Selasa, 15 Oktober 2013

Makanan Untuk Kesihatan Jasmani Dan Rohani


Assalamualaikum... Salam Sejahtera.
Bersyukur kita tinggal di negara ini yang rezekinya melimpah ruah. Pelbagai makanan boleh kita nikmati dengan mudah. Sama ada ianya hasil dari dalam negara mahu pun di import dari luar negara. 

Setiap dari makanan ini mempunyai khasiatnya yang tersendiri. Makanan yang bersesuaian perlu untuk kesihatan jasmani dan rohani agar dapat menjalani kehidupan ini dengan sihat dan ceria. Anda boleh dapati panduan dan maklumat ini dengan mudah. Ada pula yang berbesar hati menyediakan info ringkas untuk sebaran agar dapat memberi manfaat buat semua orang.

Makanan Untuk Kesihatan Badan 

Anda lihat sahajalah info-info di bawah ini. Pelbagai sumber makanan diberikan untuk kesihatan anda. Ianya menambahkan ilmu dan memberi kemudahan untuk kita memilih agar bersesuaian dengan kehendak dan keperluan kesihatan tubuh badan.

makanan untuk kesihatan jasmani
Pilihan makanan yang mempunyai sumber magnisium yang tinggi
untuk tulang dan gigi

makanan untuk kesihatan jasmani
Makanan yang mengandungi nutrasi yang tinggi

makanan untuk kesihatan jasmani
Pilihan makanan yang dapat mengurangkan tekanan darah

makanan untuk kesihatan jasmani
Sesuai untuk kesihatan kulit

makanan untuk kesihatan jasmani
Makanan yang dapat mengurangkan tekanan

makanan untuk kesihatan jasmani
Makanan yang mampu memberikan tenaga untuk tubuh badan

makanan untuk kesihatan jasmani
Makanan untuk kesihatan otak

Ini hanya sebahagian kecil dari pelbagai info yang terdapat di mana-mana sahaja di dunia maya ini. Terima kasih kepada mereka yang bersusah payah menyediakan panduan yang bermanfaat untuk semua orang. Semoga amal jariah anda mendapat ganjaran yang sewajarnya.

Selain dari kesihatan badan dan otak...Sebagai seorang manusia, kesihatan jasmani sahaja tidak lengkap jika tidak menjaga kesihatan rohani. Satu anggota badan yang paling perlu di jaga agar mendapat makanan yang sewajarnya untuk membentuk keperibadian yang mulia. Ya...ianya adalah hati. Hati perlu di beri makanan agar sentiasa sihat dan terjaga.

Makanan Untuk Hati

Apa pula makanan yang paling bagus untuk hati
  1.   Ayat-ayat A-Quran - bacalah dan fahami maksudnya
  2.   Solat - Solat wajib tepat waktunya disamping solat sunat di malam hari
  3.   Bergaul dengan orang-orang beriman dan beramal soleh
  4.   Berpuasa - mengawal hawa nafsu dan bersabar
  5.   Berzikir - Lakukannya sepanjang masa 
Semoga kesihatan jasmani dan rohani kita terjamin dan lengkap. 

Jagalah kesihatan anda agar kita sentiasa sihat untuk menjalani kehidupan ini. Dapat bergembira melakukan sebarang tugasan disamping insan-insan tersayang. Dapat melakukan amal ibadah dengan mudah tanpa sebarang gangguan. Pilihlah makanan yang sesuai dan bertepatan untuk kesihatan jasmani dan rohani. Semoga kehidupan kita terjamin di dunia dan akhirat.

Admin...

Tidak ada komentar:

Posting Komentar