Jumat, 20 Desember 2013

Program Affiliate Menjana Pendapatan Tanpa Modal


Assalamualaikum dan salam sejahtera...
Salah satu cara untuk menjana pendapatan di blog tanpa sebarang modal adalah melalui program affiliate. Sebelum anda menceburinya, anda harus memahami apa itu "Program Affiliate". Program affiliate ini secara mudahnya membawa maksud :
"menggunakan anda sebagai agen atau orang tengah untuk menjual, memasarkan dan mempromosi sesuatu produk di Blog. Anda akan di beri komisyen iaitu bayaran apabila berjaya membuat jualan, memasarkan dan menambah bilangan peserta program affiliate." 

Program Affiliate Menjana Pendapatan Tanpa Modal

Mengenali Program Affiliate

Kini anda sudah faham apa itu program affiliate. Seterusnya anda perlu kenal pasti sama ada program ini adalah sahih, satu penipuan ataupun sekadar mengambil kesempatan. Program affiliate yang sahih dan boleh dipercayai adalah program affiliate yang tidak mengenakan sebarang bayaran untuk anda menyertainya (tanpa modal). Ia juga tidak meminta sebarang nombor akaun anda kerana pembayaran adalah melalui cek diatas nama anda.

Menyertai program affiliate adalah percuma kerana anda bukan menjadi agen seperti MLM (multi level marketing) kerana anda tidak membeli dan menjual sesuatu produk secara terus. Anda berfungsi sebagai pengiklan yang hanya mempromosi produk tersebut. Oleh itu, jika ada program affiliate yang mengenakan bayaran, harap anda pastikan kesahihan program ini. Syarikat pengendali program affiliate ini juga mestilah sebuah syarikat yang sahih kewujudannya. Anda boleh semak dengan Jabatan Pendaftaran Syarikat (SSM)

 Ashadee @ JomNiaga

Program Affiliate Menjana Pendapatan Tanpa Modal

Antara program affiliate yang paling dipercayai dan terkenal adalah Ashadee atau dulu dikenali sebagai JomNiaga. Disini anda ditawarkan pelbagai produk untuk anda pilih. Jumlah komisyen juga berbeza-beza mengikut produk. Ada juga produk yang menawarkan iklan PPC (pay per clik). 

Pilihlah produk mana yang anda mahukan untuk dipromosi dan pilihlah saiz serta bentuk iklan yang ingin diletakkan di blog anda dan anda telah bersedia menjana pendapatan. Antara contoh produk adalah seperti INI. Jika anda berminat dan ingin mengetahui program affiliate Ashadee ini sila ke SINI untuk maklumat lanjut dan mendaftar.

Exabytes

Program Affiliate Menjana Pendapatan Tanpa Modal

Satu lagi program affiliate yang juga percuma untuk anda sertai adalah program affiliate oleh Exabytes. Exabytes merupakan pembekal produk dan perkhidmatan terunggul berkaitan website seperti domain, server, hosting dan sebagainya. Exabytes baru sahaja melancarkan program affiliate dan sebagai promosi dalam jangkamasa terhad ini, Exabytes memberi bonus RM50.00 kepada mereka yang mendaftar dalam program affiliatenya. 

Sebelum promosi istimewa ini tamat, segeralah anda mendaftar di SINI dan cari link Affiliate Program (dibawah sekali). RM50.00 akan terus dimasukkan dalam akaun affiliate anda sejurus sahaja anda mendaftar. Anda boleh mulakanlah promosi iklan produk Exabytes yang ditawarkan. Komisyennya juga agak tinggi jika anda berjaya membuat jualan.

Program Affiliate Menjana Pendapatan Tanpa Modal

Belum Cuba Belum Tahu

Ini adalah antara cara mudah untuk anda menjana pendapatan tanpa sebarang modal diblog anda selain dari iklan Nuffnang, Advertlets, Komli dan sebagainya. Tempekkan sahaja iklan ini nantikan hasilnya. Tak rugi apa-apa pun, anda masih juga berblogging seperti biasa. Selain dari 2 program diatas, ada banyak lagi program affiliate yang menawarkan perkhidmatan sebegini. Yang penting jangan tertipu terutama jika melibatkan wang ringgit. Ingat! Menyertai program affiliate ini adalah PERCUMA! tanpa sebarang modal.

Jika anda rajin, buatlah artikel promosi dan selalulah hebahkan produk-produk tersebut di media sosial seperti komuniti G+, FB, Twitter dan sebagainya. Kalau dalam 3bulan masih tidak mendatangkan hasil...tukar produk affiliate lain atau delete sahaja. Saya tidak menjanjikan ianya berjaya tapi kalau anda tidak mencuba manakan anda tahu. 

Serikan blog anda dengan iklan dan Selamat mencuba....

p/s: Iklan Affiliate ini tidak akan mengubah status anda di pengiklan lain kerana ianya bukan pesaing mereka.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar