtangga agar sentiasa bahagia.

Aksi Lucu di Luar Kewarasan
Kelebihan yang digunakan sebaik mungkin

Lihat pula bagaimana jika tiada keseimbangan dan kesefahaman. Apabila kelebihan yang ada di salah gunakan. Jika tiada pertimbangan dan tolak ansur...lebih kepada kepentingan diri sendiri. Pasti berlaku bencana dan rumahtangga pasti tidak aman dan bahagia. 

Aksi Lucu di Luar Kewarasan
Apabila kelebihan disalah gunakan

Aksi Lucu di Luar Kewarasan
Omak kau! Terangkat keldai tu!

Penghargaan Buat Isteri

Maka...dalam mengharungi hidup berumahtangga, suami dan isteri itu saling perlu memerlukan. Kelebihan, sama-sama saling menghormati... Kekurangan, sama-sama saling melengkapi barulah mendapat keseimbangan dan pastinya kebahagiaan akan menjelma.

Terima kasih isteriku dan semua wanita yang sanggup bersama dikala susah dan senang bersama suamimu. Kasih sayang dan pengorbanan mu amat-amat dihargai dan semoga kekal bersama hingga ke syurga...Insyaallah. Apa pula pengorbanan sorang suami kepada isteri? Hanya isteri yang layak membicarakannya...

Janganlah memandang sesuatu itu atas faktor pandangan mata dan luaran... kerana ianya sentiasa membawa kepada pandangan negatif dan hiburan semata-mata tetapi lihatlah dari sudut berbeza dan secara positif...pasti anda akan menghargainya.

Terima kasih bersama Relaks Minda...Bukalah minda, positifkan fikiran.

p/s: Entri khas buat menunaikan permintaan Yumida dalam Segmen Khas - Setahun Bersama Relaks Minda yang meminta satu entri kelakar tetapi ada mesej... Tidak pandai sangat membuat entri yang kelakar, agak-agak bertepatan ke entri ini Yumida...

Admin...

Tidak ada komentar:

Posting Komentar