Kamis, 31 Oktober 2013

Undang-Undang Allah Penuh Berkat Dan Hikmah


Undang-Undang Allah Penuh Berkat Dan Hikmah"Undang-Undang Allah bukan kosong tetapi penuh dengan berkat dan penuh dengan hikmah. Dari itu janganlah takut kepada Undang-Undang Allah kerana Allah itu sama sekali tidak pernah salah macam kita salah, sama sekali tidak pernah lupa seperti kita lupa, sama sekali tidak pernah keliru seperti kita keliru."
“Oleh itu, janganlah Undang-Undang Allah diragui. Siapa kita untuk meragui Undang-Undang Allah? Ya! Allah sendiri yang menggubalnya untuk kita, sepatutnya kita wajib bersyukur dan berterima kasih,” 
Undang-Undang Allah Penuh Berkat Dan HikmahUndang-Undang Allah Penuh Berkat Dan Hikmah"Yang membuat kita Kuat adalah Doa. Yang membuat kita Dewasa adalah Masalah. Yang membuat kita Maju adalah Usaha Keras. Yang membuat kita Hancur adalah Putus Asa. Yang membuat kita Semangat adalah Harapan dan Impian. Yang membuat kita menjadi yang Terbaik adalah mengakrabkan diri dgn keheningan jiwa dan memperbanyakkan Sujud dan mengingati Allah Azza Wa Jalla."
"Tidak ada kebaikan bagi pembicaraan kecuali dengan amalan. Tidak ada kebaikan bagi harta kecuali dengan kedermawanan. Tidak ada kebaikan bagi sahabat kecuali dengan kesetiaan. Tidak ada kebaikan bagi sedekah kecuali niat yang ikhlas. Tidak ada kebaikan bagi kehidupan kecuali kesihatan dan keamanan."
Brunei Melaksanakan Undang-Undang Allah
Begitulah petikan kata-kata Mufti Kerajaan Brunei, Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia Dr. Ustaz Haji Awang Abdul Aziz Juned menerusi Ceramah Perdana, Majlis Ilmu 2013 di Bandar Seri Begawan pada 22 Okt. lalu yang menempelak mereka yang mempertikaikan Undang-Undang Jenayah Syariah dilaksanakan di negara Brunei dengan alasan akan menyebabkan pelancong tidak mahu datang ke Brunei kerana takut tangan mereka dipotong.

Undang-Undang Allah Penuh Berkat Dan HikmahYang Berhormat Pehin juga menjawab dengan menekankan bahawa jika tujuan para pelancong itu datang ke Brunei bukan untuk mencuri, mereka tidak perlu takut bahkan merasa selamat kerana akan mendapat perlindungan yang sempurna di bawah Undang-Undang Allah yang penuh berkat dan hikmah ini sehingga kehormatan, wang ringgit dan nyawa mereka... Insya Allah terjamin selamat.

Undang-Undang Allah Penuh Berkat Dan HikmahJaminan keselamatan di atas bukan retorik, tegasnya sambil menghuraikan bukti sebagaimana berlaku di Tanah Hijaz Semenanjung Arab pada zaman silam, yang sebelum hukuman jenayah syariah dilaksanakan adalah penuh dengan jenayah curi, rompak dan bunuh.

Akan tetapi sejak hukuman berkenaan dilaksanakan oleh Kerajaan Arab Saudi, jenayah-jenayah itu hapus, menyebabkan manusia aman dan bebas daripada pencuri dan perompak, tambah Yang Berhormat Pehin.
Undang-Undang Allah Penuh Berkat Dan Hikmah“Nah! Sekarang, siapa kata orang takut ke Mekah? Siapa kata pelancong-pelancong takut? Tidak! Jemaah haji saja, pada setiap tahun, berduyun-duyun membanjiri Kota Mekah sehingga dua ke tiga juta jumlahnya, dan malah sehingga memaksa Kerajaan Arab Saudi menghadkan pemberian kuota untuk mengawal kebanjiran berkenaan."
“Siapakah yang mahu menyangkal ini? Tahukah tuan, tahukah saudara, bahawa inilah namanya berkat, tandanya ada berkat di situ.” 
Begitulah hujah beliau sambil menambah kata bahawa Undang-Undang Allah bukan kosong tetapi penuh dengan berkat dan penuh dengan hikmah.

Undang-Undang Allah Penuh Berkat Dan Hikmah

Undang-undang Allah SWT adalah yang terbaik dan paling adil. Tahniah Brunei kerana melaksanakannya... kerana itulah sewajarnya bagi sebuah Negara Islam. 

Admin...

Tidak ada komentar:

Posting Komentar