Tahun Baru 2014 |
1 Januari 2014. Tahun Baru bagi kalendar Masihi. Setiap kali menjelang tahun baru akan pasti ada pesta atau sambutan besar-besaran yang diadakan disetiap bandar-bandar besar di negara ini di malam 31 Disember.
Sambutan diambang tahun baru dengan nyanyian, tarian, sorakan, tepukan, percikan bunga api dan pelbagai lagi kemeriahan. Bagaikan satu kemuncak kegembiraan dan keseronokan yang tiada batasan. Diketuai oleh pemimpin-pemimpin negara, himpunan lelaki dan perempuan yang bukan muhrim bergembira bersama tanpa ada halangan atau batasan.
Bermulanya Sambutan Tahun Baru
Tahukah anda bagaimana bermulanya sambutan meraikan Tahun Baru Masihi ini? Untuk pengetahuan anda, sambutan tahun baru adalah Perayaan Kaum penyembah berhala di Rom yang merayakan tahun baru mereka iaitu Hari Janus. Siapa Janus?
Julius Ceasar...ketua bangsa Rome pertama yang menetapkan 1 Januari sebagai hari permulaan tahun baru pada 46 SM. Bangsa Rome mempersembahkan hari (1 Januari) kepada Janus iaitu Dewa segala gerbang, pintu dan permulaan waktu.
Sambutan Tahun Baru di Dataran Merdeka |
Malah nama bulan Januari itu sendiri berasal dari nama Dewa Janus iaitu dewa yang memiliki dua wajah yang membawa maksud sebelah muka mengadap ke masa depan dan sebelah lagi mengadap ke masa lalu. Itulah Janus.
Bangsa Rome meraikan sambutan tahun baru dengan tarian mengelilingi unggun api, meniup trompet, berpesta ria, bersorak, mabuk, bertukar perempuan, menyanyi dan menari bersama.
Renungan Buat Umat Islam
Jika anda perhatikan sambutan tahun baru di zaman ini, perkara yang hampir sama dilakukan dalam menyambut tahun baru. Yang lebih menyedihkan... semakin ramai umat Islam turut sama meraikan sambutan tahun baru ini. Sesungguhnya benarlah apa yang terkandung dalam hadis ini.
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ لَا تَقُومُ السَّاعَةُ حَتَّى تَأْخُذَ أُمَّتِي بِأَخْذِ الْقُرُونِ قَبْلَهَا شِبْرًا بِشِبْرٍ وَذِرَاعًا بِذِرَاعٍ فَقِيلَ يَا رَسُولَ اللَّهِ كَفَارِسَ وَالرُّومِ فَقَالَ وَمَنْ النَّاسُ إِلَّا أُولَئِكَ
Daripada Abu Hurairah r.a. daripada Nabi s.a.w. sabdanya: “Tidak akan berlaku kiamat sehinggalah umatku akan melakukan sebagaimana yang dilakukan oleh umat di dalam kurun-kurun sebelumnya sejengkal demi sejengkal dan sehasta demi sehasta”. Baginda ditanya: “Wahai Rasulullah! Apakah seperti Parsi dan Rom? Nabi s.a.w. menjawab: “Siapa lagi dari kalangan umat dahulu selain mereka?”
Oleh itu renung-renungkanlah. Sebagai Umat Islam yang mengaku bahawa Nabi Muhammad SAW itu pesuruh Allah ...perlukah kita untuk menyambut Tahun Baru Masihi ini? Masih belum terlewat untuk berubah. Semoga kita tidak terus hanyut dengan keseronokan dan tipu daya dunia yang sementara ini. Masih ada masa untuk memperbetul dan mamperbaharui akidah. Jangan kita terus tersesat...
Semoga Allah SWT memberi petunjuk dan hidayah dan janganlah kau hukum dan binasakan kami, sesungguhnya Engkau Maha Pengampun, Pengasih lagi Maha Penyayang.
Yang mana satu pilihan anda? Kiri atau kanan
Author by Bin Muhammad
Tidak ada komentar:
Posting Komentar