Minggu, 22 Desember 2013

Berubah Atau Tidak...Perubahan Tetap Berlaku


Perlukah Perubahan?

Perubahan ada kalanya lebih baik dan mungkin juga menjadi semakin buruk. Setiap kali penambahbaikan bukan menjamin keberkesanan dan kejayaan tapi daya usaha itu perlu kerana tanpa mencuba kita tidak tahu akan hasilnya. Persekitaran juga memainkan peranan dalam menentukan suatu perubahan yang anda lakukan. Sokongan dan panduan penting untuk memberi lebih keyakinan dan semangat untuk berubah. Namun tidak semestinya perlu bertindak melakukan perubahan, ada masanya biarlah masa dan keadaan yang merubah segalanya.

Masa yang berlalu mencorak perubahan mengikut keaadaan semasa. Lihatlah bagaimana masa yang berbeza, pelbagai perubahan boleh berlaku. Dilokasi dan ditempat yang sama tapi berlainan ketika., perubahan tetap berlaku... Anda nampak persamaan dan perbezaannya?

Berubah Atau Tidak...Perubahan Tetap Berlaku
Kampung ku - Ogos 2007

Berubah Atau Tidak...Perubahan Tetap Berlaku
Kampung ku - Oktober 2007

Berubah Atau Tidak...Perubahan Tetap Berlaku
Kampung ku - Februari 2010

Berubah Atau Tidak...Perubahan Tetap Berlaku
Kampung ku - April 2010

Berubah Atau Tidak...Perubahan Tetap Berlaku
Kampung ku - Mei 2012

Berubah Atau Tidak...Perubahan Tetap Berlaku
Kampung ku - Februari 2013

Berubah Atau Tidak...Perubahan Tetap Berlaku
Kampung ku - Oktober 2013

Begitulah alam...sentiasa sahaja berubah dan berbeza walaupun di tempat yang sama. Begitu juga dengan diri kita...setiap detik yang berlalu pasti akan mencorak perubahan dalam diri. Jika tadi anda tidak melihat gambar-gambar diatas, tapi kini anda melihatnya. Ianya akan kekal difikiran dan menambah satu lagi data memori diingatan. Tanpa anda sedari ianya telah merubah sesuatu dalam ingatan dan pandangan anda.

Berubahlah Ke Arah Lebih Baik

Oleh itu sama ada anda bertindak atau tidak, setiap masa anda akan sentiasa berubah. Cuma yang menjadi ukurannya, adakah setiap detik yang berlalu itu memberi perubahan untuk menjadi lebih baik atau sebaliknya? 

Buat renungan bersama: Surah Ar-Ra'd ayat 11. ....إِنَّ اللَّهَ لا يُغَيِّرُ مَا بِقَوْمٍ حَتَّى يُغَيِّرُوا مَا بِأَنْفُسِهِمْ .... maksudnya: “Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka”.

Selamat berhujung minggu...Relaks Minda anda dan ceria disamping insan-insan tersayang... :)


p/s: gambar kampungku @ Bagan Datoh, Perak 
Author by Bin Muhammad

Tidak ada komentar:

Posting Komentar