Ada ketikanya kita perlu sendirian, ada ketika kita perlu ketenangan. Mencari masa dan lokasi yang sesuai buat diri menyendiri seketika. Lari dari kesibukan dan kekalutan hidup. Keluar dari suasana yang merimaskan untuk mencari kedamaian. Hujung minggu adalah masa yang paling sesuai namun tidak semua orang berpeluang mengecapi ketenangan.
Sudah seminggu berhempas pulas bergerak dan menjalankan tanggungjawab...betapa rindunya kita saat-saat untuk memanjakan rohani dan jasmani dengan ketenangan dan kedamaian.
Menikmati Ketenangan
Peluang seketika hujung minggu anda disini, saya cuba berikan yang termampu untuk anda menikmati sedikit ketenangan dan kedamaian yang amat anda rindui.
Menikmati Ketenangan
Peluang seketika hujung minggu anda disini, saya cuba berikan yang termampu untuk anda menikmati sedikit ketenangan dan kedamaian yang amat anda rindui.
Buat seketika, anda lupakan segalanya. Nikmati gambar-gambar ini dan bayangkan anda sedang duduk bersendirian di sini...
Biarkan fikiran anda kosong dan hanya mata yang menyaksikan keindahan alam. Rasakan bayu yang berhembus lembut ke wajah anda. Dengarkan alunan suara alam mendendangkan irama yang mengasyikkan sambil menghela nafas panjang menghirup udara yang menyegarkan... Oh...Nikmatnya...
Dalam keasyikan dan kenikmatan dikala anda bersendirian... ketahuilah yang anda sebenarnya tidak kesunyian. Sepanjang masa anda masih sentiasa berteman. Hanya pabila anda mula membuka minda dan melihat melalui hati... Barulah anda tersedar bahawa Dialah teman ketenangan dan kedamaian yang anda cari...
Melihat keindahan alam...anda akan mengagumi kebesaran Maha Berkuasa.
Merasai bayu yang berhembus... menyedarkan betapa cintanya Maha Penyayang.
Mendengar suara bisikan alam... mengingatkan akan adanya Maha Mendengar.
Menghirup udara yang segar... menginsafkan akan tiada yang abadi kecuali Maha Agung.
Oleh itu ketenangan dan kedamaian yang anda cari bukanlah sekadar kenikmatan yang dapat anda rasai secara zahirnya. Nikmat ketenangan yang hakiki adalah yang datang dari hati pabila anda dekat bersama Maha Pencipta... Allah SWT.
Di kesempatan seketika ini marilah sama-sama kita mengecapi nikmat ketenangan dan kedamaian yang benar-benar di rindui. Dikala zahir menikmati.... lafazkanlah di hati...
"Subhanallah... Alhamdulillah...Walaa ilahailallah... Allahuakbar..."
Semoga ketenangan yang anda cari di hujung minggu ini dapat diperolehi walaupun seketika disini.
Terima kasih bersama Relaks Minda....bersama anda mencari kedamaian di hujung minggu.
p/s: selamat berhujung minggu...semoga anda bahagia di samping insan-insan tersayang...
Admin...
Tidak ada komentar:
Posting Komentar