Rabu, 06 November 2013

Hidup Bermasyarakat? Macam Mana Ni?


Hidup Bermasyarakat

Kita tinggal dan hidup bersama dalam sebuah kelompok masyarakat, pasti kita perlu juga melibatkan diri dengan masyarakat, sekurang-kurangnya dengan jiran-jiran bersebelahan.

Hidup kita ini saling perlu memerlukan... Jika tidak masakan berjemaah itu besar ganjarannya dari ibadat bersendirian.

Persoalan mulai timbul apabila dalam kehidupan bermasyarakat kini, ada segelintir insan-insan yang tidak mahu bergaul bersama. Mereka lebih pentingkan hal masing-masing. Mereka di dunia mereka tanpa menghiraukan sesiapa dan keadaan di sekeliling. Bukan hanya berlaku di Kondo-kondo mewah...tetapi juga di perumahan rumah murah!

Kenapa mereka harus bersikap sedemikian? Adakah mereka hanya cukup dengan kehidupan bersosial sesama rakan sekerja dan saudara mara? Adakah ini salah didikan, pengalaman silam atau kurangnya pengetahuan? Atau Mungkinkah kerana sifat malu yang keterlaluan?


Lupakan mereka yang berbeza bangsa dan agama, lihatlah kepada mereka yang sebangsa dan seagama.... Adakah mereka ini anda? Atau...  Adakah mereka ini ada tergolong di dalam komuniti masyarakat anda?

Pendapat Anda

Kini saya inginkan pendapat dari anda...

Jiran di sebelah rumah anda hendak mengadakan majlis kenduri kahwin. Jiran anda ini pula tergolong dalam golongan yang tidak bercampur dengan masyarakat. Dengan anda pun sesekali adalah terserempak dan sekadar senyum dan angkat tangan sahaja.


Anda tahu... melihat pada persiapan yang di lakukan bahawa majlis kenduri kahwin tersebut semakin hampir harinya tetapi anda masih tidak mendapat sebarang jemputan sama ada dari jemputan mulut mahu pun kad undangan. Dari pengetahuan anda pula... ada sebahagian dari masyarakat setempat yang 'terpilih' telah menerima kad undangan.

Bukan anda kesah sangat pasal jemputan tersebut...tetapi cuba bayangkan situasi anda di rumah ketika hari tesebut. Sanggupkah anda menyorok dalam rumah sahaja sepanjang tempoh majlis berlangsung?

Apa yang harus anda lakukan?


Dan kemudian berlaku pula situasi berikut....

Seperti biasa anda pulang kerja pada petang hari Jumaat, tapi kali ini anda terpaksa 'parking' kereta jauh sedikit dari rumah dan di tepi jalan sahaja sebab di hadapan rumah anda sudah terdirinya khemah dan siap bersusun kerusi meja. Macam 'magic' jer...Masa pergi kerja pagi tadi tiada pun. Tanpa minta izin pula tu, ahh! tak apalah...bukan selalu pun.


Dengan segera anda masuk ke dalam kawasan rumah. Di jeriji pintu rumah terselit satu kertas berwarna merah. Benar sekali telahan anda, ianya adalah kad jemputan kenduri kahwin dari jiran sebelah. Majlis kenduri tersebut pula akan di adakan pada hari Sabtu...Ya! pada keesokan hari!

Macam mana ni?


Admin...

Tidak ada komentar:

Posting Komentar