Rabu, 31 Oktober 2012

Post 5 - Menara Jam di Malaysia...

Senibina dan rekabentuk menara jam di Malaysia sangat unik dan menarik kerana ianya pelbagai bentuk. Ada yang berunsur kebudayaan setempat, berbentuk senibina Islam, kolonial, moden, klasik dan macam-macam lagi. Ianya menunjukkan kepelbagaian kesenian senibina yang ada di Malaysia.

Kita nikmati keindahan senibina beberapa lagi menara jam yang ada di Malaysia...

menara jam
Menara jam Majlis daerah Bera, Pahang

menara jammenara jam
Gambar kiri : Menara jam Kolej Melayu Kuala Kangsar, Perak      
Gambar kanan : Menara jam Masjid di Baling, Kedah 

menara jam
Menara jam Merdeka di Kulim, Kedah

menara jammenara jam
Gambar kiri : Menara jam Merdeka di Sg.Siput,Perak       
Gambar kanan : Menara jam Merdeka di Jelebu, N. Sembilan

menara jam
Menara jam di Parit Buntar, Perak

menara jam
Menara jam di Pekan, Pahang

menara jammenara jam
Gambar kiri : Menara jam di Parit, Perak              
Gambar kanan : Menara jam MPPJ di Petaling Jaya, Selangor

menara jam
Menara jam di Mukah, Sarawak

Menara jam menjadi daya tarikan dan mercutanda bagi sesebuah tempat. Senibina dan rekabentuknya menjadi kebanggaan penduduk setempat. Relaks Minda anda...


Admin...

Selasa, 30 Oktober 2012

Wow! Nikmatnya... Relaks di tepi kolam

 
Penting bagi setiap insan untuk berehat. Rehat rohani dan jasmani agar kembali segar dan bertenaga. Rehat terbaik adalah dengan tidur kerana ianya merehatkan badan dan minda. Selain dari tidur, aktiviti reakrasi, menonton dan menikmati keindahan alam pun merupakan satu kaedah untuk berehat. Yang penting sekali apabila anda berehat, anda mestilah berada dalam keadaan selesa, tenang dan aman.

Tempat anda berehat juga penting kerana sewaktu anda berehat anda perlukan suasana yang tenang, aman, nyaman dan jauh dari sebarang gangguan agar rehat anda tidak terganggu. Lokasi yang jauh dari bandar yang sibuk dan tercemar amat sesuai untuk mendapatkan rehat yang berkualiti.
 
Berehat dengan menikmati keindahan alam semulajadi merupakan salah satu rehat yang berkualiti. Keindahan dan ketenangan alam membuatkan badan anda kembali segar dan minda anda kembali cerdas.
Kuasa alam yang penuh dengan sumber semulajadi dengan udara segar, cas-cas positif dan warna-warna alam memberikan anda rehat dan tenaga yang maksimum.
 Nikmati rehat di tepi kolam renang sambil menikmati keindahan alam semulajadi
 
Relaks Minda anda dengan keindahan alam semulajadi. Alam semulajadi merupakan anugerah Ilahi yang anda dapat nikmati secara percuma. Bersyukur dengan nikmat pemberian yang tidak ternilai ini dan hargailah ia. 
Luangkanlah masa untuk anda menikmati rehat yang berkualiti dengan berehat di tepi kolam sambil menikmati keindahan alam semulajadi.


Admin...

Senin, 29 Oktober 2012

Alam Semulajadi Sungguh Menakjubkan



Keindahan Alam Semulajadi sungguh menakjubkan. Alam semulajadi ini bagaikan suatu ingin kita miliki. Ianya sesuatu amat berharga yang tidak dapat di nilai dengan wang ringgit malahan intan permata. Keindahan sesuatu yang sangat subjektif. Ianya merupakan pandangan mata yang di tafsirkan oleh pemikiran sebagai cantik, menawan dan mempersonakan. 

Keindahan alam semulajadi merupakan keindahan alam tanpa sebarang perubahan bentuk oleh manusia. Alam semuladi sudah cukup indah, tidak perlu sebarang perubahan atau penambahan oleh manusia.

 
Melihat keindahan alam semulajadi yang memberikan anda ketenangan. Tidakkah anda terfikir, bagaimana dengan hanya melihat keindahan alam semulajadi boleh memberikan anda ketenangan? Kuasa apakah yang ada pada alam semulajadi? Sambil menikmati keindahan ini...renungkanlah sejenak...

 
 
 
 
 
Alam ini ada pelbagai rupa dan bentuk. Secara saintifiknya, kepelbagaian bentuk ini berlaku akibat dari pergerakan bumi, gegaran, letusan gunung berapi, cuaca, suhu, angin, hujan dan pelbagai lagi yang melengkapkan ekosistem bumi yang merubah bentuk muka bumi ini menjadi begitu unik.


Namun setiap yang berlaku itu ada sebabnya. Ada yang menjadikannya. Sebagai manusia kita di beri akal fikiran untuk mengkaji dan menyelami bagaimana ianya boleh terbentuk mengikut logik akal dan saintifik yang pasti akhirnya akan membawa kita kepada penciptanya. 
 

Alam ini ada penciptaNya. Keindahan ini ada yang menjadikanNya. Kita sebagai insan yang lemah tidak mempunyai sebarang kuasa untuk melakukan itu semua. Alam yang luas dan pelbagai bentuk dan rupa untuk kita merenung betapa kerdilnya kita berbanding dengan penciptaNya. Maka hanya Dialah menjadi keagungan kita.  
 
 

Alam semulajadi yang indah ini untuk kita nikmati dan untuk kita pelihara. Ianya penting dalam menstabilkan ekosistem bumi ini. Kemusnahan dan pembangunan yang berlebihan akan membawa ketidakstabilan yang akhirnya akan berlakunya bencana alam seperti gempa, letusan gunung berapi, ribut taufan, hujan lebat, banjir, tanah runtuh, kemarau dan sebagainya. 
 
 
 
 
Keindahan alam semulajadi yang memukau pandangan. Keindahan yang memberikan kita kenikmatan ketenangan, kedamaian, keamanan jiwa dan minda.

Alam semulajadi memberikan kita kesegaran dan nyaman. Pelihara dan cintailah alam semulajadi.


Relaks minda anda dengan keindahan alam semulajadi...Syukuri nikmat dari Ilahi


Admin...