Cuti Sekolah
Assalamualaikum... Cuti sekolah tiba lagi. Selain dari pulang ke kampung dan menghadiri jemputan majlis kenduri kahwin, pasti ada yang menggunakan masa cuti sekolah ini untuk pergi bercuti. Percutian sama ada di dalam negara mahupun di luar negara untuk lebih meluangkan masa-masa indah bersama anak-anak.
Lokasi tumpuan pastinya di kawasan taman-taman tema, tempat-tempat bersejarah, tempat membeli-belah dan sebagainya. Lokasi yang pastinya sering dalam ingatan adalah sudah tentunya yang berkaitan dengan alam semulajadi.
Percutian Bersama Alam
Percutian masa cuti sekolah di tepian pantai dan pulau-pulau peranginan, air terjun yang menawan, tasik- tasik yang nyaman dan tenang, di tanah tinggi pergunungan dan di kehijauan alam sudah tentu menjadi pilihan idaman.
Keindahan alam semulajadi lebih menjadi pilihan kerana ianya memberi ketenangan dan kedamaian untuk kita menikmati dan meluangkan masa di bersama anak-anak di masa cuti sekolah ini.
Bagi yang belum atau tidak dapat menikmati cuti-cuti di cuti sekolah ini, nikmatilah keindahan lokasi-lokasi indah ini. Pandangan mata juga mampu memberi ketenangan dan kedamaian. Jika tidak pun ianya membangkit perasaan untuk menikmatinya lalu menjadi realiti... :)
Insyaalllah...mungkin percutian idaman anda akan menjadi nyata...
Sambil menjamu mata...jamulah juga hati anda...
Selamat Bercuti
Semoga percutian anda di masa cuti sekolah ini berjalan lancar dan menjadi kenyataan. Percutian yang membawa keceriaan dan mengeratkan hubungan sesama ahli keluarga di samping menikmati keindahan alam semulajadi. Kedamaian dan ketenangan menjadi bonus buat anda dalam mengagumi keagungan Maha Pencipta.
Selamat bercuti dan berhujung minggu...rindu pd sahabat2 semua
Admin...
Tidak ada komentar:
Posting Komentar