Al kisah, seorang pemuda dan kiyai - Ada seorang pemuda yang lama belajar dan tinggal di luar negara. Satu ketika beliau kembali ke negaranya. Sekembalinya di rumah ia meminta orang tuanya untuk dicarikan seorang guru agama, kiyai atau sesiapa sahaja yang dapat menjawab tiga persoalan yang lama menghantui fikirannya.
Akhirnya orang tuanya berjaya mendapatkan seorang kiyai yang sudah tua tetapi masih sihat dan sangat warak serta berilmu orangnya.
Pemuda: Assalamualaikum, ayahku telah mempertemukan dengan tuan untuk menyelesaikan masalahku. Izinkan saya bertanya, tuan ini siapa?. Apakah tuan mampu menjawab persoalan yang bakal aku kemukakan nanti.
Pak Kiyai: Saya ini seorang hamba Allah. Insya Allah dengan izinNya saya akan cuba menjawab segala persoalan saudara.
Pemuda: Tuan yakin, sedangkan telah ramai profesor dan orang pintar di luar negara yang aku temui gagal menjawabnya.
Pak Kiyai: Insya Allah saya akan cuba setakat kemampuan saya.
Pemuda: Baiklah...Aku ada tiga persoalan untuk ditanya kepada tuan:
1. Kalau memang Allah itu ada, tunjukkan wujud Allah itu kepadaku.
2. Apakah yang dinamakan takdir
3. Kalau syaitan diciptakan daripada api kenapakah ia dimasukkan ke dalam neraka yang juga diperbuat daripada api. Tentu tidak akan menyakitkan syaitan sebab mereka daripada unsur yang sama. Apakah Allah SWT pernah terfikir tentang perkara itu.
Selesai tiga persoalan itu ditanya, tiba-tiba sahaja Pak Kiyai menampar pipi pemuda tersebut dengan kuatnya.
Pemuda: (sambil menahan sakit) Kenapa tuan menampar aku?
Pak Kiyai: Tamparan ini adalah jawapan saya kepada persoalan yang saudara ajukan kepada saya.
Pemuda: Aku sungguh-sungguh tidak mengerti.
Pak Kiyai: Sebentar lagi Insya Allah, saudara akan mengerti.
Pak Kiyai: Bagaimana rasanya tamparan saya?
Pemuda: Tentu saja aku merasa sakit.
Pak Kiyai: Jadi, saudara percaya sakit itu ada?
Pemuda: Ya, aku percaya.
Pak Kiyai: Tunjukkan kepada saya wujud sakit itu!
Pemuda: ......... (Terdiam sambil merenung wajah Pak Kiyai)
Pak Kiyai: Itulah jawapan kepada persoalan saudara yang pertama…kita semua merasakan kewujudan Allah SWT tanpa mampu melihatNya.
Pak Kiyai: Apakah malam tadi saudara bermimpi akan ditampar oleh saya?
Pemuda: Tidak.
Pak Kiyai: Apakah saudara pernah terfikir akan menerima sebuah tamparan yang kuat daripada saya hari ini?
Pemuda: Tidak.
Pak Kiyai: Itulah yang dinamakan takdir.
Pak Kiyai: Dibuat daripada apakah tangan yang saya gunakan untuk menampar saudara?
Pemuda: Kulit.
Pak Kiyai: Terbuat daripada apakah pipi saudara?
Pemuda: Kulit
Pak Kiyai: Maaf, bagaimana rasanya tamparan saya?
Pemuda: Sangat sakit.
Pak Kiyai: Walaupun syaitan dibuat daripada api dan neraka juga daripada api, jika Allah SWT menghendakinya maka neraka akan menjadi tempat yang sangat menyakitkan bagi syaitan.
Terima kasih kerana bersama Relaks Minda...
Semoga anda mendapat sesuatu yang berguna dari kisah ini.
p/s: Mungkin anda pernah membacanya sebelum ini, anggaplah ia sebagai ulangkaji :)
Admin...
Tidak ada komentar:
Posting Komentar