Assalamualaikum... Salam Sejahtera.
Setiap dari kita mesti mempunyai sahabat dan menjadi sahabat kepada seseorang, melainkanlah anda duduk seorang diri didalam gua di hutan....Tidak kira sama ada di alam realiti mahupun di alam maya...kita pasti memerlukan dan menjadi sahabat kerana itulah lumrah kehidupan di dunia ini kerana kita semua saling perlu memerlukan antara satu sama lain.
Adakah anda mempunyai sahabat baik?
Adakah anda seorang sahabat yang baik?
Bagaimana kita hendak menilai dan mengenalinya?
Hanya dengan menilai ciri-ciri berikut barulah anda dapat mengenali mereka adalah seorang sahabat yang baik atau anda adalah seorang sahabat yang baik.
Ciri-ciri Sahabat Baik
1. Sahabat yang sentiasa ceria dan menceriakan
2. Sahabat yang sentiasa tenang dan memberi ketenangan
3. Sahabat yang ramah tapi tidak suka mengata dan memfitnah
4. Bersahabat dengan ikhlas tanpa mengira status dan darjat
5. Sahabat yang jujur, tidak berselindung dalam memberi pendapat dan kritikan
6. Sahabat yang baik dan baik tutur katanya
7. Sahabat yang sentiasa berpandangan positif dan berbaik sangka
8. Sahabat yang soleh ,sentiasa mendorong anda untuk beramal dan ibadat
9. Sahabat yang baik hati dan tidak mengambil kesempatan
10. Sahabat yang sentiasa mendengar
11. Sahabat yang setia, sentiasa bersama di kala susah dan senang
12. Sahabat yang memberi bantuan bila diperlukan jika berkemampuan
13. Sahabat yang faham dan memahami
14. Sahabat yang amanah dan menjaga aib
Sebelum kita menilai sahabat kita, nilaikanlah diri sendiri...
Adakah kita memiliki ciri-ciri seorang sahabat yang baik?
kerana kita juga tidak akan terlepas dari dinilai oleh sahabat kita.
"Sahabat yang baik adalah apabila dipandang wajahnya mengingatkan kita kepada Allah, mendengar kata-katanya menambahkan ilmu, melihat gerak gerinya membuatkan kita takut kepada Allah, berkawan dengannya membawa kita berjuang ke jalan Allah"
“Seseorang itu adalah mengikut agama temannya, oleh itu hendaklah seseorang itu meneliti siapa yang menjadi temannya.” (Hadis riwayat Abu Daud).
“Seorang Muslim adalah saudara muslim lainnya, ia tidak menzaliminya, merendahkannya, menyerahkan (kepada musuh) dan tidak menghinakannya.” (Hadis riwayat Muslim)
Terima kasih bersama Relaks Minda... Andalah sahabat baik ku yang sentiasa memberi semangat untuk ku terus berada disini...terus berblogging.
Admin...
Tidak ada komentar:
Posting Komentar