Senin, 07 Oktober 2013

Anda Minta, Saya Tunaikan - Episod 4


Assalamualaikum dan salam sejahtera. Kembali lagi dalam episod menunaikan permintaan anda. Terima kasih kerana masih bersabar. Bukan mudah untuk membuat entri-entri ini, banyak rujukan dan perlu berfikir panjang dalam memberikan jawapan terbaik dari permintaan anda di Segmen Khas - Setahun Bersama Relaks Minda. Mungkin anda sudah lupa...tapi saya tidak sama sekali dalam memenuhi impian anda. 

Tidak perlu membuang masa, anda ikuti permintaan-permintaan yang di tunaikan pada episod kali ini. 


1. Mahukan follower  ramai dan setia - Yang Baik Ishak

BM - Bagaimana nak bantu ni, follower saya pun tak ramai...huhu. Tapi bagi sayalah, yang paling mudah dan berkesan untuk mendapat follower adalah dengan menganjurkan atau menyertai Segmen atau GA. Selain dari itu teknik lama yang biasa di gunakan, Buat komen ini..."I follow U...U follow I balik" Tapi kedua-dua cara ini biasanya berkesan untuk kuantiti tetapi anda tidak mendapatkan ramai follower yang berkualiti dan setia. 

Untuk mendapatkan follower setia adalah melalui keikhlasan dan minat mereka terhadap blog anda. Jika blog anda mempunyai tarikan dan bermanfaat buat mereka, pasti mereka akan setia menjadi follower blog anda. Selain dari itu keramahan dan personaliti anda juga memainkan peranan penting dalam menarik minat follower. Kerajinan anda melakukan blogwalking dan memberi komen bernas dan berkualiti pasti menarik minat mereka untuk membalas kunjungan anda. 

Anda mesti berdisiplin, bersabar dan beretika dalam melakukan semua ini. Hanya dengan keikhlasan untuk bersahabat dan dibantu pula dengan blog yang menarik dan entri yang berkualiti serta bermanfaat, pasti akan memberikan follower yang ramai dan setia buat anda!
JIN - "Bukan senang mahu senang, bukan susah mahu susah....Eh, macam tak kena jer "


2. Minta pendapat, kalau follow tapi tak follow balik - Amanina Mads

BM - Anda perlu tanya diri anda sendiri dulu; Anda follow blog tersebut untuk apa? Apakah tujuan seseorang follow sesebuah blog? dan Fahami juga apakah tujuan widget follower itu di wujudkan? Jika anda follow hanya mengharapkan untuk beliau follow anda balik...anda silap! Jika itulah cara untuk anda menambahkan follower...anda silap! Jika mendapat follower yang ramai adalah matlamat anda...anda perlu berubah!

Anda perlu faham tujuan asal widget tersebut diwujudkan. Jika anda follow bermakna anda berminat dengan blog tersebut dan ianya tersenarai dalam reading list anda. Ianya untuk kemudahan anda mengetahui entri terbaru blog tersebut. Jika anda follow sesebuah blog bukan kerana mahukan apa-apa, hanya untuk kemudahan anda mengikuti entri terbaru blog tersebut, oleh itu kenapa salahkan mereka tidak follow anda balik.

Namun realitinya kini. follower widget sudah disalah ertikan. Follower bagaikan menunjukkan populariti sesebuah blog...maka fungsi asalnya telah disalah gunakan. Mungkin ada kebenarannya tapi ianya bukanlah perlu dilakukan secara paksaan atau terpaksa, ianya mestilah dengan kerelaan hati diatas sebab-sebab tertentu. Memaksa seseorang follow sama ada melalui segmen dan GA atau sebagainya adalah sesuatu yang tidak wajar. Anda juga mungkin telah terpengaruh dengan budaya dan pandangan yang salah ini.

Kesan darinya, anda dapat lihat banyak blog yang followernya begitu ramai tetapi trafik dari unique visitor (UV) terlalu sedikit. Yang follower ramai-ramai dan ribu2 tu... follow untuk apa kalau tak datang pun jengok blog!? Sama seperti anda... follow, tapi adakah anda melihat entri2 terbaru mereka? Bagaimana pula dengan saya, follower baru 300+ tetapi UV melebihi 1K? Yang mana lebih bermakna dan penting buat anda? Anda fikirlah sendiri dan buat penilaian sendiri...

Oleh itu nasihat saya, janganlah fikirkan mengenai follower, follow tak follow... Yang lebih bermakna, anda perlu nikmati nikmat blogging. Hasilkan perkongsian yang berkualiti, menarik dan bermanfaat. Lakukan blogwalking dengan ikhlas demi menjalinkan persahabatan. Insyaallah...follower anda akan datang dengan sendiri dan mereka cukup setia sentiasa menyokong anda.

Followlah blog yang anda suka dan ingin kunjungi, tetapi bukan mengharap mereka follow anda semula... Dengan niat baik dan keikhlasan, jalinan itu pasti akan datang dengan sendirinya.
(Ianya hanyalah pandangan peribadi, ambil positif ya)
JIN - "Kalau tak follow balik, kita bakor! kita bakor!"



