Sabtu, 12 Oktober 2013

Cinta dan Kasih Sayang Ayah.



jambatan penghubung kasih sayang antara insanDi kala senja menjelang tiba, setelah habis bekerja pulanglah seorang suami kerumahnya. Sesampai di rumah, terlihat pula si isteri tercinta sedang tidur lena kerana keletihan bekerja seharian di rumah. 

Si suami mencium kening isterinya dengan penuh kasih sayang dan dengan lembut bertanya, "Sayang, sudah solat Asar ke belum?" Si isteri terjaga dengan senyuman manis menjawab pertanyaan suaminya, "Sudah ayahnya. Tunggu sebentar ya." 

Si isteri bangun dari tempat tidurnya dan terus ke dapur lalu mengambil sebuah mangkuk yang tertutup dan segera memasak lauk kesukaan suaminya.

jambatan penghubung kasih sayang antara insanjambatan penghubung kasih sayang antara insanjambatan penghubung kasih sayang antara insan

"Marilah makan, ini lauk kesukaanmu." Mangkuk berisi lauk panas yang baru dimasak dihidang buat suami tercinta. Sepotong kepala ayam menjadi hidangan untuk dirinya. Si suami dengan selera memakannya sehingga habis licin. 

Sudah lama si isteri ingin bertanya, hari ini dia meluahkan apa yang terbuku dihatinya. Sambil menghulurkan segelas air si isteri bertanya, "Ayahnya, kenapa suka makan kepala ayam? Sedangkan aku dan anak-anak paling tidak suka kepala ayam." Suaminya menjawab, "Kerana kamu semua tidak menyukainyalah maka aku suka makan kepala ayam supaya isteriku dan anak-anakku mendapatkan bahagian yang sedap dan berkhasiat."

jambatan penghubung kasih sayang antara insan

Mendengar jawapan si suami, maka menitis butir-butir mutiara menuruni pipinya. Jawapan itu benar-benar mengejutkan dan memberi kesedaran kepadanya. Tidak pernah terpikir olehnya bahawa sepotong kepala ayam itu begitu indah sehingga mewujudkan ikatan kasih sayang yang tulus akan cinta serta pengorbanan suami terhadap dirinya dan anak-anak. 

"Terima kasih sayang diatas cinta dan kasih sayangmu." balas si isteri. Suaminya menjawab dengan senyuman, tanda rasa syukur akan kebahagian yang dikecapinya.

jambatan penghubung kasih sayang antara insanjambatan penghubung kasih sayang antara insanjambatan penghubung kasih sayang antara insan

Kita seringkali mengabaikan dan tidak sedar akan sesuatu yang kecil dan remeh yang dilakukan oleh ayah kita, namun sebenarnya ia memberi makna yang begitu besar kerana disebaliknya terselindung akan rasa kasih sayang, cinta, pengorbanan dan tanggungjawab seorang ayah.

Daripada Abu Hurairah r.a, sabda Rasulullah s.a.w, maksudnya: “Janganlah kamu membenci bapa-bapa kalian. Sesiapa yang membenci bapanya bererti ia kafir.” Riwayat Muslim

Hargailah dan sayangilah ayah dan ibu anda selagi mereka masih bernyawa. Jasa dan pengorbanan mereka terlalu besar. Cinta dan kasih sayang mereka tiada bandingannya. Semoga ayah dan ibu kita beroleh rahmat dan keberkatan.

jambatan penghubung kasih sayang antara insan


p/s: Selamat bercuti dan selamat menikmati hujung minggu disamping keluarga tercinta :)
Admin...

Tidak ada komentar:

Posting Komentar