Kamis, 31 Oktober 2013

Entri Pertama Di Blog



Entri Pertama Di BlogAssalamualaikum...Salam sejahtera. Setiap dari kita punya kisah dan cara tersendiri dalam memulakan sesuatu. Bagaimana anda mula berjalan, bagaimana anda mula bercakap dan sebagainya. 

Bagaimana permulaan anda di dunia blog? Apakah catatan yang menjadi entri pertama anda?

Pastinya ianya adalah coretan bersejarah dan memberi kenangan manis yang tidak dapat anda lupakan kerana entri pertama di blog bagaikan pengesahan secara rasmi mengiktiraf anda adalah seorang blogger. Maka bermulalah satu kelahiran sebuah blog di dunia siber.

Entri Pertama Satu Kenangan

Semuanya kini dalam lipatan sejarah yang tidak dapat di ulang kembali. Lihatlah bagaimana seorang Blogger terkenal ini memulakan coretan pertamanya di blog. Terlalu ringkas entri pertamanya...sekadar dua baris ayat yang menyatakan tentang hari. Kini ianya menjadi kenangan manis dan menjadi "sentimental value" yang tidak ternilai buat kujie2.com

Entri Pertama Di Blog

Ada yang memulakan coretan pertama dengan entri intro mahupun pengenalan sama ada mengenai blog atau pun tuan empunya blog. Itu adalah perkara biasa.  Setiap blogger ada kisah dan caranya yang tersendiri yang menjadikan coretan pertama ini sangat nostalgia dan menarik. Namun ada juga yang kelu tidak tahu untuk untuk menulis apa-apa. Anda pula bagaimana?

Menarik apabila melihat entri pertama sesebuah blog. Ianya bagaikan melihat kembali sejarah hidup seseorang dalam memulakan langkah perrmulaan. Berikut adalah beberapa entri pertama yang saya cilok tanpa kebenaran. Harap mereka memaafkan saya dan beri keizinan ye. Saya amat tertarik dengan entri pertama mereka yang sedikit berbeza dari kebiasaan yang mengundang saya untuk meluahkan pandangan sebagai perkongsian bersama.

Entri Pertama Sebuah Coretan Gambaran

Entri Pertama Di Blog
Anda pasti dapat meneka entri ini adalah hasil coretan siapa. Tanpa perlu memperkenalkan diri, entri pertama di blog beliau sudah cukup menggambarkan apa yang akan di sajikan kepada anda di entri-entri seterusnya. 

Coretan dengan kata-kata indah, luahan hati dan madah cinta dengan mudah menarik hati dan membuai perasaan pembaca. Entri pertama yang mengundang persoalan membuatkan anda tertanya-tanya lalu mahu mengenali dan mengikuti entri seterusnya.

Tidak hairanlah blog ini terus mendapat tempat di hati peminat setianya yang semakin bertambah dari sehari ke sehari. Ingin lihat sepenuhnya entri ini...Sila klik SINI 

Entri Pertama Sebuah Puisi

Entri Pertama Di Blog
Entri ini pula dari seorang wanita dan kakak yang sangat terkenal dengan kemesraan dan keramahan dalam menjalinkan ikatan ukhwah sesama blogger. Ramai yang mengenali nama dan blog beliau tetapi masih tetap dengan pendirian untuk tidak memperlihatkan wajahnya. 

Sejak mengenali serta mengikuti setiap coretan beliau, saya tidak pernah terjangka yang beliau memulakan entri pertama di blog dengan sebuah puisi. 

Ingin juga mengetahui atas sebab apa dan bagaimana timbulnya idea puisi ini kerana ianya tampak di karang secara spontan dan tulus sekali. 

Permulaan catatan perjalanan sebuah blog yang sungguh indah walaupun tajuknya menggambarkan sebuah pengakhiran tetapi ianya menjadi sebuah permulaan yang sempurna. 

Kenangan coretan yang masih kekal sejak 20 July 2010 ini, kini menjadi sejarah yang terukir umpama sebuah catatan perasmian yang menanti setiap pengunjung datang ke blog beliau. Ingin melihat siapakah beliau...sila ke SINI


Entri Pertama Sebuah Percubaan

Entri Pertama Di Blog
Buat kali pertama mengenali blog dan menjadi blogger, entri pertama mesti menjadi mimpi ngeri. Ada yang masih tidak pandai untuk mengarang dan masih belajar untuk publish sesebuah entri. 

Oleh itu entri pertama kadang kalanya merupakan sebuah entri percubaan.

Namun ianya sesuatu yang menarik dan menjadi satu kenangan indah dan manis kerana ianya bagaikan mengimbas kembali saat-saat pertama kita mula blogging. 

Anda lihat entri pertama blogger yang manis, ramah dan ceria ini. Ya...jelas sekali yang beliau sedang berekperimen untuk menerbitkan sebuah entri di blog. Masih takut-takut dan  tidak pasti untuk publish entri dan berkongsi kisah. 

Namun kini beliau amat berbeza, cukup petah dan bijak berkomunikasi tanpa ada lagi rasa takut dan segan. Anda dapat lihat perkembangan beliau serta kematangannya dalam penulisan. Coretan pertama yang menjadi sejarah dan akan kekal dalam ingatan penulis akan langkah pertama beliau sebagai seorang blogger. Ingin kenal blogger ini...Sila ke SINI

Entri Pertama Umpama Sebuah Kelahiran

Jangan rasa malu dengan entri pertama anda di blog kerana ianya amat bernilai sebagai sejarah dan memahatkan kenangan umpama satu perasmian diri anda dalam memulakan langkah pertama secara rasminya sebagai seorang blogger. 

Umpama kelahiran seorang bayi di muka bumi ini... Kelahiran sesebuah blog juga ada keistimewaannya yang tersendiri. Entri pertama menjadi sebuah kelahiran yang amat bermakna dan pasti tidak akan dapat anda lupakan. Kekalkan ia sebagai khazanah berharga di blog anda. 

Entri pertama saya hanya entri biasa, sebuah entri pengenalan blog. Nak tau?...anda carilah sendiri ye. Bagaimana pula dengan anda? Pasti anda juga mempunyai kisah dan pengalaman tersendiri yang menarik dalam menerbitkan entri pertama... cer cite! cer cite! :)

"Tempat jatuh lagikan dikenang, inikan pula saat pertama blogging... :)"

Admin...


Tidak ada komentar:

Posting Komentar