Assalamualaikum, salam ceria buat anda semua. Kini kembali lagi di Kategori Komen Entri.
Kali ini saya mengajak anda menerjah entri yang berkisar tentang masakan dari mereka yang pakar... dan separuh pakar, hehe.
Seronok terjah entri pasal masakan dan makanan ni. Melihat gambar-gambar yang disertakan, ianya boleh mengundang lelehan air liur dan perut pun boleh berlagu irama keroncong.
Nak buat entri pasal resepi memang tak pandailah, jadi kita komen entri orang aje le...

Cekodok Zaza
Macam sedap jer... Macam comel jer... |
Setahu aku si Zaza, empunya blog zazaabdullatif.blogspot.com ni suka makanan orang Barat...ala-ala western gitu, hehe... tapi tak tahu pula ada bakat terpendam dalam memasak.
Kalau dah pompuan, ke dapur juga tempatnye...ye tak! Ok lah...terimalah menu istimewa dari Chef Zaza hari ini...... Cekodok Zaza!
Korang jangan nak kutuk2...nanti Zaza ni boleh bertukar jadi singa! Baik korang simpan dalam hati jer.

"Cekodok! ek eleeh...semua orang tahu buat cekodok!"...itu kata Khairine (anak dara manja dia tu... Jangan ada yang nak tackle ye, aku dah sign agreement dengan Zaza...hehe)
"Ini sepotong labu ya...puan-puan!" kata Zaza |
Tapi cekodok Zaza pun bukan sebarang cekodok! Korang pernah makan cekodok labu?
Ha! itu lah...istimewanya cekodok chef Zaza ni, tetap ada kaitan dengan western juga... sempena Halloween...hahaha, ini aku yang tambah sendiri ye. Dapatkan resepi cekodok labu istimewa ini di SINI...

Korang terjahlah akak yang ramah dan sempoi ini. Memang best blog dia.
Gulai Telur Itik
Resepi kedua adalah menu tradisonal. Aku tertarik dengan menu ini kerana ianya merupakan antara lauk kesukaan aku. Kalau mak aku masak, mesti makan bertambah punyalah. Akak kita ni memang chef handalan. Kalau singgah di blog kamsiah-yusoff.blogspot.com...memang banyak entri pasal resepi. Yang pelik-pelik pun ada hinggalah dari tradisi ke masakan moden.
Satu lagi keistimewaan Kak Kamsiah ni, beliau sangat pakar dalam fotografi. Gambar-gambar semuanya hasil dari bidikan beliau... Memang menarik, seperti juru gambar profesional.
Masak gulai telur itik |
Menu istimewa Kak Kamsiah hari ini adalah masak Gulai telur itik.
Sebut sahaja aku dah terliur, belum lagi kalau dapat... mesti aku sorang jer yang melantaknya. Kena pula di campur dengan belimbing buluh...Fuh! Terangkat beb! Sapa-sapa lalu, lalulah... aku memang tak perasan dah!
Teringat masa di kampung, inilah lauk yang paling mudah di masak oleh ibu ku. Dulu-dulu nak makan ayam dan daging...jangan haraplah kalau bukan masa kenduri atau hari raya. Telur pun dapat hasil dari ayam dan itik peliharaan. Ikan pula hasil menjala di parit depan rumah. Tapi itulah yang bestnya...semuanya segar bugar!
Kalau teringin nak buat gulai telur itik ni...Dapatkan resepinya di SINI.
Admin...
Tidak ada komentar:
Posting Komentar