Jumat, 13 Desember 2013

Blogger Dan Ranking Pagerank (PR) Blog


Blogger Dan Ranking Pagerank (PR) BlogDalam minggu ini ramai blogger yang update entri mengenai "Google update Pagerank". Ramai yang menunjukkan peningkatan tetapi ramai juga yang tidak berubah dan ada yang turun. Kalau anda ingin lihat berapakah ranking Pagerank atau PR anda, sila klik SINI

Kenapa ramai blogger yang ambil berat sangat dengan ranking PR ni? Pentingkah ranking PR kepada  blog anda? Jangan pelik kerana ada blogger yang obses dengan ranking PR ini. Kenapa? Untuk mengetahuinya...anda perlu tahu apa itu Pagerank @ PR ini terlebih dahulu.

Apa itu Pagerank @ PR?

"PageRank is a link analysis algorithm, named after Larry Page, used by the Google Internet search engine that assigns a numerical weighting to each element of a hyperlinked set of documents, such as the World Wide Web, with the purpose of "measuring" its relative importance within the set. 
PR is the Google logarithmic scale based on link popularity for placing importance of web pages and web sites. A ranking by the search engine Google. Ranking is from 0 to 10. Ten is best. Ranking is displayed on the Google Toolbar. PR is calculated using an algorithm that takes into account the number and quality of incoming links to a site.  
A term initiated by Google to grade the value of a link from a given web page. PageRank scores range from 0 (very weak) to 10 (very strong). Web pages with high PageRank do well in the SERPs, and also provide the highest quality backlinks."

Blogger Dan Ranking Pagerank (PR) BlogBlogger Dan Ranking Pagerank (PR) BlogBlogger Dan Ranking Pagerank (PR) Blog

Ianya jelas yang ranking PR ini penting untuk blog kerana ianya adalah pengiktirafan oleh Google terhadap blog anda dimana semakin tinggi nilainya semakin bagus blog anda. Ianya menjadi satu kayu ukur dan menambah nilai untuk sesebuah blog. Ranking PR yang tinggi akan mendapat kepercayaan dari pembaca dan pengiklan kerana blog dan isi kandungannya yang berkualiti. Ianya juga baik untuk SEO blog anda agar mudah entri berada di muka hadapan enjin carian.

Benarkah begitu? Jika begitu, Jangan haraplah blog yang mempunyai ranking PR0 atau PR1 untuk mendapat kepercayaan pembaca, pengiklan dan berada di muka hadapan enjin carian kerana Blog ranking PR2 dan keatas pun sudah beribu-ribu jumlahnya.


Status Pagerank Dan Keperluannya

Jika anda sebuah blog peribadi yang hanya berkongsi kisah sesama rakan blogger anda, tak perlulah nak ambil kisah dengan ranking Pagerank atau PR ni. Ianya tidak memberi kesan apa-apa pun kepada anda dan blog. Jika anda perlukan trafik blog yang tinggi dan menjadikan blog sebagai sumber pendapatan, mungkin ianya sedikit penting buat anda.

Blogger Dan Ranking Pagerank (PR) BlogNamun jika anda seorang blogger yang perlukan trafik tinggi dan perlu bersaing untuk kata kunci dari topik yang sama, ranking PR ini memang penting buat anda.

Tapi janganlah anda yang berada di PR0 dan PR1 ini berasa kecewa pula. Enjin carian tidaklah begitu kejam dengan anda. Anda perlu ingat, penilaian sesebuah artikel untuk berada dimuka hadapan enjin carian bukanlah berpandukan kepada ranking PR ini semata-mata.

Perlu diingatkan juga, bukan semua tajuk sesebuah entri dan isi kandungannya itu adalah sama. Kebijaksanaan anda dalam menganalisis kata kunci dan topik yang menjadi carian tinggi di enjin carian itu adalah lebih penting. Penggunaan teknik SEO yang betul juga penting dalam penulisan. Begitu juga tahap SEO blog anda. Dapatkan ilmu ini dari tutorial blogger-blogger berpengalaman. 

Blogger Dan Ranking Pagerank (PR) BlogBlogger Dan Ranking Pagerank (PR) BlogBlogger Dan Ranking Pagerank (PR) Blog

Tapi benarkah segalanya ini menjamin entri anda untuk berada di muka hadapan enjin carian? Adakah ianya menjamin anda untuk mendapat trafik yang tinggi? 

Ranking PR Bukan Penentu Segala

Pada pandangan saya, pembaca tidak melihat pada ranking PR tetapi yang lebih penting adalah isi kandungan artikel serta maklumat yang mereka mahukan.  Begitu juga dengan pengiklan, niche blog yang bertepatan dengan barangan yang diiklan pasti memberi lebih keyakinan dan terus kepada pengguna yang disasarkan.

Blogger Dan Ranking Pagerank (PR) BlogBermainlah dengan kata kunci dengan menjadikan diri anda sebagai pengguna enjin carian. Cuba fikirkan apakah kata kunci yang anda gunakan untuk mencari sesuatu topik? Gunakan ia pada tajuk dan kata kunci dalam entri anda. Itu adalah kaedah terbaik dan mudah untuk meletakkan entri anda berada di muka hadapan enjin carian.

Tapi, jika anda tahu yang anda tidak mampu bersaing untuk kata kunci dan topik yang sama, maka kenapa anda memilih untuk menerbitkan entri sedemikian? Carilah topik unik dan berbeza tetapi tetap menjadi carian pembaca dan pengguna.

Jadi, janganlah bersusah hati, jalan masih terbuka dan persaingan itu ada banyak caranya. Tahniah buat mereka yang berjaya meningkatkan ranking PR. Ianya atas usaha anda sendiri dan anda berhak berbangga. Bagi yang belum berjaya...ingatlah, selagi anda punya blog dan terus menerbitkan entri, anda masih tetap seorang blogger. 

Apa yang penting, kita perlulah gembira dengan dunia blogging dan menjadi seorang blogger... Jika tidak, ranking PR tinggi pun tiada maknanya jika ianya hanya membebankan. Harus juga diingat, mengejar ranking Pagerank (PR) juga sesuatu yang positif kerana ia boleh menjadi pemangkin yang membawa anda kearah peningkatan kualiti entri dan blog anda. 


p/s: Bersyukur kerana dapat mengenali dunia bloging ini dan bersama anda.  :)
Admin...

Tidak ada komentar:

Posting Komentar