Banjir Melanda Lagi
Apabila tiba sahaja hujung tahun bermakna tibanya musim hujan. Angin Monsun Timur Laut akan mula mengganas. Negeri-negeri di Pantai Timur Semenanjung akan merasai kesannya. Malapetaka seperti banjir, ribut dan tanah runtuh akan kerap berlaku.
Keaadaan di Pusat Bandar Kuantan |
Isu ini akan menjadi bahan cerita hangat dan selalu dikemas kini oleh blogger. Komen Entri kali ini memilih kisah banjir yang di kemaskini oleh dua blogger Pantai Timur ini.
Banjir di Kuantan, Pahang
ECM Shopping Kompleks - Kuantan |
Bandar Kuantan kini seakan lumpuh apabila paras air semakin tinggi menenggelamkan sebahagian besar bandar ini. Banyak jalan yang terpaksa di tutup.
Semoga mereka tabah menghadapi musibah yang melanda. Kemusnahan harta benda pasti merugikan dan membebankan. Sesungguhnya bencana dari Allah ini memberi peringatan bahawa tiada kuasa yang mampu menandinginya. Jika Dia berkehendak, tiada siapa mampu menghalangnya.
Bahana banjir |
Kejadian banjir bermusim ini mungkin sudah di jangka. Persediaan awal dan sentiasa beringat perlu ada pada setiap orang agar dapat mengurangkan kerugian dan mengelakkan dari kecelakaan yang lebih buruk seperti kematian.
Blog Cerita Shark akan terus memberikan berita-berita dan kisah-kisah terkini tentang perkembangan semasa banjir di Kuantan. Semoga ianya dapat memberi maklumat kepada mereka yang memerlukan.
Banjir di Kemaman, Terengganu
Keaadaan di sekitar rumah Jie Susanos |
Apabila jalan di tutup maka perhubungan terputus. Ianya pasti menyukarkan terutama untuk mendapatkan bekalan makanan dan perubatan. Semoga setiap keluarga telah mempunyai persediaan secukupnya untuk mengharungi tempoh terputusnya hubungan ini. Diharapkan juga pihak berkuasa dapat menyalurkan bantuan secepat mungkin kepada mereka yang memerlukan.
Teruskan ke Blog Jie Susanos untuk mendapatkan maklumat lengkap tentang keadaan banjir di Kemaman.
Berhati-Hati Ketika Banjir
Beginilah keadaannya di kebanyakan tempat di Pantai Timur dikala ini. Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor semakin tenggelam. Hujan yang turun tanpa henti turut terasa tempiasnya hingga ke Pantai Barat.
Setiap orang harus berjaga-jaga. Malang tidak berbau. Persediaan awal perlu dilakukan, jangan sampai "sudah terhantuk baru nak tegadah."
Kami mendoakan semoga mereka yang terlibat dalam bencana ini tabah menghadapi dugaan. Jagalah keselamatan terutama kepada kanak-kanak. Banjir bukan peluang untuk bersuka ria. Jangan sampai kita kehilangan orang yang tersayang. Pendawaian elektrik juga amat merbahaya. Berhati-hatilah... ikuti perkembangan dan maklumat banjir dari masa ke semasa.
Admin...
Tidak ada komentar:
Posting Komentar