Kamis, 28 November 2013

Saat Rasulullah SAW Wafat...


Hari Wafatnya Rasulullah SAW

Saat Rasullullah SAW WafatPada hari Isnin 12 Rabi’ul Awal 11H masuklah Fatimah RA, puteri kesayangan Rasulullah SAW ke dalam kamar Rasulullah SAW sambil menangis.

Dia menangis kerana biasanya setiap kali dia masuk menemui Rasulullah SAW, baginda akan berdiri dan menciumnya di antara kedua matanya, akan tetapi sekarang baginda tidak mampu berdiri lagi untuknya. Maka Rasulullah SAW bersabda kepadanya: "Dekatlah kemari wahai Fatimah.” Baginda pun membisikkan sesuatu di telinganya, maka dia pun menangis. Kemudian baginda bersabda lagi untuk kali kedua: ”Dekatlah kemari wahai Fatimah.” Baginda pun membisikkan sesuatu sekali lagi, maka Fatimah pun tertawa.

Maka setelah kewafatan Rasulullah SAW, mereka bertanya kepada Fatimah : “Apa yg telah dibisikkan oleh Rasulullah SAW kepadamu sehingga membuatkan engkau menangis dan apa pula yang baginda bisikkan sehingga engkau tertawa?” Fathimah berkata: ”Pertama kalinya baginda berkata kepadaku: ”Wahai Fathimah, aku akan meninggal malam ini.” Maka aku pun menangis. Maka saat baginda mendengar tangisanku baginda kembali berkata kepadaku: ”Engkau wahai Fatimah, adalah keluargaku yang pertama sekali akan bertemu denganku.” Maka aku pun tertawa.

Saat Rasullullah SAW WafatSaat Rasullullah SAW WafatSaat Rasullullah SAW Wafat

Rasulullah SAW memanggil Hasan dan Husain, baginda mencium keduanya dan berwasiat kebaikan kepada keduanya. Lalu Rasulullah SAW memanggil semua isterinya, menasihati dan mengingatkan mereka. Baginda berwasiat kepada seluruh yang hadir agar menjaga solat. Baginda berulangkali mengulangi wasiat ini.

Lalu rasa sakit baginda pun terasa semakin berat, maka baginda pun bersabda: ”Keluarlah siapa saja dari rumahku.” Baginda bersabda: "Dekatlah kepadaku wahai Aisyah!” Baginda pun bersandar di dada Aisyah RA. lalu mengangkat tangan seraya bersabda: ”Bahkan Ar-Rafiqul A’la bahkan Ar-Rafiqul A’la” Maka diketahuilah bahawa disetiap selang kata-kata baginda, baginda disuruh memilih diantara kehidupan dunia atau Ar-Rafiqul A’la.

Saat Rasullullah SAW WafatSaat Rasullullah SAW WafatSaat Rasullullah SAW Wafat

Masuklah malaikat Jibril menemui Rasulullah SAW seraya berkata: ”Malaikat maut ada di pintu, meminta izin untuk menemuimu dan dia tidak pernah meminta izin kepada sesiapa pun sebelummu.” Maka beliau berkata kepadanya: ”Izinkan untuknya wahai Jibril.” Masuklah malaikat Maut seraya berkata: ”Assalamu’alaika wahai Rasulullah. Allah telah mengutusku untuk memberikan pilihan kepadamu antara tetap tinggal di dunia atau bertemu dengan Allah di Akhirat.”

Maka Rasulullah SAW bersabda: ”Bahkan aku memilih Ar-Rafiqul A’la (Teman yang tertinggi), bahkan aku memilih Ar-Rafiqul A’la, bersama-sama dengan orang-orang yang dianugerahi nikmat oleh Allah iaitu para nabi, para shaddiqiin, orang-orang yang mati syahid dan orang-orang soleh. Dan mereka itulah rafiq (teman) yang sebaik-baiknya.”


Saat-Saat Wafatnya Rasulullah SAW

Aisyah berkata bahawa sebelum Rasulullah SAW wafat, ketika baginda bersandar pada dadanya dan dia mendengarkan baginda secara berterusan berdoa: “Ya Allah, ampunilah aku, rahmatilah aku dan susulkan aku pada ar-rafiq al-a’la. Ya Allah (aku minta) ar-rafiq al-a’la, Ya Allah (aku minta) ar-rafiq al-a’la.” Berdirilah malaikat Maut disisi kepala Rasulullah SAW sebagaimana dia berdiri di sisi kepala salah seorang diantara kita dan berkata: ”Wahai roh yang baik, roh Muhammad ibn Abdullah, keluarlah menuju keredhaan Allah dan menuju Rabb yang ridha dan tidak murka.”


Saat Rasullullah SAW WafatSaat Rasullullah SAW WafatSaat Rasullullah SAW Wafat

Aisyah berkata lagi: ”Maka jatuhlah tangan Rasulullah SAW dan kepala beliau menjadi berat di atas dadaku, dan sungguh aku telah tahu bahwa beliau telah wafat.” Dia berkata: ”Aku tidak tahu apa yang harus aku lakukan, lalu aku keluar dari kamarku menuju ke masjid dimana disana ada para sahabat." Dan kukatakan: ”Rasulullah telah wafat, Rasulullah telah wafat, Rasulullah telah wafat.” Maka mengalirlah air mata tangisan di dalam masjid.

Berita Kewafatan Rasulullah SAW

Ali bin Abi Thalib RA terduduk kerana terlalu beratnya khabar tersebut, Usman bin Affan RA seperti anak kecil menggerakkan tangannya ke kanan dan kekiri. Adapun Umar bin al-Khaththab RA berkata: ”Jika ada seseorang yang mengatakan bahawa Rasulullah SAW telah meninggal, akan kupotong kepalanya dengan pedangku, beliau hanya pergi untuk menemui Rabb-Nya sebagaimana Musa AS pergi untuk menemui Rabb-Nya.Ada pun orang yang paling tegar adalah Abu Bakar RA. Beliau segera pergi ke rumah Rasulullah SAW dan masuk kebilik baginda lalu memeluk dan berkata: ”Wahai sahabatku, wahai kekasihku, wahai bapaku.” Kemudian beliau mencium Rasulullah SAW dan berkata : ”Anda mulia dalam hidup dan dalam keadaan mati.”

Saat Rasullullah SAW WafatSaat Rasullullah SAW WafatSaat Rasullullah SAW Wafat

Keluarlah Abu Bakar menemui orang ramai lalu berkata: ”Barangsiapa menyembah Muhammad, maka Muhammad sekarang telah wafat, dan barangsiapa yang menyembah Allah SWT, maka sesungguhnya Allah SWT itu kekal, hidup dan tidak akan mati.” Maka Abu Bakar pun keluar dan menangis, beliau mencari tempat untuk menyendiri dan menangis sendiri.

Inna lillahi wainna ilaihi raji’un, telah berpulang ke rahmatullah orang yang paling mulia, orang yang paling kita cintai pada waktu dhuha di hari Isnin 12 Rabiul Awal 11 H tepat pada usia 63 tahun lebih 4 hari. Semoga selawat dan salam selalu tercurah untuk Nabi yang  tercinta, Nabi Muhammad Shalallahu ‘Alaihi Wassalam.

Admin...

Tidak ada komentar:

Posting Komentar