Assalamualaikum dan salam sejahtera...
Bersyukur kerana dapat menikmati lagi hari yang indah ini.
Relaks minda anda seketika dan mari kita bersyair.
Syair indah yang penuh makna, memberi ingatan dan pedoman
buat santapan hati dan jiwa
sambil mata menikmati kedamaian bersama arus ketenangan.
KEAIBAN PADA DIRI KITA
Kita kerap menyalahkan zaman ini,sedang keaiban sebenaradalah pada diri kita,tiada sebarang aib pada zaman kita,kecuali diri kita sendiri.
Kita kerap mencerca zaman ini,tanpa jenayah dilakukannyakalau zaman tahu mengatur kata,tentulah ia mencaci kita kembali.
Dunia kita adalah lakonandan menunjuk-nunjuk,sebenarnya kita memperdayaYang Maha melihat kita.
Si serigala tiadalah pernahmemakan daging rakannya,sedangkan kita kerapkalimakan daging sesama sendiri.
~ Syair Imam Syafie
ANUGERAH ALLAH
Aku melihat-Mu pada saat penciptaanku,yang penuh dengan anugerah.Engkaulah sumber satu-satunya,pada saat penciptaanku.Hindarkan aku dari anugerah yang buruk.Kerana sepotong kehidupan telah cukup bagiku,hingga saat Engkau mematikanku.
~ Syair Imam Syafie
Terima kasih menikmati syair bersama Relaks Minda...nikmati dan hargailah setiap masa yang berlalu kerana ianya umpama arus air yang mengalir, tidak akan berpatah balik...
Author by Bin Muhammad
Tidak ada komentar:
Posting Komentar