3. Minta BM buat gathering - Zana Fahmi dan Ummiarissa

BM - Oh...sukarnya permintaan ini. Memang seronok sangat rasanya dapat buat gathering sesama blogger. Pasti kita semua dapat berkenalan dan bersua muka yang selama ini terselindung disebalik nukilan dan template blog. Oleh kerana sebab perlu bersua mukalah maka ianya amat sukar untuk saya lakukan melainkan gathering tersebut di lakukan secara tertutup tanpa kamera dan handphone...hehehe Buleh? Kalau ramai yang setuju, saya boleh buat gathering! Hahaha....jangan marah ye :))

Susah untuk buat gathering, perlukan perancangan yang teliti, teratur dan perlukan tarikh, masa, tempat dan kos yang sesuai agar dapat memenuhi dan kehendak semua oang...Memang saya tak ada masa untuk melakukan itu semua. Apa kata kita minta Kakzakie atau OKje yang buat...(saya setujuuuu!)
JIN - "Wah ! Best2...Mesti banyak makan2! Itu Neelofa mesti jadi pengacara ya!" 



4. Teknik untuk kekalkan dan tarik pembaca - baby comel

BM - Anda bacalah permintaan baby comel ini...sangat mengharukan saya :
"Harap dapat belajar dr BM camne nk kekalkan pembaca dan peng'google' utk terus ke blog ni. My mum adalah penggoogle setia blog relaks minda (walaupun beliau takde blog). Beliau suka jenguk blog ni untuk ambil idea especially pasal bahan kitar semula. Pernah tanya mak, camne dan k3napa suka jenguk blog ni, mak cakap best... seee, u r too good la incik BM, sedangkan blog anak dia sendiri pun dia cakap tak best. Hahahhaha,..harP dapat belajar dr blog relaks minda how to tackle people utk interest dgn kita punya blog."  
Anda boleh lihat komen asalnya di SINI

Tiada teknik khusus sebenarnya. Ianya bergantung kepada topik dan entri anda. Terus terang saya katakan, isi kandungan blog ini cukup ramai yang copy and paste. Anda boleh lihat entri saya berada di banyak blog lain. Setiap bulan tidak kurang 3K ~ 4K kandungan dalam blog ini di copy. Anda boleh lihat melalui website INI. Kenapa mereka copy and paste? Ya...kerana topik dan kandungan entri tersebut merupakan carian semasa yang tidak putus-putus mendapat kunjungan sepanjang masa. 

Sebenarnya yang ingin saya tekankan disini, anda mesti menghasilkan artikel yang menjadi rujukan dan bahan bacaan ramai yang menjadi carian sepanjang masa. Ianya bukan sekadar kisah peribadi atau semestinya berita hangat semasa. Teruskan bereksperimen kerana kadangkala ianya bergantung pada tuah/rezeki. Jika anda berusaha dan terus mencuba, pasti akan berjaya juga akhirnya.

Artikel anda mestilah asli dan diolah sebaiknya mengikut teknik SEO serta tampak seperti hak sendiri walaupun sebahagian daripadanya andalah copy. Lakukan entri tersebut secara berepisod atau berkait. Akhirnya...enjin carian akan menjadikan blog  anda sebagai rujukan utama bagi topik tersebut dan sentiasa tersenarai didalam keyword carian utama untuk topik tersebut dan yang sewaktu dengannya.
Salam buat ibu anda dan ucapan penghargaan dan terima kasih yang tidak terhingga dari saya :)
JIN - "Apa susah...umpan ajer pembaca tu, siapa singgah dan tulis komen...bagi hadiah, gerenti kekal dan sayang sama anda!"



5. Hendak mendalami ilmu blogging - Kisah Si Dairy

BM - Untuk mendalami ilmu blogging tidak susah sebenarnya. Yang penting anda perlulah ada masa, minat, rajin dan sentiasa mencuba. Oleh kerana saya bukan seorang yang mahir dan layak untuk memberi tunjuk ajar maka anda cuba perolehinya dari blogger2 ternama seperti Denaihati. Kujie2, Panduan Blogger dan lain-lain lagi. Mereka ini tidak lokek ilmu dalam memberi pelbagai tutorial untuk anda mendalami ilmu blogging. Malah Denaihati ada menganjurkan seminar untuk anda mempelajari ilmu blogging ini. 

Setiap ilmu yang anda dapat, cuba praktikkan...dan lihatlah kesannya. Anda juga mesti mempunyai matlamat dan target kerana hanya dengannya anda akan bersemangat dan memacu diri anda untuk berusaha mencapainya.
JIN - "Mana boleh dalam-dalam nanti lemas tenggelam..."


6. Minta Review Blog sendiri - Fizi Zaidi.

BM - Permintaan anda memang pelik...Mana ada orang review blog sendiri, itu maknanya syok sendiri...mestilah semuanya bagus dan terbaik le brader...hehe. Andalah buat review, baru betul. Jika untuk mengenali Blog ini, anda boleh ke page tab : About Me & Contact.
JIN - "Takut...kalau Titan (ahmadfaizal.com) buat review...JIN pun boleh kecut!"



Terima kasih kepada anda semua yang telah menyertai Segmen Khas - Setahun Bersama Relaks Minda. Semoga permintaan anda telah tertunai...saya hanya cuba memberi yang terbaik. Semoga kita sama-sama beroleh manfaat dan terhibur.

Kini hanya tinggal 3 permintaan yang terakhir. Kesemuanya meminta sebuah entri...Insyaalllah, saya akan cuba tunaikan permintaan 3 terakhir ini iaitu permintaan Tetamu Istimewa, SKA dan Hainum OKje dalam minggu ini. 

p/s: belek-beleklah semula jika ada permintaan anda yang tertinggal ye...Ada yang bukan buat permintaan tapi lebih kepada ucapan, betulkan saya jika tersalah tafsir.
Admin...

Tidak ada komentar:

Posting Komentar