Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Pasti ada yang singgah ke entri INI dan kemudian membelek entri pertama anda. Dalam asyik membelek, lihat-lihat juga entri-entri terawal...betul tak? Mesti anda merasa sedih melihat ada entri-entri tersebut yang menarik tapi maklumlah, di awal blogging...tiada kenalan dan tiada siapa yang nak singgah, ambil peduli dan melihat blog kita yang baru lahir ni kan. Maka... Visitor pun kurang dan tiada satu pun komen yang di terima.
Itu andaian saya terhadap Blog Kesuma Angsana (KA) lah.... Terpandang saja tajuk entri ini saya terus terkedu seketika. Macam merajuk dan melepaskan geram pun ada tapi itulah kekuatan dan daya penarik tajuk sesuatu entri! Terbaca saja tajuk, terus segera nak klik dan lihat entrinya...
Maklumlah... sekarang ini, bila KA publish entri pasal Adik, pasti bertimbun komen menerjah. Ya! Inilah realiti bermulanya perjalanan sebagai seorang blogger dan semua blogger pasti menghadapi situasi yang sama. Sedikit demi sedikit... hasil usaha dengan blogwalking, menyertai segmen dan promosi, barulah blog kita mula dikenali dan akhirnya berada sehingga ketahap sekarang ini.
Namun entri-entri lama ini pasti akan terus terbiar sepi kerana jarang sekali ada pengunjung yang rajin singgah untuk membuat ulangkaji. Dengan cara menerbitkan semula, dapatlah kita berkongsi kisah menarik yang telah diterbitkan sebelum ini. Seperti entri ini, Jika KA tak terbitkan semula, pasti tiada siapa yang tahu kisah entri pertama tentang Adik.
Bagi yang tidak mengenali Adik, beliau adalah anak bungsu KA. Adik mempunyai karektor yang menarik dan unik bagi kanak-kanak seusianya. Setiap kali KA publish kisah mengenai Adik, mesti ianya adalah sesuatu yang menarik, kelakar dan mengagumkan. Sekarang ini kesihatannya sedikit terganggu. Sama-samalah kita mendoakan Adik kembali sembuh dan ceria semula seperti selalu.
Kembali semula kepada entri tersebut. Lihatlah betapa ktreatifnya Adik melukis. Ketika diusia 5 tahun (pada masa itu) sudah mampu melukis sedemikian cantik. Terserlah bakat terpendam seorang anak gadis yang bercita-cita hendak menjadi Tentera Laut pabila dewasa kelak.
Melalui cita-citanya saja kita dapat lihat akan kekuatan dalamannya yang cukup cekal, berdisiplin dan bersemangat. Adik memang berbakat dan KA amat bertuah mempunyai anak seperti Adik yang ceria, tabah, bijak, sopan dan ramah. Salam buat KA dan Adik... :)
Ingin tahu sepenuhnya tentang entri ini sila ke SINI dan lihatlah berapa banyak pula komen yang diterima selepas entri ini di terbitkan semula.
*****************************************************************************
Ini adalah entri pertama dan akan menyusul entri2 seterusnya nanti kerana mulai Bulan November ini... Satu Kategori atau Label baru akan diwujudkan iaitu Komen Entri. Selalunya kita akan memberi komen pada entri diruang 'comment' di bawah setiap entri...tapi kali ini saya akan menerbitkan entri khas sebagai komen saya terhadap entri anda.
Ianya satu penghargaan, promosi dan pemberian 'backlink' buat anda yang sentiasa menyokong dan setia bersama Relaks Minda. Pemilihan blog dan entri adalah berdasarkan pemilihan saya sendiri. Sebelum itu saya memohon keizinan kepada blog yang akan terpilih untuk saya copy kandungan mahupun gambar di dalam entri tersebut. Semoga anda dapat menerima akan kategori baru ini. :)
Admin...
Tidak ada komentar:
Posting Komentar