Jumat, 06 Desember 2013

Belajar SEO Dari Contest SEO Eridy

Belajar Ilmu dan Teknik SEO 


Belajar Ilmu dan Teknik SEO
Belajar SEO
Apabila menyertai peraduan SEO anjuran Blog Eridy iaitu "Contest SEO Eridy", pelbagai blog panduan mengenai SEO di akses dan begitu banyak sekali maklumat mengenai SEO yang ingin dipelajari. Pelbagai teknik dan cara untuk menjadikan kita bertambah mahir dengan ilmu SEO yang cuba diadaptasikan.

Apabila terlalu banyak belajar mengenai teknik dan ilmu SEO, semakin berserabut pula jadinya. Segalanya ingin diubah, ditukar dan diperbaiki. Adakah anda berjaya?

Untuk membuat satu artikel yang mempunyai nilai SEO tidaklah begitu sukar sebenarnya. Berikut adalah kaedah mudah untuk anda belajar menerbitkan sesebuah artikel bercirikan SEO.

Belajar Teknik Menulis Artikel SEO

  • Gunakan kata kunci yang menjadi carian popular untuk tajuk artikel anda tetapi mestilah berkait dengan isi artikel.
  • Buatlah artikel yang original iaitu bukan artikel copy paste dari sumber lain. Buat artikel mengikut bahasa yang standard dan mudah difahami. Jika blog Bahasa Melayu, gunakanlah sepenuhnya Bahasa Melayu.
  • Artikel pula janganlah terlalu pendek, paling kurang pun 300 patah perkataan.  
  • Artikel mengandungi kata kunci (keyword) sekitar 1%-6%. Jangan pula terlalu banyak dengan kata kunci. Satu perenggan satu kata kunci pun sudah memadai. 
  • Artikel yang mengandung H2,H3 pada body. Maksudnya artikel mestilah mempunyai Tajuk dan Sub Tajuk. 
  • Format artikel yang lengkap iaitu adanya Pendahuluan, Isi dan Penutup.
  • Jika ada gambar, jangan lupa letak tajuk dan alt text dengan kata kunci anda.
  • Gunakan internal link dalam setiap artikel anda yang di link ke URL anda atau URL lain yang berkaitan. Jika guna URL lain...paling baik dari blog yang mempunyai PR yang lebih tinggi dari anda. 
Belajar Ilmu dan Teknik SEO
Belajar SEO
Kini anda lihat pula pada setiap artikel-artikel peserta "Contest SEO Eridy", hampir kesemuanya menepati ciri dan teknik SEO seperti yang tersenarai diatas. Apakah yang membezakannya sehinggakan kedudukan berbeza-beza dan berubah-ubah setiap masa? Kualiti artikel seperti manakah yang menjadi pilihan enjin carian sebenarnya? 

Memikat Enjin Carian

Belajar Ilmu dan Teknik SEO
Belajar SEO
Jika anda menulis sebuah artikel, ciri-ciri dan teknik SEO diatas sangat berguna tetapi untuk bersaing dalam satu peraduan SEO seperti "Contest SEO Eridy", ianya tidaklah semudah itu.

Artikel berpandukan teknik SEO semata-mata tidak menjaminkan peluang anda untuk berada di muka hadapan enjin carian. Ini kerana ilmu SEO itu meluas, bukan sekadar pada artikel yang berkualiti tapi banyak faktor-faktor lain yang mempengaruhi seperti template blog, domain, masa loading blog, backlink, meta tag dan banyak lagi.

Belajar Ilmu dan Teknik SEO
Memikat Enjin Carian
Oleh itu "Contest SEO Eridy" ini sungguh mencabar blogger kerana enjin carian ini sebenarnya pilih kasih...Jika anda berjaya mengikut segala kehendak dan kemahuannya, pasti dengan mudah akan terpampang artikel anda di muka hadapan enjin carian. Oleh itu cabaran sebenar "Contest SEO Eridy" ini adalah cabaran untuk memikat enjin carian.

Kesimpulannya...untuk berjaya dalam "Contest SEO Eridy" ini, anda mesti memujuk rayu enjin carian iaitu dengan memenuhi segala kemahuannya yang mahukan blog dan artikel anda optimum dengan ciri-ciri SEO. Jika sudah berusaha, berdoa dan tawakallah...

p/s: artikel penyertaan saya dah kelaut..... ilmu darinya tetap timbul.
Admin...

Tidak ada komentar:

Posting Komentar