Kitar semula - Secara mudahnya kitar semula membawa maksud memungut dan mengasingkan sisa buangan pepejal untuk diproses menjadi produk yang sama atau barangan lain. Ianya bernilai kerana dapat mengurangkan penggunaan sumber asli dan menjimatkan kos serta tenaga.
Kitar semula adalah cara terbaik untuk menjimatkan tenaga selain dari mengurangkan kemusnahan alam semulajadi.
Berikut adalah beberapa fakta yang perlu anda ketahui :
Kitar semula adalah cara terbaik untuk menjimatkan tenaga selain dari mengurangkan kemusnahan alam semulajadi.
Berikut adalah beberapa fakta yang perlu anda ketahui :
- Kitar semula satu tin minuman dapat menjimatkan tenaga untuk sebuah tv berfungsi selama 3 jam!
- Kitar semula satu botol kaca dapat menjimatkan tenaga untuk sebuah komputer berfungsi selama 25 minit!
- Kitar semula satu botol plastik dapat menjimatkan tenaga untuk mentol 60watt menyala selama 3 jam!
- Kitar semula kertas menggunakan kurang 70% tenaga daripada membuat kertas dari bahan asasnya!
- Tenaga yang ada dalam bahan buangan didalam tong sampah dalam setahun mampu memberi tenaga untuk tv berfungsi selama 5,000 jam!
- Hampir 60% daribada bahan buangan didalam tong sampah boleh dikitar semula!
- Hampir 50% sisa buangan boleh di leraikan untuk dijadikan baja.
- Hampir 80% komponen dalam sebuah kereta boleh di kitar semula!
Kitar Semula Mengurang Sisa Buangan
Ianya jelas menunjukkan akan betapa mudahnya sisa buangan dapat memberikan kita kembali pulangan yang amat berguna dalam menjaga alam sekitar serta menjimatkan tenaga. Oleh itu setiap dari kita perlu membudayakan amalan kitar semula kerana ianya amat penting untuk mengurangkan kemusnahan dan pencemaran alam semulajadi.
Kitar semula adalah cara termudah dan terbaik yang dapat memberi kesan positif kepada alam sekitar dan kehidupan kita kerana ianya dapat disumbangkan oleh setiap individu.
Kita perlu bertindak segera kerana jumlah bahan dan sisa buangan semakin bertambah berkali ganda setiap masa. Ketahuilah...kira-kira sebanyak 15,000 tan sampah yang dipungut setiap hari dan jumlah ini mampu memenuhi bangunan KLCC dalam masa 9.6 hari.
Kita perlu bertindak segera kerana jumlah bahan dan sisa buangan semakin bertambah berkali ganda setiap masa. Ketahuilah...kira-kira sebanyak 15,000 tan sampah yang dipungut setiap hari dan jumlah ini mampu memenuhi bangunan KLCC dalam masa 9.6 hari.
Punca Bertambah Sisa Buangan
- Pertambahan populasi penduduk bermakna semakin banyak bahan dan sisa buangan dihasilkan.
- Kemodenan mengubah cara hidup untuk lebih pantas dan segera maka barangan pakai buang menjadi trend kehidupan.
- Kekayaan juga mengubah manusia menjadi banyak memiliki dan bertukar barangan lalu membazir dalam keperluan.
- Teknologi juga semakin pantas menyebabkan sesuatu produk semakin cepat ketinggalan dan jangka hayat penggunaannya yang singkat.
- Penggunaan bahan-bahan yang tidak mesra alam menyebabkan ianya tidak boleh dikitar semula malah kadar pereputannya juga terlalu lama.
Apabila sampah-sampah ini semakin banyak, ia memerlukan kawasan yang banyak serta besar untuk dijadikan tapak pelupusan. Sudah tentu ianya memerlukan pengorbanan dan mangsanya adalah alam semulajadi.
Kitar Semula Selamatkan Kehidupan Dan Alam Ini
Tempat pelupusan sampah tempat dimana terkumpulnya segala jenis bahan buangan. Ianya menjadi tempat paling bertoksid dan pastinya memberi kesan kepada alam sama ada tanah, air dan udara, Oleh itu betapa pentingnya amalan kitar semula kerana dapat mengurangkan penghasilan sisa buangan dan sampah ditapak pelupusan sampah.
Menambah tapak pelupusan sampah bukanlah jalan penyelesaian terbaik dalam menguruskan sisa buangan, Tanah semakin terhad manakala alam semulajadi perlu dipelihara. Kitar semula adalah jalan penyelesaian terbaik. Oleh itu fikirlah sebelum buang kerana ianya dapat menyelamatkan kehidupan dan demi generasi akan datang.
Kehijauan Alam Semulajadi |
Terima kasih bersama Relaks Minda...Jom Kitar Semula!
Sumber rujukan : recyling guide.org.uk
Author by Bin Muhammad
Tidak ada komentar:
Posting Komentar