Assalamualaikum... Salah satu khazanah sastera Melayu yang menjadi kebanggaan bangsa kita adalah Pantun.
Pantun cukup menarik dan unik kerana ianya menyerlahkan kepakaran dan kebijaksanaan seseorang dalam bermain bahasa serta pengetahuan luas dalam perbendaraan kata.
Sebuah pantun yang baik memerlukan ketepatan pembayang dan maksud sama ada tersurat mahupun tersirat disamping keselarian ritma, perkataan dan ejaan.
Pantun cukup menarik dan unik kerana ianya menyerlahkan kepakaran dan kebijaksanaan seseorang dalam bermain bahasa serta pengetahuan luas dalam perbendaraan kata.
Sebuah pantun yang baik memerlukan ketepatan pembayang dan maksud sama ada tersurat mahupun tersirat disamping keselarian ritma, perkataan dan ejaan.
Tidak semua oramg memiliki kemahiran untuk mengarang pantun. Salah seorang yang cukup saya kagum dengan kemahiran berpantun adalah Puan Nur'Ain atau lebih dikenali sebagai Ummi Kami. Pemilik blog mamasentimental.blogspot.com ini menggunakan 100% pantun sebagai niche di setiap entri beliau malah membalas komen juga dengan pantun.
Hari ini, Segmen Komen Entri mengajak anda berbalas pantun bersama sebagai komen di entri beliau INI.
Nampaknya Ummi Kami kali ini membawa topik yang sedikit berat. Mengambil lagu P.Ramlee sebagai tajuk, beliau mengupasnya dengan penuh mendalam dan semuanya dalam bentuk pantun...
Saya cuba sebaik mungkin untuk membeli pantun Ummi Kami... diharapkan beliau puas hati dan anda semua terhibur.
Malam berkabut bukan bersahut,
Suara suami bergema halus,
Salam disambut ikatan bertaut,
Doa Ummi kuterima tulus.
Rahmat ayat bersulam teranum,
Hidup beradat budi disanjung,
Tamat riwayat dalam terhukum,
Amal ibadat menjadi pelindung.
Tapai sepeti tidak menjadi,
Sedu sedan tiada berhenti,
Budi pekerti sifat peribadi,
Hancur badan tetap diingati.
Cinta putus dipanggung wayang,
Meratap jemu sehingga buntu,
Doa diutus penyambung sayang,
Semoga bertemu disyurga bersatu.
Bertih melantun sagu berduka,
Letih berpantun berlagu seketika...:)
Hancur Badan Dikandung Tanah - P Ramlee
Lurus jalan pangkal selisih,
Dalam meriah diselubung sesalan,
Putus amalan tinggallah kasih,
Hanya jariah penyambung bekalan.
Seri musnah berkali dipanah,
Tetap bertapa tidak berubah,
Dari tanah kembali ketanah.
Tiada siapa mampu mengubah.
Sampai waktu bercerai nyawa,
Hancur badan di kandung tanah,
Nama baik tinggalan di dunia,
Hanya amalan membawa kejannah.
Ini hanya sebahagian daripada pantun yang dikarang dalam entri INI. Jika anda suka dan berminat dengan pantun dan berbalas pantun, silalah ke blog Jom Kita Berpantun. Anda sentiasa dilayan mesra oleh Ummi Kami. Semoga warisan ini terus kekal abadi dan menjadi cabang sastera kebanggaan Bangsa Melayu...
Admin...
Tidak ada komentar:
Posting Komentar