Mangsa-Mangsa Banjir
Keadaan banjir di Kuantan |
Bencana banjir semakin semakin buruk di Pantai Timur. Ramai sekali mangsa-mangsa banjir yang terpaksa berpindah sementara sama ada ke rumah saudara mara mahu pun ke pusat-pusat pemindahan sementara.
Bencana banjir kini bukanlah sesuatu yang luar biasa. Setiap hujung tahun pasti akan berlaku. Ianya sudah menjadi perkara normal buat penduduk-penduduk di Pantai Timur, cuma situasinya sahaja sama ada teruk atau pun tidak. Pusat-pusat pemindahan sementara mangsa banjir ini pula sudah menjadi lokasi sinonim buat mereka.
Kemudahan Pusat Pemindahan Sementara
Oleh kerana setiap tahun berlaku, maka tidak ada timbul lagi sebarang kesulitan dalam pengurusan di pusat-pusat pemindahan sementara mangsa banjir ini.
Namun yag menjadi persoalan, apabila ianya sudah menjadi perkara biasa, tidak adakah penambahbaikan dalam menguruskan tempat-tempat ini?
Mangsa banjir |
Namun yag menjadi persoalan, apabila ianya sudah menjadi perkara biasa, tidak adakah penambahbaikan dalam menguruskan tempat-tempat ini?
Melihat kepada keadaan mangsa yang dalam keadaan hiba, sedih dan tertekan, pasti timbul rasa kasihan. Ditambah pula dengan suasana ditempat pemindahan yang amat tidak selesa, bertambahlah derita mangsa. Sebagai sebuah negara yang sentiasa mengutamakan rakyat, sewajarnya pusat-pusat pemindahan ini di beri peningkatan dari segi peralatan dan kemudahan.
Pusat Pemindahan Sementara Mangsa Banjir - Sumber Google |
Pusat Pemindahan Sementara Mangsa Banjir - Sumber Google |
Pusat Pemindahan Sementara Mangsa Banjir - Sumber Google |
Lebih penting disini adalah negara kita sebagai sebuah negara Islam, maka agama Islam seharusnya di jadikan panduan dan rujuan dalam menguruskan pusat-pusat pemindahan sementara ini. Sungguh amat tidak wajar sekiranya lelaki dan perempuan yang bukan muhrim ditempatkan disatu tempat yang terbuka. Ini amat memberi ketidakselesaan untuk menjaga aurat dan keselamatan.
Kemudahan Untuk Kebaikan
Mungkin kita perlu belajar lagi dalam pengurusan dan penyediaan kemudahan di pusat-pusat penempatan untuk mangsa-mangsa banjir ini. Contoh terbaik seperti yang dilakukan di Jepun ini. Setiap keluarga di tempatkan dalam khemah masing-masing. Barulah terjaga aurat dan mudah di kawal. Keselamatan juga terjamin. Semoga ianya dapat menjadi contoh yang boleh kita pelajari.
Pusat Pemindahan Sementara Mangsa Bencana di Jepun |
Berdoalah kita agar keadaan banjir ini akan segera pulih dan tidak bertambah buruk. Doakan juga semua yang terlibat diberi kekuatan, ketabahan dan kesabaran dalam menempuh musibah yang melanda. Semoga mereka sentiasa dilindungi dan dalam keadaan sihat serta selamat.
Admin...
Tidak ada komentar:
Posting Komentar