Minggu, 03 November 2013

Status dan Info Blog Relaks Minda


Status dan Info Blog Relaks Minda
Assalamualaikum... dan Salam Sejahtera buat semua sahabat dan tetamu Relaks Minda. Hanya ucapan terima kasih yang tidak terhingga yang dapat saya berikan di atas sokongan anda selama ini. 

Semoga anda semua dalam keadaan sihat, ceria dan bahagia disamping insan-insan tersayang. 

Alhamdulillah... buat sekian kalinya kita melihat lagi status blog ini. Blog yang masih muda dan mentah di dunia blogging ini baru hendak mencapai entri yang ke 500. Masih kurang pengalamannya dan masih mengharapkan tunjuk ajar dari anda semua.

Status dan Info Blog Relaks Minda

Terima kasih dengan anda semua yang dari sehari ke sehari meningkatkan jumlah pageview blog ini yang sehingga kini sudah melebihi 700K pv. Terima kasih juga kepada 347 follower, 1,764 G+ follower, 31 Networkblog follower, 1,254 rakan yang like Facebook Page Relex Minda dan semua silent reader...

Status dan Info Blog Relaks Minda

Masuk bulan kedua berturut-turut (Sept dan Okt) blog ini berjaya mendapat pageview melebihi 100K sebulan. Semoga blog ini sekurang-kurangnya dapat mengekalkan prestasinya di bulan November ini...Insyaallah 

Status dan Info Blog Relaks Minda

Entri popular pula masih kekal sama. Peningkatan pageview untuk entri-entri ini tidak pernah surut. Ia merupakan sumber trafik utama blog ini. Untuk entri paling popular "Kreativiti Dekorasi Ruang Tamu"...kini ianya telah mencecah lebih dari 50K pv dan akan terus meningkat, manakala entri-entri berkaitan kitar semula pula terus menjadi carian utama di blog ini.

Status dan Info Blog Relaks Minda

Sumber trafik utama blog ini di sumbangkan oleh pengunjung yang datang dari enjin carian terutama dari enjin carian Google. Selain dari itu, perkhidmatan ping juga menyumbang trafik yang baik untuk blog ini. Penting bagi saya kerana blog ini memberi informasi dan perkongsian ilmu kerana terasa amat rugi jika sedikit sahaja yang dapat menikmatinya

Status dan Info Blog Relaks Minda

Jelas sekali... pengunjung yang datang ke blog ini berpunca dari carian kata kunci (keyword) dari dua kategori utama iaitu 'kreativiti' dan 'kitar semula'. Anda perlu mencari kekuatan entri dan topik untuk dijadikan tunjang trafik blog anda.

Status dan Info Blog Relaks Minda

Ini pula status Ranking Alexa untuk Relaks Minda pada hari Sabtu (2 Nov. 2013). Kedudukan ini pun sangat rapuh sebenarnya, ia akan bergerak naik dengan mudah sekali andai tiada entri di terbitkan dan bergantung juga kepada kerajinan anda blogwalking dan meninggalkan serta membuat backlink. Hanya blogger yang sentiasa aktif akan disayangi oleh Alexa.com ini. Pagerank blog pula kekal di tahap 1.

Status dan Info Blog Relaks Minda

Baru 500 entri di hasilkan tapi dalam setiap bulan tidak kurang dari 4K ~ 5K kandungan blog ini di 'copy paste'. Di awal blogging...ianya benar-benar mengecewakan saya. Tiada langsung backlink di berikan kepada blog ini. 

Namun kini, saya redha dan tidak kesahkannya lagi, malah bersyukur kerana ada insan yang memanjangkannya. Yang penting adalah kandungan entri kita itu merupakan perkongsian untuk kebaikan bersama. Hanya itulah sumbangan yang dapat saya berikan untuk anda dan sebagai bekalan jariah di hari kemudian.

Tiada program yang benar-benar kebal untuk menghalang entri anda dari kegiatan copy paste ini. Jika anda tidak dapat terima akan kandungan entri anda di copy paste, tiada jalan lain...buatlah report kepada Google dan tindakan akan diambil dimana blog tersebut akan di sekat operasinya oleh Google.

Status dan Info Blog Relaks Minda

Jutaan terima kasih sekali lagi.... Sokongan dari anda semua amat-amat saya hargai dan teruskanlah bersama Relaks Minda. Semoga saya masih diberi kesempatan untuk terus berblogging dan bersama anda...Insyaallah. Selamat menikmati hujung minggu dan Happy Deepavali... :)

Admin...

Tidak ada komentar:

Posting Komentar