Minggu, 10 November 2013

Blogger Malaysia Bantah AshleyMadison.com


Blogger Malaysia Bantah Ashley Madison.comZina Itu Dosa Besar
Zina, salah satu dosa besar yang perlu kita elakkan. Jangan sesekali kita menghampirinya. Tiada kompromi dalam hal zina kerana ianya menjatuhkan martabat manusia menjadi lebih hina dari binatang.

Hukumannya amat berat kerana berzina mampu membawa kemusnahan sesebuah bangsa bersama tamadunnya.

Mengikut peruntukan hukuman syarak yang disebutkan di dalam Al-Qur’an dan Al-Hadith yang dikuatkuasakan dalam undang-undang Qanun Jinayah Syar’iyyah bahawa orang yang melakukan perzinaan itu apabila sabit kesalahan wajib dikenakan hukuman hudud, iaitu disebat sebanyak 100 kali sebatan. Sebagaimana Firman Allah Subhanahu Wa Ta’ala yang bermaksud :

“Perempuan yang berzina dan lelaki yang berzina, hendaklah kamu sebat tiap-tiap seorang dari kedua-duanya 100 kali sebat, dan janganlah kamu dipengaruhi oleh perasaan belas kasihan terhadap keduanya dalam menjalankan hukum Agama Allah, jika benar kamu beriman kepada Allah dan hari Akhirat, dan hendaklah disaksikan hukuman siksa yang dikenakan kepada mereka itu oleh sekumpulan dari orang-orang yang beriman”. (Surah An- Nur ayat 2)

Blogger Malaysia Bantah Ashley Madison.com
Kehidupan umat Islam ketika ini begitu terdedah dengan gejala sosial yang semakin tidak terkawal. Sebarang aktiviti yang boleh membawa kepada zina wajib kita tentang dan hapuskan. Kini...satu budaya baru ingin disebarkan dikalangan umat Islam melalui dunia tanpa sempadan ini. Sebagai umat Islam, saya terpanggil untuk turut serta dalam membantah kewujudannya di persada media sosial ini. 

"AshleyMadison.com - sebuah laman web yang menjurus kepada aktiviti penzinaan di rantau ini bakal dilancarkan pada 17 November 2013. Walaupun terdapat tentangan daripada orang ramai dan penguatkuasa undang-undang di Singapura, laman web tersebut telah berjaya mendapatkan sebanyak 26 ribu LIKE di laman sosial Facebook" - baca selanjutnya SINI

Blogger Malaysia Bantah AshleyMadison.com

Jangan biarkan gejala zina menjadi budaya yang akhirnya akan menghancurkan generasi masa hadapan kita. Bersatu kita menentangnya! Sudahlah keadaan di kala ini meruncing...ditambah pula dengan serangan gejala mungkar sebegini. 

Marilah bersama-sama, tunaikan tanggungjawab anda sebagai seorang Blogger Muslim, berjihad dan bersatu menghalang anasir yang bertuhankan syaitan ini dari meneruskan agenda menyesatkan ini. Jangan biarkan Laman Web Ashley Madison.com ini menjadi kenyataan! Nyatakan dan suarakan bantahan anda di SINI.... Allahuakbar!!!


Admin...

Tidak ada komentar:

Posting Komentar